Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.52K photos
337 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
السلام عليكم
Wahai diri,
Dekatkan diri kepada Allah, mohonlah agar Dia sentiasa memandang mu dengan rahmat-Nya dan belas kasihan-Nya.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 491/g
SAP RM 527/100g
Harga Emas GAP TURUN RM3!🔥

RM491 = 1gram
RM246 = 0.5gram
RM100 = 0.2037gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 23-05-2025
Syukur, ramai dapat ilham menabung aset emas 🥰

Di Public Gold ni cara simpanan emas agak mudah.

1️⃣ Menabung dalam Akaun GAP

Ada bajet Rm100 terus mula dengan akaun GAP:

2️⃣ Beli emas fizikal full payment

Ada bajet Rm1600+ boleh terus beli 1 dinar. Ada bajet besar terus beli item besar secara cash, contoh 5 dinar harganya Rm9,900+

3️⃣ Beli emas fizikal kaedah epp 10 bulan

Boleh lock emas fizikal kaedah epp bayar 10 bulan. Contoh komitmen 1 dinar dalam Rm190 sebulan, habis bayar dapat emas.

Pilih mana-mana kaedah ikut bajet masing-masing. Yang penting anda dah mula!

Tahniah semua yang dah bertindak memulakan simpanan emas.


Semoga kewangan tuan puan semakin kukuh selepas belajar menabung emas di Public Gold.. Aamin.

Anda Nak simpan emas klik link website di bawah:

💎https://publicgold.me/AnisahSalleh/cara-bermula
A R R A H N U

Hampir setiap bulan saya keluar masuk arrahnu, selalu nampak orang yang datang arrahnu gadai emas berpuluh-puluh gram.

Ada yang gadai beratus gram pun pakai baju biasa-biasa aje, padahal emas bersusun dalam simpanan. Ada yang gadai barang kemas, ada yang gadai goldbar dan dinar.

Untuk makluman goldbar dan dinar Public Gold mesra arrahnu, banyak arrahnu terima goldbar dan dinar Public Gold.

Pernah saya tanya salah seorang yang gadai emas di arrahnu; buat apa gadai emas? Jawapan biasanya nak rolling bisnes.

Ada juga yang nak buat bayar gaji pekerja, nak buat beli rumah dan kurang juga yang buat tampung anak belajar.

Arrahnu bukan tempat wajib untuk penyimpan emas, arrahnu hanyalah ‘temporary solution’ untuk orang yang ada emas (baca ada harta) untuk dapatkan tunai segera.

Orang yang tidak simpan emas tidak layak masuk arrahnu, penyimpan emas patut bangga dapat masuk arrahnu sebab ada emas (harta) tanpa perlu minta bantuan orang lain untuk pinjam duit.

Manfaatkan kemudahan arrahnu dengan sebaiknya, pastikan ada ‘exit plan’ untuk tebus balik emas sebelum masuk pintu arrahnu.

Buat kiraan marhun dan upah simpan dengan betul, elakkan meminjam (gadai) terlalu lama untuk elak caj upah simpan yang tinggi. Maksimum 6 bulan dah cukup.

Kesimpulannya kita tak perlu rasa malu nak masuk arrahnu, manfaatkan kelebihan simpanan emas dengan sebaiknya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.
E M A S K A L I S B O C O R

Biar duit sikit asalkan emas berkepuk? Hanya orang yang faham emas tidak akan risau duitnya makin sikit sebab simpan emas.

Duit tunai cukup-cukup untuk belanja harian dan sedikit simpanan dana kecemasan 2-3 bulan. Selebihnya dah tukar jadi aset emas.

Fokusnya hanya satu nak elak penyakit poket bocor. Emas adalah salah satu ‘ubat’ nak rawat penyakit poket bocor.

Saya dah cuba cara ini sejak dari 2015 lagi, memang berkesan sampai hari ini. Cara ini sesuai untuk saya yang kaki boros sebelum ni. Adehhh!

Sebagai contoh goldbar 5g tetap ada dalam wallet walaupun beribu-ribu duit tunai keluar masuk dari wallet.

Bermula dari harga 5g RM700 sehingga naik RM2,500 tetap setia dalam wallet tanpa diusik. Dah untung lebih dari 300% kenapa tak jual?

Jawapannya terletak pada matlamat awal kita simpan emas, kalau kita set matlamat sebagai penyimpan emas harga naik tinggi mana pun tetap kita simpan.

Bila ada keperluan terdesak baru jual, alhamdulillah hampir 10 tahun goldbar 5g tetap ada dalam wallet saya.

Untung yang paling utama untuk cara ini adalah 5g kekal sebagai simpanan. Bila-bila masa nak pakai duit terus boleh jual atau gadai.

