Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.53K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Tips! Jika staff courier servis yang menghantar parcel GIT anda memberikan layanan yang tidak memuaskan (contohnya letak parcel anda sembarangan @ tak call)

Ada 2 cara yang paling baik untuk melaporkan. Nombor 1 ialah kaedah yang paling baik.

Kaedah 1: Anda feedback terus kepada PG (paling bagus dan digalakkan).
=======
Sebagai penghantar parcel GIT, Public Gold perlu mendapat feedback daripada customer dan dealer-dealernya berkenaan prestasi staff dan courier servis.
Memandangkan PG menggunakan beberapa courier servis untuk penghantaran GIT, maka feedback daripada anda membolehkan PG mengumpulkan data-data penting tentang prestasi courier.

PG akan berurusan terus dengan courier company dan bagi feedback untuk mereka meningkatkan prestasi penghantaran.

Bagaimana cara menghantar feedback?
1. Anda login kedalam website PG, kemudian pergi menu Helpdesk => + Submit ticket => GIT Feedback courier service / parcel packaging

2. Tengok gambar yang saya sertakan.

Kaedah kedua: Feedback kepada courier company (setelah anda buat yang pertama)

Kaedah kedua adalah anda feedback pihak customer servis.

Contohnya kalau DHL https://www.dhl.com/my-en/home/customer-service.html

Ikut pengalaman saya, staff yang hantar parcel nie ada macam-macam style. Kat tempat saya, penghantarnya sangatlah bagus. Namun kat tempat lain, mungkin kurang bagus.

Notis: Kalau nak direct feedback kepada staff yang hantar pacel tu saya kurang galakkan.

Public Gold inginkan hubungan yang harmoni dengan semua business partnernya.

Kita nak berurusan dengan mereka dalam jangka masa panjang.

Sekian :)
3 SEBAB DUIT MUDAH BOCOR

Kalau tak dikawal, masalah ini pasti akan menular lebih teruk.

Takut kalau dah lama sangat biar bocor itu tak ditampal, ia akan jejaskan kesihatan kewangan anda secara total.

Bila dah dapat kenal pasti kebocoran yang ada, terus berusaha dan betulkan balik keadaan kewangan kita.

Dan elakkan sebarang perkara yang buatkan ia bocor semula.

Adalah lebih baik hindari daripada mengubati, kan?

"Gold, secure your future"

Nak mula simpan emas?
Klik link di bio⬆️⬆️⬆️

ANISAH SALLEH,
Jom selamatkan duit kita.

#SisthurAnisPublicGold #duittukaremas #emasituduit
#akaunemasgap #emas #dinar #jombelajar #jom #saving #tipsemas #tipskewangan #tips #marketingtips #murah #emasonline #emasmurah #gold #emas999 #pelaburanemas #JomSimpanEmas #publicgold #anak #pendidikan
Gais,

2 hari lepas negara Sri Lanka telah mengistiharkan bahawa negara itu telah muflis.

Bayangkan, sebuah negara dengan 22 juta penduduk ini muflis gara-gara hutang yang terlalu tinggi.

Sehingga surat khabar Berita Harian telah mengeluarkan artikel bertajuk “Malaysia perlu mengambil iktibar daripada krisis Sri Lanka”

Baca artikel tersebut dibawah👇

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943308/malaysia-perlu-ambil-iktibar-krisis-sri-lanka

Gais.

Kerajaan boleh datang dan pergi. Namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab menjaga kewangan diri sendiri.

Salah satu kesan terbesar krisis kewangan negara adalah apabila matawangnya boleh jatuh mendadak.

Contohnya Sri Lanka jatuh 38% berbanding USD dalam tempoh sekitar 2 bulan. Jadi kuasa beli duit mereka “hilang dengan banyak” kerana krisis kewangan.

Sebab itu anda perlu simpan sebahagian aset anda dalam bentuk emas fizikal.

Sebab emas sangat membantu ketika berlaku malapetaka seperti ini.

Kita belajar daripada pengalaman orang lain 💪

#PerkongsianDariNotaEmasMentorEmasku
6 Kelebihan Emas Sebagai Simpanan

Simpan emas bukan soal ‘beli rendah jual tinggi’ sahaja, banyak kegunaan emas yang kita boleh dapat bila ada emas. Sekiranya anda menghadapi situasi kekeringan poket di tengah bulan anda wajib berbuat sesuatu.

