Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.53K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Perkongsian dari Mentor Emas Sisthur Anis iaitu En Syukor.

Harga emas naik malam ini (ketika sesi dagangan New York) dibuka.

Apa sebabnya? Jawapannya ialah situasi di Ukraine semakin tegang.

Untuk pengetahuan anda, ketika ini konvoi tentera Russia sedang menghampiri Kyiv, ibu negara Ukraine.

President Ukraine iaitu Volodymyr Zelenskyy merayu Kesatuan Eropah untuk menerima Ukraine masuk ke dalam blok Kesatuan Eropah.

US pula menghantar 200 orang tentera ke German sebagai langkah berjaga-jaga.

Harga emas naik mencecah USD1920/Oz manakala harga minyak melonjak 5.7% kepada paras $101.17 setong.

Berdasarkan pemerhatian saya, situasi tegang semakin meningkat sekarang di Ukraine.

Macam-macam perkara boleh berlaku.

Sebagai contoh pertempuran besar-besaran di Ukraine atau ibu kota Kyiv ditakluk oleh tentera Russia atau campurtangan ketenteraan daripada negara luar kepada Ukraine menyebabkan skala konflik ini meningkat.

Jadi situasi semasa di Ukraine sangat mempengaruhi pergerakan harga emas, perak dan pasaran saham dunia.

#SisthurAnisPublicGold
PERSEDIAAN SEBELUM MULAKAN PELABURAN EMAS

Sebelum terjun ke dalam dunia emas, sebaik-baiknya buat beberapa persedian asas pelaburan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi yang pertama.

Ingatlah, aktiviti pelaburan emas untuk tempoh jangka masa panjang, sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun.

Jadilah penyimpan dan pelabur yang bijak kerana pelaburan terbaik adalah pelaburan dalam ilmu!

Anda nak tips lebih lagi!
Jom Follow Tips dari #SisthurAnisPublicGold.

NOR ANISAH MOHD SALLEH,
Bukan emas membuatkan kita kaya kengkawan, tetapi ilmu. Bismillah.
Sejarah.

Perang Vietnam berlaku dari tahun 1950an sehingga tahun 1970an.

Perang ini melibatkan kehilangan nyawa yang besar.

Dianggarkan 58,220 tentera Amerika, 1.1 juta rakyat Vietnam Utara dan pejuang Viet Cong dan 250,000 askar Vietnam Selatan mati sepanjang perang tersebut.

Rakyat Vietnam berpusu-pusu lari meninggalkan negara mereka.

Mereka lari menggunakan bot-bot dan belayar ke seluruh dunia mencari perlindungan.

Antara kisah yang terkenal tentang pelarian Vietnam adalah mereka menjual semua harta benda mereka, kemudian mereka membeli emas yang dipanggil Kim-Thanh. Emas ini mereka jahit kat baju.

Dengan emas Kim-Thanh inilah mereka memulakan hidup baru mereka. Mereka menjual emas ini kepada orang tempatan negara tersebut dan menggunakan hasil duit tersebut untuk memulakan kehidupan.

Gais.

Emas adalah insurans kekayaan. Dalam situasi yang ekstrem seperti perang, ia adalah talian hayat anda. Sebab itu anda perlu simpan sebahagian kekayaan anda dalam bentuk emas.

Minima 10%

Kita perlu belajar sejarah. Sebab sejarah pasti berulang.

Sebagai contoh.

Mana kita sangka, tahun 2022 nie akan berlaku perang di Eropah.

Tapi itu yang berlaku sekarang.

Gambar: 1955 - 1975 EMAS VIETNAM KIM-THANH BAR DAN PLASTIK PEMBALUTNYA.
Soalan : GAP atau emas fizikal, mana lebih murah?

Tak tentu.

Kalau harga emas tengah trend menaik, harga GAP lebih murah.

Kalau tengah menurun, harga GAP lebih mahal.

Ini disebabkan harga GAP disemak setiap pukul 12.00 malam setiap hari.

Manakala harga emas fizikal disemak setiap 20 minit mengikut real-time harga emas dunia.

Walaubagaimana pun, GAP juga adalah emas fizikal. Cuma kaedah belian sahaja yang berbeza.

Boleh faham?

#SoalJawabEmas
Harga emas dah melambung tinggi. Apa nak buat?

Kalau rancangan simpan emas ialah untuk bayar loan rumah, jual saja emas untuk setelkan loan rumah. Ini kalau dah sampai target ya. Kalau belum, teruskan lagi simpan.

“Tapi sayang pulak emas tu, nak pajak ok tak?”

Kalau pajak, dapat 70-75% dari value semasa. Jika ada cara untuk tebus, silakan pajak.

Kalau tiada, lebih baik jual saja. Dapat 100% nilai semasa. Lagi berbaloi kan.
Duit kertas nilainya bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan.

Bila ekonomi dan politik sesuatu kerajaan tak stabil, nilai duit turut sama tak stabil.

Emas itu matawang sebenar, nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa. 👏
KISAH TENTANG EMAS

Emas adalah unsur kimia yang terdapat didalam “periodic table” yang dikenali dengan symbol Au (aurum).

Satu logam yang lembut,kuning,berkilat dan berat.

Biasanya emas boleh didapati dalam bentuk “nugget emas”.Oleh kerana sifatnya yang lembut,ianya mudah dibentuk menjadi kepingan emas, jongkong emas, syiling2 dan barang kemas.

Emas yang baru digali biasanya tidak datang dengan sendirinya.
Ianya biasa bercampur dengan logam lain seperti tembaga,aluminium,seng, timbal dan molybdenum.

Untuk mendapatkan emas,proses mineralisasi dari proses peleburan yang terjadi didalam perut bumi.

Emas perlu dicari, digali, dan dilombong serta dileburkan dan juga dibentuk . Tu sebab harganya makin mahal...