Sambil simpan boleh tunjuk sampel goldbar Public Gold pada orang yang belum kenal goldbar..Hahaha.

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita mula simpan emas. Wallahua’lam.
P A Y D A Y

Setiap 20hb setiap bulan adalah hari gaji kepada dealer Public Gold, masing-masing teruja tunggu berapa gaji bulan ni masuk.

Untuk pengetahuan umum semua, gaji Public Gold datang dari ‘upah’ dealer mengajar ilmu emas dan kewangan kepada penyimpan dan pelabur emas di bawah bimbingan mereka.

Memang seronok dapat upah bila kita berkongsi kebaikan simpanan dan pelaburan emas pada orang ramai.

Ibaratnya kita suka makan kat satu kedai, kita rekemen pada ahli keluarga dan kawan-kawan kita untuk cuba makan kat tempat tu.

Owner kedai tak bagi kita upah sebab rekemen kedai dia pada kita, paling baik owner kedai ucap terima kasih pada kita.

Berbeza dengan konsep bisnes Public Gold; kita sebagai dealer dibayar upah oleh Public Gold tanda terima kasih rekemen orang ramai simpan emas Public Gold.

Dan yang paling best upah tu dibayar sampai kita mati..kalau mati pun Public Gold tetap bayar pada waris kita.

Tak banyak pun upah Public Gold bagi sekitar 1-2% sahaja..tapi boleh cuba kira kalau setiap bulan ada berjuta-juta duit tunai bertukar jadi gram emas.

Upah Public Gold boleh jadi ‘pasif income’ setiap bulan pada dealer, boleh buat pencen sampai ke tua nanti. Hahahaha

Bisnes Public Gold ada turun dan naik sama seperti bisnes lain, bisnes Public Gold ni bukan skim cepat kaya!

Bisnes Public Gold tengah ‘gold rush’ boleh dapat upah sampai 6 angka, kalau turun ke 5 angka pun masih lagi banyak!

Ada salah seorang dari team saya pernah dapat upah RM110k sebulan sewaktu gold rush, pada waktu biasa dapat RM80k kira okay sangat dah tu.

Itulah ‘up & down’ bisnes Public Gold untuk dealer yang komited dan percaya pada Founder PG Group Dato Wira Louis Ng.

Bak kata Dato Wira; satu hari nanti duit (income) Public Gold akan langgar pintu rumah setiap dealer!

Dato Wira tambah lagi; nanti satu masa dealer Public Gold nak jadi miskin pun susah.

Dengar macam mengarut tapi hari ni ianya telah jadi kenyataan, ramai dealer Public Gold ‘terapung’ bila check baki akaun bank masing-masing.

Di Public Gold ni, kita diajar untuk ‘buat dulu faham kemudian’. Owner Public Gold tahu bagaimana nak reward dealer Public Gold sebaiknya.

Bagi yang tengah mencari extra income, boleh cuba buat bisnes Public Gold secara part time dulu. Nanti bila dah yakin baru buat full time macam saya.

Ianya susah tapi tak mustahil! Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat? 🤷🏻‍♂️

Siapa buat dia yang dapat, jalan kejayaan terbuka untuk semua orang. Insyaallah!
R E C O R D B R E A K E R

Cerita minggu lepas saya datang ke Menara Public Gold di Jalan Tun Razak, teman pelabur saya buat shipment emas beliau berjumlah 21kg.

Beliau dah lama beli emas ni sebelum puasa lagi, tapi minggu lepas baru sempat nak collect terus simpan di Public Safe.

21 kg emas yang beliau beli dulu anggaran RM8.4 juta hari ni dah cecah kepada ±RM10 juta. Belum collect lagi dah untung!

Beliau begitu yakin dengan servis Public Gold, tunggu masa sesuai baru datang collect. Tiada isu trust bila beli puluh-puluh kg dengan Public Gold.

Ada yang baru simpan emas dalam akaun GAP RM100 dah fikir macam-macam, rekod bersih 17 tahun Public Gold belum pernah lagi orang beli emas tak dapat emas!

“Apa jadi kalau internet down?”, “Apa jadi kalau Malaysia berlaku perang?”

Itulah persoalan lazim yang saya dapat bila ajak simpan emas Public Gold, saya pun clueless nak jawab sebab keadaan tu belum pernah terjadi lagi.

Apa yang sifu emas saya pesan; sebaik-baik simpanan dan pelaburan emas adalah emas fizikal. Berlakulah apa bencana pun emas fizikal tetap bernilai.

Akaun simpanan emas GAP cumalah alat(medium) untuk kita simpan emas dengan bajet rendah dan mudah. Bila dah cukup target gram boleh withdraw emas fizikal ikut baki gram.

Tak perlu pun simpan sampai berkilo-kilo gram emas dalam akaun GAP, walaupun saya tahu ada penyimpan emas kumpul sampai 2kg dalam akaun GAP!

