Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.55K photos
339 videos
9 files
1.83K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
DENGAN EMAS KITA ADA 2 GOLONGAN :-

1) PELABUR EMAS

2) PENYIMPAN EMAS
.
.

1) PELABUR EMAS - membuat untung dari jual beli emas.

Buy low, sell high.

Beli harga emas turun dan jual bila harga naik.

📌 Objektif ;

Emas adalah instrumen pelaburan. Jika harga naik dan pelabur dapat untung dari penjualan tersebut, mereka akan jual.

2) PENYIMPAN EMAS - tukar wang simpanan kepada emas supaya kuasa membeli kekal dan nilai emas kita bertambah

Hanya jual emas bila perlu. Beli rumah, beli tanah, kecemasan.

Juga simpanan untuk jangka masa panjang. Dana pendidikan anak-anak, dana beli rumah, dana pergi haji.

📌 Objektif ;

Emas adalah asset. Inflasi menyebabkan nilai wang kertas susut dan kuasa membeli berkurang.

Manakala inflasi menyebabkan nilai emas meningkat pada jangka masa panjang seperti harga rumah.

Penyimpan emas - serendah RM 100 = 0.5g

Pelabur emas - minima RM 21,000 = 100g

Begitulah..

#SisthurAnisPublicGold
#PGBO #1gram1bulan #1kg1keluarga
GAJI MASUK = DUIT KELUAR

Siapa yang selalu macam ni ? Lepas duit gaji masuk, tak sampai 10 hari dah habis. Tak ada simpanan.

Siapa yang ada masalah ni? Tak ada duit lebih. Susah nak disiplin dalam menyimpan .

Boleh cuba simpan Emas. Tukar duit gaji kepada emas.

Serendah RM 100 dah boleh mula.

Murah, Mudah & Patuh Syariah.

#SisthurAnisPublicGold
#PGBO #AkaunEmasGap
Kita sedia maklum dana pendidikan adalah suatu simpanan dalam jangkamasa yang panjang.

Bukan sehari atau setahun dua, mungkin melebih 5 tahun dan keatas.

Dana pendidikan anak saya yakin ramai ibu bapa buat simpanan dalam bentuk wang tunai di bank.

Itupun bagi ibu bapa yang sedar tentang simpanan pendidikan, kalau tak menyimpan itu lain halnya.

Dan ada juga yang saya dapat lihat, pada awalnya ibu bapa berniat untuk simpan dana pendidikan anak tapi akhirnya simpanan tu dikorek semula untuk digunakan sebagai duit belanja harian.

Saya nak cerita kelebihan jadikan emas sebagai simpanan pendidikan anak untuk suatu tempoh masa yang lama serta kenapa kita perlu jadikan emas sebagai simpanan pendidikan.

Saya dapat rasakan ada ibu bapa buat simpanan minima RM200 setiap bulan sejak anak baru dilahirkan. Saya buatkan kiraan jumlah simpanan sehingga anak umur 18 tahun.

RM200 x 216 bulan = RM43,000.00

Cuba kita fikir sejenak, adakah kuasa beli (nilai) RM43,000 ini mampu untuk menampung kos pendidikan anak kita selepas 18 tahun?

Tolak tambah juga dividen yang kita dapat hasil dari simpanan itu adakah ia masih mampu?

NILAI LEBIH BERTAHAN SIMPAN EMAS

Ibu bapa perlu jadikan emas sebagai simpanan pendidikan kerana banyak kelebihan yang boleh kita dapat disebabkan nilai emas itu sendiri yang lebih bertahan berbanding simpan duit dibank.

Nilai duit semakin lama kita simpan semakin mengecil nilainya (kuasa susut).

Simpanan pendidikan ianya suatu simpanan dalam tempoh yang agak lama.

Simpan duit terlalu lama tidak bagus kerana duit kertas bukan penyimpan nilai terbaik. Saban tahun nilainya kian merosot disebabkan INFLASI.

Kita lihat sendiri pada tahun 2015 nilai ringgit telah jatuh lebih kurang 35%.

