Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
3 Sebab Kenapa SA Suka Berjongging Waktu Pagi!

Sisthur Anis suka sangat bersenam atau jogging waktu pagi. Kebiasanya dari jam 6.45 pagi sehingga jam 8.00 pagi.

Memang best waktu pagi jogging dan sekarang Alhamdulillah dipermudahkan urusan bila bergelar “kau lah bos kau lah kuli” adalah masa untuk saya bersenam di waktu pagi. ☺️

Tapi kenapa SA pilih waktu pagi bukan petang atau malam?

Ini Sebabnya SA Suka Jogging Waktu Pagi:

1. FREE Sumber Vitamin D

Dah tak perlu nak beli atau dapatkan kat mana-mana farmasi, jogging waktu pagi aje, SA dah dapat vitamin D percuma ya no payment langsung.

Jangan nak bermalasan selepas subuh tu nak tidur lak. Nak sihat kan? Buat dan amalkan, benda ini tak datang bergolek depan mata.

2. Otak Cergas Lemak Terbakar

Ini pengalaman SA sangatlah pemalas nak jogging waktu pagi ini. Tapi kesannya otak SA memang akan jadi sangat tepu dan sangat malas nak buat apa-apa.

Nak menulis lagilah terasa malas, ada idea tapi tulis sikit aje dah berhenti, stuck atau tersangkut macam itu sahaja.

Semenjak SA dah kembali jogging waktu pagi ini memang terasa sangat kelainan, otak nak kata idea tu mencurah-curah juga dan SA dapat fokus pada apa yang aku nak buat.

Lemak off course lah terbakar kan dan masa pagi ini metabolisme badan tinggi dan memudahkan kerja membakar lemak degil yang dah 40 tahun SA simpan. Haa gitew!

3. Eratkan Silaturahim, Rezeki Pun Dapat Tau

Waktu pagi majoriti yang jogging adalah makcik pakcik auntie uncle yang sudah bersara. SA nak tengok anak muda jarang sekali tahu ajerla masa ini kan waktu bekerja.

Jadi inilah masa terbaik untuk SA bagi salam ataupun ucapkan very simple good morning kepada uncle dan auntie.

Walaupun mereka ini SA tak kenal, SA stay say salam untuk mereka, lama kelamaaan terjalinlah silaturahim dan SA mula bertegur sapa.

Indahkan aturan dariNya, jogging aje pun dapat eratkan silaturahim.😊

Sambil borak dengan pakcik makcik ini ada ramai juga akan tanya, anak ini tak kerja ke boleh jogging hari-hari (ini ikut mood ya so far istiqamah lagi hari-hari jogging)?

SA biasalah akan jawab, “Kerja kat rumah aje makcik niaga kecil-kecilan”

Makcik Munah: “Niaga apa dik?” (Terasa kemudaan pula aku dipanggil adik)😅

SA: “Emas acik”.

Makcik Kiah: “Apa toker emas?”😄

SA: Taklah acik saya cuma bantu orang yang nak simpan emas untuk elakkan duit terus bocor dan hilang nilai.

See bila dah tanya tu SA pandailah close sales nanti sebab kebanyakan yang jogging pesara. Majoriti mesti banyak duit kan!😁

Ini namanya rezeki berpagi-pagian. Peluh bakar rezeki pun dapat. Syukur. Alhamdulillah.

It’s real story real people, orang lain boleh takkan kita tak boleh. Betul tak?

Begitulah.

Anisah Salleh,
Coretan Pagi di Taman Merdeka.😁
𝐄𝐊𝐒𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐏𝐆𝐂𝐎𝐃𝐄

𝘉𝘢𝘶𝘤𝘢𝘳 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘑𝘶𝘭𝘢𝘪 2022

Tebusan terhad kepada 10,000 terawal
2x penggunaan untuk setiap pemegang PGKod

GUNA KOD: »»ᅳPGBO22JULᅳ►
BUAT DULU FAHAM KEMUDIAN!

Simpan emas ini dapat menyelamatkan duit kita dari terbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.

Makin banyak kita beli emas, makin banyak duit selamat disimpan setiap bulan.

Yang bestnya lagi duit kita yang selamat dalam bentuk aset fizikal ini mampu untuk mengekalkan nilainya dan bagus melawan inflasi setiap tahun.

Sebab itulah harga emas pasti naik untuk jangkamasa panjang.

Soal harga murah atau mahal adalah perkara kedua, jika harga emas mahal bermaksud kita dah selamatkan banyak duit tunai kepada bentuk emas.

Mudah kan?☺️

“Gold Secure Your Future”

Anisah Salleh,
Suka Sembang Emas Sebab Masa Itu Emas.😁
🤩𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐈𝐬 𝐁𝐀𝐂𝐊!!!!!🎉

𝐒𝐞𝐥𝐥/𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐈𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐗-𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐠𝐨𝐥𝐝 to your nearest Public Gold Branch with the 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐈𝐂𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐎𝐖𝐍!

