Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.49K photos
336 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
M I N D S E T

Sikit-sikit lama-lama membukit, itulah simpanan emas. Sikit-sikit lama-lama tetap sikit, itulah simpanan duit dalam akaun bank.

Jika sebelum ini kita banyak kali gagal simpan duit dalam akaun bank, apa kata cuba kaedah baru simpan duit dalam bentuk emas. Beli emas bukan belanja hangus, duit kertas cuma berubah bentuk jadi emas sahaja.

Jangan buat perkara yang sama banyak kali dan mengharapkan hasil yang berbeza, ubah cara yang lebih baik untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Ikut pengalaman saya, simpan emas lebih senang sebab kita dah tak nampak digit nombor dalam akaun bank. Secara automatik nafsu belanja terus hilang dan mendidik kita untuk berjimat dalam setiap perbelanjaan.

Penyimpan emas bukannya orang yang kedekut, penyimpan emas cuma pandai mengatur perbelanjaan dengan baik. Penyimpan emas utamakan perkara keperluan terlebih dahulu berbanding perkara kehendak.

Lama-lama mindset penyimpan emas makin cakna dengan setiap sen perbelanjaan harian, rugi kalau duit dibelanjakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Baik beli emas dengan bajet tersebut.

Penyimpan emas yang berjaya adalah orang yang konsisten, berdisiplin dan penyabar, simpan emas ikut pada bajet sendiri dan bijak rebut peluang bila harga emas turun.

‘Slowly but surely’

Simpan emas mudah nak jadi kaya, apa yang lebih penting susah untuk jatuh miskin. Insyaallah.
W E A L T H P R O T E C T I O N

Di hujung minggu ini Sisthur Anis nak cerita bab emas secara santai dan mudah nak faham, bila dah faham senang untuk buat tindakan.

Emas ada banyak fungsi dalam kehidupan kita, salah satunya adalah sebagai pelindung kepada kekayaan kita.

Sisthur Anis nak kongsikan 2 fungsi emas sebagai pelindung kekayaan;

1. Kita simpan emas untuk bersedia menghadapi waktu kecemasan yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku.

Emas akan sentiasa bersedia untuk dijadikan duit tunai dengan cara jual atau gadai.

2. Kita juga simpan emas untuk lindungi nilai duit kita dari inflasi dan kejatuhan ekonomi kita.

Seperti mana yang kita tahu bila ekonomi jatuh harga barang akan melambung naik.

Emas akan menstabilkan kenaikan harga emas dengan baik, bila harga barang naik harga emas pun turut naik.

Bila dua-dua harga naik, kuasa beli penyimpan emas takkan berkurang walaupun semiligram sekalipun.

Emas adalah pelindung kepada harta kekayaan kita yang sebenar. Jika harta kita bernilai RM500 ribu pastikan 10% (RM50 ribu) dalam bentuk emas.

Banyak mana emas bernilai RM50 ribu? Lebih kurang 190 gram sahaja, kalau setiap kali simpan 10 gram hanya perlu simpan 19 kali sahaja. Tak mustahil kan?

Saya bagi pecahan kira-kira untuk harta bernilai RM500 ribu; rumah RM300k, ASB RM100k, kereta RM50k dan duit simpanan di Tabung Haji RM50k.

Ini adalah kiraan asas belum termasuk rumah sewa atau aset pelaburan yang lain.

Alihkan cuma sebahagian harta ke dalam bentuk emas sebagai backup sebelum berlakunya apa-apa musibah kepada kewangan keluarga dan negara kita.

Kita tak mampu untuk ubah kewangan negara tapi kita mampu untuk ubah kewangan keluarga kita.

Sisthur Anis bagi analogi mudah untuk faham; kita pakai face mask di waktu sihat untuk melindungi kesihatan kita.

Tiada guna pakai face mask banyak-banyak kalau kita dah jatuh sakit. Kita pakai alat bantuan pernafasan bila dah sakit. Adehhh!

Walaupun face mask cuma berharga RM1, ianya mampu menjaga kesihatan kita dengan baik dan mengelakkan kita habis duit yang banyak bayar bil hospital jika kita sakit.

Sama juga dengan situasi kita simpan emas, kita simpan emas di waktu kewangan kita sihat. Waktu berduit adalah waktu paling sesuai untuk kita simpan emas, simpan emas selagi boleh ikut poket kita sendiri.

“Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak”

Kesimpulannya penyimpan emas mempunyai ‘insurans’ kewangan jika berlaku apa-apa musibah kepada ekonomi.

Hidup penyimpan emas yang ada simpan beratus gram lebih tenang dan berkualiti. Insyaallah.
Tak lama lagi akan mula dijual di PGMall..

