Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Perbandingan antara ASB, Tabung Haji dan Emas.
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya,kalau bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.

Simpanan emas sangat bermanfaat.Disaat negara menimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan ringgit malaysia, maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.

Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.

Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.

Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.

Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.

Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.

Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.

Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.

Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.

Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Baru dikatakan bijak.. Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..

Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.

Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.

Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..

Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.

Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcit...sikit-sikit la.. Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa.. Lama-lama jadi bukit..

Beli sebulan segram dah memadai. Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama 🏠anda dan rumah-rumah seterusnya.

Simpanlah sebulan segram, jika mampu sebulan 1dinar, jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..😄

Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan. Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.

Jangan takut untuk mengorak langkah. Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
#TabungEmas

MASANYA MEMBELI EMAS?

Jika kita masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g.

Waktu bermula pandemik harga emas semakin naik hampir setiap bulan. Hanya sesekali bulan mac, awal jun, dan penghujung Oktober ada sedikit penurunan.

Selebihnya menaik dengan sihat dan baik. Bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.

Bagi pelabur, emas disebut
'safe haven' pada mereka. Ia adalah pelaburan yang selamat untuk menyimpan nilai.

Bila pasaran tidak menentu, orang tak pasti dengan keadaan ekonomi, saham dan hartanah.

Maka emas menjadi pilihan kerana ia dianggap penyimpan nilai paling selamat.

Bila keyakinan pasaran mula tinggi bila China, US dan Rusia mula menawarkan vaksin. Kita mulakan rundingan untuk membeli 30% untuk rakyat, maka kebimbangan terhadap Covid mula semakin reda.

Bila keyakinan ini kembali ada, orang mula rasa selamat dan permintaan emas kembali berkurangan. Maka kita dapat perhatikan harga emas semakin menurun sejak 5 hari ini.

Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka 'letak dan simpan' duit mereka.

Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.

Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.

2. Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.

Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.

3. Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.

4. Nilai susut emas bar atau waffle hanya sekitar 7%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami punya. Susut nilainya sangat besar antara 20%-30% banyaknya.

5. Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.

"Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun"

"Saya himpun emas ini untuk kahwin". Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

"Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor".

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

7. Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

8. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.



Harga emas dijangka akan turun lagi, maka sebaiknya jangan tunggu baru beli, beli dan tunggu.

Gegadis cepat lemas kalau kita asik bagi barang kemas 😋

Kredit : Azizul Azli
Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini: 🤠

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan. Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas.

Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan. Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.
#PromosiDinar

Cantik, eksklusif dan harga mampu milik.

Boleh bayar 10x. Sebulan hanya RM113 jer. Habis bayar emas menjadi milik anda. Boleh collect di branch yang berhampiran dengan rumah anda.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K #emas #Emas999 #PublicGoldGAP
Public Gold Trusted Seller!

Team zakat Selangor nak buat kempen menang edisi dinar public gold. Wow!

Tahniah tetuan #MTS Malaysia & team lembaga zakat selangor.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #ZakatMenyucikanHarta
Promosi sempena Webinar PG Group sehingga 7 Disember

Last day hari ini jam 12 malam

Semua jenis emas dari 1 dinar sehingga 1 kilogram boleh buat bayaran EPP10.

1 Dinar EPP10: RM112/sebulan
10 gram EPP10: RM264/sebulan

Semakin berat emas dibeli maka:
1. Semakin murah harga per gram
2. Semakin kecil susut nilai

Offer Upgrade Dealer Public Gold

Normal Dealer (insentif 1%)
Belian 20 gram boleh EPP10 : RM528 sebulan
Wealthcard RM200 (one off)

Priority Dealer (insentif 1.5%)
Belian 40 gram boleh EPP10 : RM1057 sebulan
Wealthcard RM200 (one off)

Klik wasap Sisthur Anis http://wasap.my/60197824559/Webinar