Jika kita ada simpanan RM100,000 dalam bentuk tunai dibank ini bermakna kuasa beli terhadap duit simpanan kita itu telah hilang 35% bersamaan RM35,000!.

Nombor pada buku bank nampak tidak berubah tapi hakikatnya kuasa beli kita pada nilai ringgit telah berkurang.

Ini bermakna kekayaan kita tidak kekal tapi kita semakin miskin!

SUKAR DIBOCORKAN

Bila ibu bapa jadikan emas sebagai dana pendidikan, simpanan sukar untuk dibocorkan(dikorek semula).

Sebabnya emas ini ada sifat fitrahnya kepada manusia iaitu sayang untuk dijual.

Kalau kita nak jual emas itu pun kita ada tempoh bertenang untuk menjualnya.

Kita akan berfikir panjang untuk menjual sebab perasaan sayang ada dalam diri penyimpan itu sendiri.

Kebanyakkannya apa yang saya lihat, penyimpan emas akan jual emas mereka sebagai jalan terakhir bila mereka kehabisan tunai atau telah capai matlamat.

Emas sangat membantu sebagai alat untuk kita mencapai matlamat. Dari segi nilai ia lebih terjamin berbanding simpan tunai dalam tempoh yang lama.

Dari segi disiplin simpanan, ia lebih mudah untuk kita simpan kerana ada sifat fitrahnya “suka kumpul banyak, sayang untuk dijual”.

Begitulah...

#SisthurAnisPublicGold
#PGBO
EMAS = KAYA ???

Selalu emas ni sinonim dengan orang kaya. Bila ada emas, terus kena label orang kaya. Kita sebagai penyimpan emas Aamin kan sahaja. Hihihi..

Bila dah kaitkan emas dengan kekayaan secara tak langsung tanpa tengok harga orang anggap yang emas ni harga mahal. Harga tak mampu dimiliki.

Tapi sebenarnya, nak simpan emas tak perlu pun duit sampai ribu ataupon puluhan ribu.
Yang harga puluh ribu itu kalau item besar. Kalau 0.5g, RM 100 pon dah boleh mula dengan GAP.

Dengan Public Gold, modal kecil pon boleh dapat emas. Berminat ?

Sahabat² boleh terus whatsapp SisthurAnis. Klik link ini..👇🏻

📲www.wasap.my/+60197824559/InfoEmas

Nor Anisah Mohd Salleh aka Sisthur Anis
Public Gold Business Owner | PG00109763

#SisthurAnisPublicGold
#SimpanEmas
SIMPAN EMAS SAMPAI BILA?

Sampai capai target. Contoh? Target untuk pergi haji atau umrah. Target untuk dana pendidikan anak masa masuk universiti. Target untuk beli tanah, rumah dan asset lain.

Paling tidak, target simpan emas sampai cukup 1kilogram. Untuk apa?

1kilogram InsyaAllah boleh jadi pelindung kewangan untuk anda dan keluarga.☺️

#SisthurAnisPublicGold
#TipsEmas
JANGAN BUANG MASA

Kalau kita beli emas sekadar penyimpan emas "Jangan Buang Masa" tengok trend harga emas.

Naik turun harga emas untuk jangkapendek itu biasa, yang luar biasa adalah jumlah gram kita semakin bertambah.

Kalau kita sebagai penyimpan emas beli #1gram1bulan abaikan naik turun harga emas.

Beli 1gram1bulan jangan buang masa fikir untung. Kalau jual emas 1gram berapa sangat untung yang kita dapat bila ada kenaikkan harga emas.

Kalau nak beli emas sebagai pelaburan, item yang sesuai adalah 250gram dan keatas. Sebabnya harga pergram lebih rendah dan spread lebih nipis.

Jadi fikir-fikirkan kita berada diposisi mana?
Penyimpan, Pelabur..
ANALISIS HARGA EMAS SEMASA

Kesan perang perdagangan US vs China melonjakkan harga emas.