NOW it's the best time to CONVERT your gold to GOLD/MONEY/GAP‼️
HURRY UP‼️ Don't miss out on this golden chance‼️

🏢𝘾𝙤𝙣𝙫𝙚𝙧𝙩 𝙖𝙩 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙣𝙚𝙖𝙧𝙚𝙨𝙩 𝙗𝙧𝙖𝙣𝙘𝙝 𝙣𝙤𝙬
https://bit.ly/publicgoldbranches
#publicgold #goldbar #GAP #investment #gold
Perkongsian dari Sifu Emas SA En Syukur.

Kisah semalam 1/7/2022 Jumaat.

Ketika saya menulis artikel ini, harga emas berada di bawah USD1800 (to be exact USD 1795).

Sentimen pasaran sekarang negatif untuk emas, pasaran saham dan juga crypto currency.

Apa sebabnya? Inflasi dan kadar faedah di US.

US Federal Reserved menaikkan kadar faedah bagi melawan kadar inflasi.

Federal Reserved juga memberikan gambaran bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah di masa hadapan.

Risiko peningkatan kadar faedah menyebabkan pasaran kurang stabil. Ini kerana pelabur akan mengalihkan duit kepada instrument yang berkait dengan kadar faedah seperti Treasury Bills dan Treasury Notes dan Treasury Bond.

Peningkatan kadar faedah juga akan meningkatkan risiko berlakunya kemelesetan ekonomi. Ini kerana bila kadar faedah meningkat maka kos meminjam duit akan meningkat dan kos membayar hutang juga akan meningkat. Orang akan kekurangan duit. Perbelanjaan jatuh dan ekonomi akan menguncup.

Jika anda lihat gambar chart, harga dibawah 1800 usd adalah antara harga yang cantik (tengok candle paling hujung)

Kalau nak tunggu? Pun boleh juga.

Tengok ke mana harga minggu depan
Kenangan Inflasi 01 Julai 2022!😁
Student mesti ada simpanan emas sebab:

1. Boleh bayar balik duit pinjaman.

Jika dah guna duit pinjaman tu kena sedar sikit ye, kita guna tu duit pinjaman bukan duit tu kita punya. Kita pinjam je, wajib bayar balik.

Yang bijak simpan separuh jadi emas. Tak ada la berat sangat nak bayar balik nanti. Sebab dah ada emas.

2. Boleh buat modal berniaga.

Bila nak berniaga kita dah boleh guna dah emas tu tau. Kita pajak kejap emas tu untuk buat modal berniaga. Ramai orang berniaga simpan emas tau. Terutamanya orang Kelantan.

3. Boleh buat hantaran kahwin.

Yang rasa nak kahwin lepas belajar tu elok sangat la mula simpan emas dari sekarang. 3 tahun belajar, harga emas mestilah dah double naik masa tu.

At least bila nak kahwin hantaran 5 dinar atau 10 dinar emas dah prepare siap-siap. Kan senang? Tak gitu.

4. Boleh buat belanja kahwin.

Bila dah simpan emas, kita dah sedia semua. Dah ada cukup perbelanjaan untuk buat belanja kahwin.

Cukup la sekadarnya.

5. Boleh buat modal beli aset lain.

Emas juga boleh buat tabungan untuk beli aset lain.

Kebanyakan yang saya dapati, mereka menyimpan emas untuk buat modal beli rumah, tanah dan tuk nenek kita pun beli tanah guna emas tau. Baik belajar simpan emas.

6. Boleh guna jika terdesak. Dah ada simpanan emas, sesak-sesak boleh guna. Backup jika berlaku apa-apa kan, sekurang-kurangnya kita da ada "wang" kecemasan.

Kawal dulu nafsu berbelanja, ingat waktu susah tiada sape boleh tolong kecuali diri sendiri. Jadi, tanamlah tabiat menyimpan emas dari awal.

Orang muda, jiwa muda, buat, buat sampai jadi.

Gold Secure Your Future!

Anisah Salleh,
Mengejar Misi Financial Freedom.
Alhamdulillah. Penutup 02 Julai 2022 dapat bantu seorang Mahasiswa buat tabungan emas melalui akaun emas GAP.

Untuk adik adik dan sahabat sahabat yang masih belajar, rancang lah kewangan sebaik mungkin.

Cuba paksa dan disiplinkan diri untuk buat simpanan sebanyak mungkin.

Alihkan sedikit wang ke dalam bentuk emas untuk mempercepatkan bayaran balik pinjaman di pusat pengajian. إِنْ شَاءَ اللّٰهُ ‎

Dapat sesuatu!

“Gold Secure Your Future”

Anisah Salleh,
Bekas Student IKMSP 2001 Yang Masih Belum Kenal Emas Tika Itu.😁
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.
Rasanya belum terlewat untuk Sisthur Anis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam khususnya Millionaires Team SA 🙏🏻 🌙
.
Kehadiran Aidiladha selalu mengingatkan kita tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.
.
Marilah kita sama-sama memahami serta mengambil pengajaran dan pelajaran daripada kisah pengorbanan Keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s.
.
Ini sebagai bekalan untuk kita bawa di hari kemudian nanti.
.
Semoga ibadah Qurban, ibadah Haji dan segala amal kita diterima oleh Allah SWT.
.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
.
Anisah Salleh,
Master Dealer Public Gold.