Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
(Analisis harga emas 22-25/3/2020)

Gais,

Kenapa harga emas naik minggu ini? Ini analisis dari saya.

Kes koronavirus semakin meningkat, terutamanya di US telah menyebabkan situasi panik. Paling ketara ialah minggu lepas.

Panik menyebabkan jualan besar-besaran seterusnya mengakibatkan pasaran saham, emas, perak, minyak, bitcoin dan banyak instrumen jatuh merudum.

Banyak perniagaan kecil US menyaksikan kehilangan pelanggan dan ramai pekerja mendapati mereka tidak boleh bekerja dan kehilangan pendapatan dan banyak syarikat-syarikat besar seperti kilang dan bank terpaksa ditutup/menutup sebahagian cawangan.

Situasi ini boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi.

Bayangkan bila orang tidak bekerja, maka mereka tidak ada duit. Jadi mereka tidak dapat berbelanja dan ekonomi akan menguncup. Tambahan pula jika mereka memiliki hutang yang perlu dibayar.

Jika situasi ini dibiarkan berterusan lama kelamaan ia boleh bertukar menjadi mogok, tunjuk perasaan dan ketidakstabilan.

Ini adalah mimpi ngeri kepada kerajaan US dan mana-mana jua kerajaan didunia (Malaysia termasuk sekali).

Sebab itu kerajaan US terpaksa mengambil langkah pantas untuk mengumumkan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi.

Contohnya, hari ini kerajaan US telah bersetuju untuk mengadakan pakej rangsangan akibat koronavirus bernilai 2 trillion USD. Wow! Gais 2 trillion

(1 trillion bersamaan 1 billion x 1000)
(1 billion bersamaan 1 juta x 1000)

Begitulah besarnya pakej yang kerajaan US akan sediakan untuk merangsang kembali ekonomi yang terjejas akibat koronavirus.

US Federal Reserved (Bank Pusat US) pula telah memotong kadar faedah 1% minggu lepas dan pada minggu ini mengumumkan pembelian bon tanpa had (baca sebagai cetak duit tanpa had) bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi US.

Tindakan kerajaan US dan Fed disambut baik oleh market. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan kebimbangan pasaran. Jadi sentimen positif ini menaikkan mood pasaran menyebabkan saham naik.

Untuk emas dan perak pula, agak lain ceritanya.

Pakej rangsangan ini ibarat menyuntik banyak tunai ke dalam negara bagi tujuan merancakkan ekonomi. Namun akan ada risiko inflasi di masa hadapan.

Risiko inflasi inilah yang akan menyebabkan emas dan perak naik harganya. Sebab dalam situasi inflasi emas dan perak akan naik harga.

Contohnya Goldman Sachs menjangkakan harga emas boleh naik ke paras USD1800 dalam tempoh 12 bulan.

Kesimpulan, Sekarang US nak cetak dan campak duit kedalam ekonomi mereka. Jadi emas dan perak boleh naik.

Saya jangkakan kenaikan emas/perak ini boleh berlanjutan 2-3 tahun (macam harga emas tahun 2008 - 2011 kesan krisis kewangan US)

Sila share jika bermanfaat.

#NotaMentorEmasku
Gais,

Ada satu berita besar yang baru diumumkan sebentar tadi.

Syarikat Pfizer mengumumkan bahawa mereka berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 yang mempunyai kadar penyembuhan sehingga 90%

Berita ini menyebabkan harga emas jatuh (termasuk saham-saham syarikat yang membuat keuntungan ketika kes Covid-19 memuncak seperti zoom, Amazon, Netflix dan syarikat perubatan).

Ini bukan disebabkan oleh kemenangan Joe Biden yer 😬

Banyak lagi berita-berita yang akan mempengaruhi harga emas di masa hadapan, contohnya pakej rangsangan ekonomi US, data pekerjaan dan data inflasi.

Jadi, bagi mereka yang nak tahu sebab harga emas jatuh malam ini.

Inilah sebabnya 😁

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #PublicGold
#NotaMentorEmasku
Kisah 1 gram dan kisah 100 Dinar Emas.
=============================

Sepanjang 12 tahun terlibat dengan emas, saya jumpa banyak kisah-kisah menarik dalam dunia emas nie.
Ada kisah yang menyebabkan saya ketawa dan ada kisah yang menyebabkan saya teruja.
Ia adalah cerita mengenai sifat konsisten seorang manusia @ istiqamah.

Ok, ada 3 cerita.
Cerita pertama: seorang hamba Allah yang ingin menyimpan emas, membuka akaun simpanan emas GAP dengan 1 gram.
Lepas tu dia langsung tak pernah tambah gram dalam akaun GAP dia. Sikit pun tak tambah.

Dia pakai konsep bukak akaun dan tinggal. Mungkin dia ingat 1 gram tu boleh beranak jadi 10 gram kot selepas setahun 😄 kikiki...
Selepas setahun lebih dari tarikh buka akaun gap, dia tutup akaun 1 gram tersebut.

Tamatlah riwayat akaun GAP 1 gram tu 😉
Cerita kedua: seorang cikgu @ kak Ita yang buka akaun GAP untuk anaknya pada tahun 2014.

Start dari hari buka akaun tersebut, kak Ita topup akaun GAP anaknya 1 gram setiap bulan TANPA GAGAL.
Sekarang akaun GAP tersebut dah ada 73 gram emas (as on November 2020)

Ini adalah kuasa 1 gram yang berterusan setiap bulan. Setelah 6 tahun akan nampak hasilnya.
Cerita ketiga: 100 Dinar Emas.
Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah saya saksikan 🥳

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas 👍👍👍

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit. Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama). Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.
Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.
Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"
"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.
"Saya nak beli tanah" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah.

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.
Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.
Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.
Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini. Silakan #share

#NotaMentorEmasku
#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant #dinar #PublicGold
Gais,

Saya dapati, kesemua pelabur emas yang berjaya mempunyai satu tabiat akar yang luar biasa iaitu:

Mereka ada tabiat suka menyimpan.

Mereka ini, jika tidak berjumpa dengan emas sekali pun, mereka tetap akan menyimpan di dalam instrument pelaburan yang lain seperti dalam bank, ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan lain-lain.

Mereka ini suka menyimpan, berdisiplin, mempunyai visi yang jauh dan sanggup menangguhkan keinginan sekarang supaya berjaya di masa hadapan.

Orang putih cakap "delay gratification"

Gais,

Kejayaan dalam pelaburan emas boleh dimaksimakan jika anda mempunyai tabiat suka menyimpan.

Ditambah pula jika anda ada perancangan besar di masa hadapan dan sanggup menangguhkan kehendak sekarang.

Orang macam ni tak tengok jangka pendek.

Contohnya kalau harga emas merudum, itu tak beri kesan kat mereka malahan mereka ambil peluang beli lagi. Sebab dari segi logik, kalau nak beli aset mestilah tunggu waktu harga rendah.

Betul tak?

Sekiranya anda ingu berjaya dalam pelaburan emas atau apa-apa pelaburan, pupuklah tabiat akar suka menyimpan.

Kemudian perkara-perkara lain akan jadi senang.

Sila #share jika bermanfaat.

#NotaMentorEmasku
#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #emaspelaburan
#PublicGold
Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "𝒇𝒐𝒓𝒘𝒂𝒓𝒅 𝒍𝒐𝒐𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda :)

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaMentorEmasKu
#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant
Gais,

Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9

Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.

Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵

Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama. Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold? Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.

Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.

Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?

Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaMentorEmasku
Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih 😃

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '𝒘𝒂'𝒂𝒅' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.

#NotaMentorEmasku