Kali ini Sisthur Anis ingin berkongsi ilmu analisis harga emas sejak bermulanya perang perdagangan diantara US dan China.

Untuk pengetahuan anda, perang perdagangan di antara US-China bermula pada 6 Julai 2018.

Pada tarikh ini US mengenakan tarif 25% ke atas 818 jenis produk yang diimport daripada China dengan nilai 34 billion USD.

China pula membalas dengan mengenakan 25% tarif ke atas 545 kategori import daripada US dengan nilai 34 billion USD.

Dalam bulan pertama (1 bulan 10 hari) konflik perang perdagangan US-China ini, harga emas sebenarnya menurun daripada USD 1257 kepada USD 1160. Ini adalah kejatuhan sebanyak 7.7%

Mungkin ketika ini pelabur dan pasaran menganggap konflik ini boleh diselesaikan secepat mungkin oleh kedua-dua belah pihak.

Namun pada 14 Ogos 2018 China telah memfailkan aduan kepada WTO (World Trade Organization) menentang tarif yang dikenakan oleh US terhadap panel solar dengan menyatakan bahawa tarif ini merosakkan kepentingan perdagangan China.

Kemudian pegawai-pegawai peringkat pertengahan US-China mengadakan pertemuan bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap konflik perdagangan ini.

Namun tiada hasil yg positif.

Bermula daripada 23 Ogos 2018, US-China saling berbalas tarif antara satu sama lain.

Konflik ini menjadi semakin bepanjangan dan semakin buruk.

Ini kerana bermula 1/9/2019 nilai keseluruhan tarif yang dikenakan US keatas barangan China adalah bernilai USD550 billion manakala tarif yang dikenakan oleh China keatas barangan US adalah bernilai 185 billion.

Sehingga sekarang tiada tanda kedua-dua pihak ingin mengalah.

Apa yang dibimbangkan oleh pelabur dan pasaran adalah konflik ini boleh menjadi parah dan merebak keseluruh dunia.

Ini akan membawa risiko kegawatan ekonomi kepada US, China dan seluruh dunia.

Sebab US adalah ekonomi dunia nombor 1, China ekonomi dunia nombor 2. Bila kedua bergaduh maka kesannya habis kena kat negara-negara lain.

Ketika ini, pasaran saham US, China dan hampir seluruh dunia merosot.

Aset selamat seperti emas dan perak semakin naik. Ini kerana aset ini menjadi pelindung apabila market tidak menentu.

Mengikut pengalaman Sisthur Anis, selagi mana tiada jalan penyelesaian daripada kedua belah pihak maka ketegangan, ketidaktentuan dan risiko kemelesetan ekonomi sangat tinggi.

Ini adalah faktor penting yang akan terus mendorong harga emas akan naik lebih tinggi, ini asas fundamental.

Walaupun ada faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi harga emas contohnya kadar faedah US, laporan pekerjaan US dan Brexit, namun trade war adalah faktor yang menjadi fokus besar ketika ini.

Jika anda berharap harga emas terus meningkat, doakan trade war US-China ini berpanjangan.

Soalan BONUS:

Anda dah untung?

Boleh jual hari ini rasa untung atau tunggu untung lagi besar akan datang, pelaburan emas seronok sebab kita sendiri yg tentukan berapa banyak nak untung. 😊

Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan emas, boleh whatsapp Sisthur Anis:
http://www.wasap.my/60197824559/InfoEmas

#SisthurAnisPublicGold
#PGJE24K #PGBO
Jam 8.30 malam ini (Jumaat) akan ada news besar yang akan menggerakkan harga emas.

Namanya Non Farm Employment change @ dikenali sebagai Non Farm Payroll (NFP)

Laporan ini memberikan gambaran tentang data pekerjaan US bulan lepas.

Very important data.

Jika pasaran pekerjaan US kuat maka gold akan jatuh tergolek.

Jika pasaran pekerjaan US lemah maka gold akan meroket.

Sila tunggu news malam ini dengan senyuman.

#SisthurAnisPublicGold