Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.53K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Rahsia pelaburan perlu anda tahu!

Usia muda bukanlah penghalang memulakan pelaburan, begitu juga modal yang kecil bukanlah bermakna anda tidak boleh mula melabur.

Tiga elemen penting dalam pelaburan ialah tempoh, konsistensi dan pulangan.

Jadi, rajin-rajinlah membaca dan menambah ilmu berkaitan pelaburan serta perancangan kewangan supaya anda menjadi seorang yang bijak dalam melabur.

Dapat sesuatu!

Anisah Salleh,
Ilmu itu lebih penting dari alatnya.
BIARKAN DALAM KWSP ATAU BELI EMAS?

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

“Tapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, “ada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan 'masalah' majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

“Saya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang
Gais,

Saya pasti ramai orang yang ambil peluang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kan?

Jadi ada orang tanya. Buat beli emas bagus ke tak?

Well, saya ada pengalaman mengeluarkan duit dividen dan bonus ASB untuk tujuan beli emas fizikal 100 gram.

Tahun 2009, saya dapat dividen dan bonus ASB berjumlah RM15,457 (tengok gambar)

Tanpa berfikir panjang saya keluarkan semua duit ini dan beli emas fizikal 100gram.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2009, harga emas 100gram 999.9 hanyalah sekitar RM12,000.

Kenapa saya keluarkan duit ini dan beli emas fizikal?

Salah satu sebabnya adalah emas fizikal nie seronok bila boleh pegang di tangan.

Rasa teruja dia lain macam berbanding tengok nombor dalam statement ASB. Nombor nie kita seronok tengok sahaja tapi emas fizikal kita seronok tengok dan pegang.

Keseronokan memegang emas fizikal inilah yang mendorong saya mengumpul emas sedikit-demi sedikit sampai jadi banyak.

Jadi, kalau anda nak keluarkan duit KWSP dan beli emas fizikal. Yes saya boleh syorkan, sebab saya ada pengalaman tu.

Sayangilah duit anda. Jangan dihanguskan sesuka hati. Sebab sekali duit hangus memang akan menyesal di kemudian hari.

Namun kalau anda gunakan untuk beli aset fizikal seperti emas dan perak, nescaya dalam jangka masa panjang anda akan tersenyum :)

Sebagai contoh, emas 100 gram yang berharga RM12,000 pada tahun 2009 kini telah berharga RM27,700 pada tahun 2022.

Ini adalah kenaikan 130.83% . Alhamdulillah.

Sekian perkongsian pengalaman dari mentor emasku En Syukor.
Naik turun itu biasa,

1. Jadikan belian pertama sebagai "penanda aras". Belian pertama akan bagi kita proses belajar. Bila harga rendah, bila harga tinggi.

2. Selagi belum mula buat belian, selagi tu akan kata emas mahal.

3. Mula dulu, nanti baru adjust.

Teringat kata kata customer SA, "Emas ni kita tak perlu belajar lama-lama pun, kena beli je dulu. Baru faham." Ahaa' Gitu..
T A B U N G P E N D I D I K A N

Sediakan simpanan untuk anak-anak sambung belajar sejak dari lahir lagi.

Genap umur 18 tahun tak perlu risau duit belanja untuk masuk universiti.

Simpan sikit-sikit dari sekarang, belajar simpan duit dalam bentuk emas untuk lindungi nilai simpanan.

Lagi 20 tahun pasti harga emas makin naik cukup untuk bantu anak kita sambung belajar. Insyaallah.
𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐑𝐌𝟏𝟎𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒

Beli emas duit tak habis.

Sejarah menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun sejak 20 tahun yang lalu.

KWSP?

Bagi siapa dah dapat manfaat dari simpanan emas, saya syorkan guna duit RM10K tu untuk grab promosi jadi dealer #PublicGold.

Duit tu ditukar kepada emas dan free jadi dealer.

Lepas tu sampaikan manfaat simpanan emas kepada orang lain dan belajar jana PENDAPATAN PASIF sambil simpan emas.

Ia jauh lebih untung dari biarkan dalam #KWSP lagi 20 tahun... InsyaAllah.

Sumber
3 CARA MUDAH "SIMPAN EMAS" PUBLIC GOLD

1. Outright Purchase atau dipanggil 'belian langsung' iaitu cara "pembelian "(cash & carry)".

Samada pesan melalui website dan 'bayar' secara online atau walk in di branch.

Harga untuk 1 gram cara 'pembelian' ini adalah "RM350/gram."

2. Gold Accumulation Programme (GAP) - program pengumpulan emas serendah "RM100" dapat ±0.35 gram (dalam akaun).

Minimum pengeluaran 1 gram, 'harga 1 gram' lebih rendah berbanding 'pembelian' cara yang pertama walaupun 1 gram yang sama.

Contohnya harga 1 gram GAP hari ni "RM285".

3. "Easy Payment Purchase" (EPP) boleh buat 6 atau 10 kali bayaran untuk item 1 dinar dan ke atas.

Selepas habis 'bayar' baru emas boleh diambil di branch yang kita pilih semasa buat pesanan atau pos berinsurans ke rumah yang dikenali sebagai GIT.

Cara EPP ini latih kita disiplin menyimpan setiap bulan secara istiqomah.

Walaupun ada kenaikan 'harga emas' selepas 6 atau 10 bulan 'bayaran' bulanan tetap sama seperti "harga asal" kita lock.

Yang menariknya ketiga-tiga cara tersebut adalah patuh syariah. Ianya telah isahkan oleh Amanie Advisor.

Dapat sesuatu!

"Gold, secure your future"

Nak mula simpan emas?
Klik link sini :
👉🏻 www.wasap.my/60197824559/SayaNakMulaSimpanEmas

#SisthurAnisPublicGold
#JomSimpanEmas #publicgold
Gais.

Perkongsian dari Mentor Emasku, En Syukor Hashim.

Malam nie harga emas naik mendadak daripada 1955 usd /oz kepada 1972usd/Oz dalam tempoh 2 jam.

Apa sebabnya?

Jawapannya data inflasi US yang dikeluarkan pada malam ini menunjukkan inflasi di US bulan lepas (Mac 2022) meningkat kepada 8.5%.

Kadar ini adalah yang tertinggi sejak tahun 1981 iaitu 41 tahun yang lalu.

Perang di Ukraine menyumbang kepada peningkatan harga minyak menyebabkan kadar inflasi melonjak di US.

Selain itu, peningkatan kasar sewa, gas dan makanan turut menyumbang kepada inflasi.

Gais,

Dalam situasi inflasi yang tinggi, harga emas dan perak akan melonjak naik. Ini kerana kedua-dua logam ini dianggap sebagai perlindungan daripada inflasi.

Namun untuk kita di Malaysia, kita simpan emas sebagai pelaburan jangka panjang. Tambahkan gram dari masa ke semasa.

InsyaAllah anda akan tersenyum 😃

Dapat sesuatu!

Anisah Salleh,
Jom selamatkan duit kita dari terus hilang kuasa beli.