Anda perlu ubah cara simpanan dengan simpanan yang lebih baik iaitu emas. Antara kelebihan emas ialah:

1. Duit Simpanan Tak Bocor (Kalis Boros)
Salah satu sebab pentingnya menyimpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama.

Dari sudut psikologi, kalau kita simpan emas, kita rasa macam nak jual dan keinginan untuk membeli-belah akan tertutup secara automatik! Naluri manusia sejak dahulu lagi suka mengumpul emas kerana ia cantik. Berbeza dengan wang kertas.

Kegembiraan emas adalah mengumpulkan dan menyimpannya, tetapi kegembiraan wang adalah membelanjakannya. Tidak ada orang yang menyimpan emas yang terfikir ingin membelanjakan emasnya, tetapi orang yang menyimpan wang mesti memikirkan di mana hendak membelanjakan wang itu!

Jadi sebab itulah bila kita simpan emas, harta kita kekal lebih lama. insyaAllah.

2. Jumlah Simpanan Berganda Dengan Cepat
Pada zaman Rasulullah 1,400 tahun dahulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh membeli seekor kambing. Sekarang ini harga 1 dinar sekitar +/-RM1000. Secara relatifnya, dia masih mampu membeli seekor kambing. Ia berbeza dengan wang kertas (wang fiat).

Kalau 30 tahun dulu budak sekolah boleh bawa 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tetapi hari ini, 50 sen segelas air minuman pun tak mencukupi.

Jadi nampaknya tiada kesan inflasi ke atas emas berbanding wang kertas? Pada dasarnya, bukan harga barang yang naik, tetapi kuasa beli wang kertas yang jatuh. Kami memerlukan lebih banyak wang untuk mendapatkan barangan yang sama.

3. Tidak Terkesan Dengan Inflasi, Ketidakstabilan Ekonomi / Politik
Jika anda menyimpan emas, intipati kekayaan adalah di tangan anda sendiri. Apa pun yang berlaku di luar sana, sedangkan emas di tangan kita, pendek kata, kekayaan memang ada pada kita kerana nilai emas terletak pada berat dan keikhlasan emas itu sendiri. Berbeza dengan wang kertas.

Nilai SEBENAR wang kertas bukan dalam kertas, tetapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Adakah anda masih ingat berapa kerap wang itu digunakan? Bank Negara telah melihatnya, tidak sah lagi menggunakannya sebagai wang hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi mempunyai nilai. Siapa yang masih simpan duit lama tu, hari ni tak laku lagi.

4. Mudah Ditukar Kepada Tunai Bila Terdesak (Pajak / Jual)
Emas mudah ditukar dengan wang tunai. Bagi SA, emas adalah seperti wang tunai, cuma dalam bentuk yang berbeza. Ia adalah aset fizikal yang paling mudah dicairkan.

Bila kita simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak guna duit. Emas boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Jika anda memerlukan duit segera, boleh saja pergi ke mana mana institusi ar-rahnu untuk mendapatkan pinjaman. Lepas tu cari duit nak tebus emas.

5. Mudah Diwariskan Jika Berlaku Kematian
Tak perlu geran pemilikan. Tak perlu masuk dalam pengisytiharan harta. Tak ada besangkut paut dengan sesiapa.

Kekayaan tu solid di tangan kita. Dan ia aset fizikal paling mudah diwariskan bila berlaku kematian. Lagi satu, buat kita sentiasa tenang.

6. Diterima Seluruh Dunia dan Mudah Dibawa
Jika anda membawa emas keluar negara, ia tetap akan diterima untuk dijual kerana ia adalah emas . Ia adalah "wang antarabangsa" yang telah diterima sejak zaman dahulu.

Dapat sesuatu!
"Gold Secure Your Future"

Anisah Salleh,
Jom sama simpan aset emas.
Duit sri lanka jatuh terjun teruk selepas diisytihar muflis. Usah terpedaya dengan sistem matawang fiat ini, convert segera cash anda kepada emas sebagai wealth protection.

🔆 website Public Gold https://www.publicgold.com.my. Tak perlu susah-susah keluar rumah, semuanya di hujung jari anda.