Public Gold sediakan kemudahan beli dan simpan emas serendah RM100, walaupun harga naik atau turun kita tetap boleh simpan emas setiap bulan.

Tahun ni pecah lagi rekod peribadi buat shipment 21kg emas, rekod sebelum ni adalah 20kg pada akhir tahun lepas.

Mungkin tahun ni kita pecah lagi rekod buat shipment 25kg? 🤷🏻‍♂️

Tiada siapa tahu aturan rezeki Allah pada kita, kita sebagai hamba perlu minta hanya pada Yang Maha Kaya.

Doakan saya dapat bantu lagi orang-orang ultra kaya simpan beratus kg emas lagi tahun ni. Insyaallah!
Apa? Public Gold scammer? Tak kukuh? Haa jom tengok ni dulu! Bukan main sembur je.

Kilang Penulenan Emas Public Gold – Batu Kawan

Ramai tak tahu, kilang emas ni ada banyak jenis. Tapi hari ni saya betul-betul teruja sebab berpeluang melihat proses projek kilang refinery emas Public Gold yang sedang dibina di Batu Kawan. Progress pembinaan kini dah capai 40%!

Untuk yang belum tahu, kilang 'refinery' berfungsi untuk menulenkan semula emas yang kurang dari 999 seperti barang kemas, nugget, atau emas campur.

Ini bakal jadi sejarah negara.
Nama Public Gold bakal sekali lagi terpahat dalam Malaysia Book of Records.

Sebelum ini, Malaysia tak ada satu pun kilang penulenan emas seperti ini. Setiap kali nak tulen semula emas, kita perlu hantar ke luar negara—kos tinggi, masa pun lama. Tapi dengan kewujudan kilang ini, semuanya akan jadi lebih mudah dan kos jauh lebih rendah.

Apabila siap nanti, kilang ini dijangka mampu mengeluarkan sehingga 10 tan emas setahun!
Ini bukan saja membantu Public Gold, tapi juga menguntungkan seluruh industri emas tempatan.

Dengan adanya kilang 'refinery' ini, kita hampir lengkapkan keseluruhan rantaian emas—daripada proses penulenan hinggalah ke tangan pengguna.

Tahniah Public Gold.
Tahniah semua penyimpan emas PG.
Kita bukan main-main, we’re going global!

Semoga kita semua terus cemerlang dan memberi impak besar kepada ekonomi rakyat.

Kita cakap ada fakta.

Kredit Rakan Dealer
HEBATNYA AURA EMAS!

Kisah ini dari mangsa-mangsa bencana letupan di Putra Height yang lalu, mereka menceritakan permasalahan berkenaan kerugian aset rumah dan kenderaan yang mencair.

“Suami sudah pencen, saving kami pun tak seberapa. Kami tak mampu dah nak beli rumah baru.”
.

“Rumah kami dah tinggal rangka, tinggal debu.”
.

“TV kami mencair tak nampak apa dah. Cuma ada serpihan sahaja.”
.

“Saya ada buat tabungan RM5. Anggaran duit kertas RM5 yang saya simpan dah cecah RM 2 ribu juga. Semua duit mencair.”🥲
.

Kami sudah menasihatkan para mangsa untuk menyediakan bukti-bukti kerugian dan sebagainya sementara kita menanti pengumuman rasmi daripada pihak berautoriti.

Tapi, apa yang menarik perhatian saya adalah ini.

Emas!

Puan ini menunjukkan emas yang beliau simpan di dalam kotak besi aluminium yang berjaya dijumpai semula.

Terpelanting, namun masih berada di dalam rumah.

Emasnya tak lebur! Tak terbakar!

Bahkan jika lebur sekalipun, emasnya masih bernilai!

Untuk pengetahuan, takat lebur emas 916 adalah pada 1,063 darjah selsius manakala takat lebur emas 999 adalah pada 1,064 darjah selsius.

Saya kira dengan adanya sedikit “bekalan” ini, akan dapat membantu mereka sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Syukur.

Emas adalah simpanan yang bukan sahaja kalis inflasi bahkan kalis kebakaran.

Buat rakan-rakan, mulakan simpanan emas daripada sekarang. Simpan emas pasti ada manfaatnya.

(Gambar ini dikongsi atas izin empunya emas, Puan Norsalawati Wati).
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2049 gram
RM 488 = 1.0000 gram

Harga GAP 🔼 RM 1

Terendah: RM 409 (1 Jan 2025)
Tertinggi: RM 533 (22 Apr 2025)

Dikemaskini: 28 May 2025
السلام عليكم
Wahai diri,
Merendahlah diri kepada Allah nescaya Dia angkat darjatmu dan memuliakanmu.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 488/g
SAP RM 524/100g