Tunggu...🥰🥰🥰
#TabungWanita

MENGAPA WANITA PERLU SIMPAN EMAS?

1. Sebagai Perlindungan Diri. Dari bencana kewangan. Jika kita masih bujang, ia bantu kita sebagai simpanan dan pelaburan.

Jika kita dah berumah tangga, jika suami tiada Hibah Takaful atau perlindungan pendapatan. Bila jadi apa apa bencana. Mereka ada emas untuk teruskan hidup dimasa depan.

Jika suami jatuh hati lagi dan tinggalkan pergi. Maka emas menjadi talian hayat pelindungi yang abadi.

2. Keyakinan Diri.

Wanita rasa lebih yakin dan jelita bila ada barang kemas ditubuh badan mereka. Rasa percaya diri tinggi. Orang Kelantan sebut Pemanis Tubuh.

3. Pelaburan Paling Klasik.

Sejak zaman mak ayah kita muda, mereka menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan yang paling mudah. Selagi ada lebihan duit mereka beli emas untuk simpan.

4. Elakkan Duit Hilang.

Semakin banyak duit dalam tangan mereka nak belanja saja. Pantang nampak bag tangan online rasa nak cuba.

Bila menyimpan emas perasaan berharta dan kaya itu ada. Jika tidak asik nak belanja beli saja.

5. Kalis Inflasi yang Baik.

Jika kita nak kekalkan nilai duit yang mereka ada sebaiknya simpan emas dalam tempoh jangka panjang.

6. Emas tawarkan Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

Jika wanita memiliki emas, mereka dapat 3 in 1 ini dalam satu masa. Ia mudah dibawa dan dicairkan, wanita tahu tempat selamat untuk menyimpan. Lelaki selalu lupa.

7. Ada Pilihan Barang Kemas atau Bar Emas.

Berbanding lelaki hanya boleh simpan dinar, syiling, bar atau jongkong. Wanita boleh menyimpan semua itu dan barang kemas juga . Mereka ada lebih banyak pilihan.

8. Kawal Nafsu.

Dari beli bag tangan yang akhirnya susut nilai dan dimakan zaman, lebih baik beli emas untuk masa depan.

Wanita dan emas sukar dipisahkan. Jika susah menyimpan, belajarlah menabung emas sepanjang zaman.

-Azizul Azli-
🤩 Nak tak dapatkan 1 Dinar Emas (4.25 gram) dengan bayaran serendah RM111 sebulan?

✔️ Sesuai untuk yang allocate budget around RM100+/- sebulan
✔️ Bayar 10 kali dalam masa 10 bulan (Syariah Easy Payment Purchase)
✔️ Habis bayar boleh collect di cawangan Public Gold
berhampiran anda

😱 Promosi ini tamat sehingga 2 Feb 2021 ini sahaja gais! Jom grab sekarang juga!

Click link ini sekarang juga!
👉🏻 www.wasap.my/60197824559/Promo1Dinar
#AuraEmas

3 PUNCA UTAMA DUIT MUDAH BOCOR

[ 1 ] Seronok belanja

Bila dapat gaji, biasanya kita akan fikir nak bayar hutang kemudian belanja atau belanja dulu bayar hutang kemudian.

Nanti bila ada lebih baru fikir nak simpan. Selalunya memang tak ada lebih. Jadi macam mana nak bina kekayaan kalau begini caranya.

Nasihat dari pakar pakar kewangan, sepatutnya simpan dulu baru fikir untuk belanja. Cara begini baru kekayaan dapat terbina.

[ 2 ] Tersalah melabur

Manusia kebanyakkannya sukakan sesuatu yang cepat menguntungkan dan banyak untungnya.

Bila perasaan nak cepat kaya tanpa usaha tu ada dalam diri, kita mudah untuk terjebak dengan skim skim cepat kayap ni.

Bila dah terjebak nyesal pun dah tak guna. Kita sepatutnya belajar dari kesilapan orang lain supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama seperti orang lain telah buat.

[ 3 ] Orang pinjam tak bayar

Memang lumrah manusia, bila sesak nak pakai duit mereka akan cari orang yang berduit untuk meminjam.

Bila dah pinjam liat pula nak bayar. Alamat bocorlah duit yang dipinjamkan tu.

Bukan hanya duit kita saja yang bocor, malah emosi kita juga akan terganggu bila ada perasaan geram dan marah.

Sisthur Anis macam mana nak elakkan diri kita dari 3 perkara ni!?

✔️Jawapannya mudah je, tukarkan duit simpanan kita ke dalam bentuk emas.

Emas ini ibarat menyimpan “Magnet Kekayaan”. Kekayaan itu akan "melekat" pada kita. InShaAllah.

Begitulah.

“Gold, secure your future”

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #KITeam
#AmazingJE24K #tipsduitbocor