Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#ASB dan #ASBF.

Saya tak pakar. Tapi saya sentiasa rujuk nasihat pakar.

ASB hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, atau untuk siapa yang tak tahu nak labur dekat mana.

Daripada melabur sana sini dengan risiko duit tu akan lebur (sebab tak ada ilmu), ASB jauh lebih baik.

Bila tahu pasal emas, secara peribadi dah lama tak anggap ASB (dan Tabung Haji) sebagai pelaburan yang baik untuk jangka panjang.

Kalau tengok track record 20 tahun pun, sudah jelas yang emas jauh lebih menguntungkan dalam jangka panjang. Dan tentunya, NILAI emas jauh lebih kukuh berbanding biarkan duit dalam ASB.

Saya anggap emas sebagai benteng terakhir kewangan kami sekeluarga.

#TipSimpananEmas #EmasvsASB
Public Gold GAP
RM 100 = 0.3448 gram
RM 290 = 1.0000 gram

Lowest: RM 278 (6 January 2023)
Highest: RM 290 (Today)

Last Updated: 14 January 2023
16.09.2022 ➡️ 16.01.2023
RM260 ➡️ RM291

*Kenaikan hampirrr 12% dalam masa 4 bulan* (mengikut tarikh).
Pagi-pagi makan Maggie,
Selamat Pagi!

Apa khabar kengkawan pagi ni?
Apa aktiviti kengkawan pagi ni?

Semalam SA berpagian di padang sekolah, hari ni berpagian di laptop. Di mana sedang berlangsung Training New Dealer’s Orientation (NDO) dari pukul 9 pagi tadi sampai 1:30 petang.

Anak-anak bangsa Johor hari ni pulak semua ada sekolah ganti. Tiber sekolah hari Sabtu. Jadi memacam ragam la ya mommies anak-anak kita. 😄

Apapun semoga dipermudahkan segala urusan kengkawan semua dan dalam rahmat Allah hendaknya.

Selamat Berhujung Minggu Kengkawan!

Anisah Salleh,
Masih belajar dan terus belajar. 💙
𝗔𝗽𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗷𝗯 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗲𝗺𝗮𝘀?

Syarat wajib zakat EMAS  pelaburan (Jongkong, bar dan Dinar EMAS) ada dua iaitu:

1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun.

Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat.

Contoh 1:
Abu beli 50 gram EMAS. Genap setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.

Contoh 2:
Ali beli 100 gram EMAS. Kurang dari setahun, harga EMAS naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun.

Contoh 3:
Bakar beli 1,000 gram EMAS. Cukup setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke Baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1,000 gram EMAS.

Tak perlu pun bawa EMAS ke Baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo EMAS. Nanti mereka akan kira ikut nilaian Baitulmal.

Oh ya satu lagi. Setakat ini belum pernah lagi orang jatuh miskin sebab bayar zakat. Makin kaya tu ada la! 😎

Jadi berazamlah menyimpan EMAS sehingga dapat membayar zakat tapi jgn lupa tunai yang anda simpan juga kena zakat setelah cukup syarat- syaratnya..
Tanah dan rumah antara aset yang bagus untuk simpanan jangka panjang. Makin lama harganya makin mahal untuk jangka panjang.

Cuma kalau nak beli tanah dan rumah, kena ada modal besar, dan prosesnya memakan masa yang agak lama.

Jadi sebelum beli aset yang mahal macam tanah dan rumah, mula dulu dengan aset yang kecil macam emas. Emas boleh dibeli sikit sikit sekecil 1 gram.

Bila simpanan emas dah banyak, boleh jual emas dan beli aset tanah atau rumah.

Mulakan dulu simpanan emas walaupun sekecil 1 gram. Emaslah aset fizikal yang paling mampu milik.

Dengan adanya Platform Public Gold sekarang, sesiapa pun mampu memiliki emas.

Begitulah.
Ha’ korang dah mula simpan emas ker belum?

Anisah Salleh,
1000 gram bermula dengan 1 gram yang pertama.😊
HARGA EMAS 1GRAM AKAUN GAP (JANUARY 2023)

1/01/2023 = RM280/GRAM⬆️(+RM2)
2/01/2023= RM280/GRAM↔️
3/01/2023=RM280/GRAM↔️
4/01/2023=RM280/GRAM↔️
5/01/2023=RM284/GRAM⬆️(+RM4)
6/01/2023=RM278/GRAM⬇️(-RM6)
7/01/2023=RM284/GRAM(+RM6)⬆️
8/01/2023=RM285/GRAM(+RM1)⬆️
9/01/2023=RM285/GRAM↔️
10/01/2023=RM285/GRAM↔️
11/01/2023=RM285/GRAM↔️
12/01/2023=RM284/GRAM⬇️(-RM1)
13/01/2023=RM286/GRAM⬆️(+RM2)
14/01/2023=RM290/GRAM⬆️(+RM4)
15/01/2023=RM291/GRAM⬆️(+RM1)
16/01/2023=RM291/GRAM↔️
17/01/2023=RM287/GRAM⬇️(-RM4)

Harga emas JATUH RM4 hari ini! 😘😘

Ambil peluang top up akaun GAP atau lock epp10 bulan!

_Terendah 2022 - Rm260_
_Tertinggi 2022 - Rm301_
TAK PAKSA TAK JADI!

Cara berkesan menyimpan, kena PAKSA dan LUPA.

Sebaik sahaja dapat gaji, paksa simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan.

Dan simpan di tempat yang kita dapat lupakan simpanan tu.

Cara paling mudah, beli emas.

Bila duit dah tukar jadi emas, kita lupa yang kita berduit walhal emas tu pun duit juga.

Terus tertutup nafsu berbelanja yang bukan-bukan. InsyaAllah.

Sekarang kita boleh menabung emas serendah RM100 melalui “Akaun Emas GAP”.

Siapa ada pengalaman dengan emas? Cer share pengalaman korang kat komen!👇🏻

Anisah Salleh,
Elak Boros Kengkawan!☺️