Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Kalau ada lebihan duit, simpan, simpan dan simpan gais untuk masa kecemasan nanti.

Gunakan untuk keperluan saja.

Ingatan untuk diri sendiri.

#SisthurAnisPublicGold
#MyPGWeeklyMeeting

LAWAK SUNGGUH GAMBAR NI

Konon ada hati nak selfie yang pi tengok skrin laptop pe kehe nya. Ahaha.

Apapun Alhamdulillah. Selesai sudah sharing Sisthur Anis tadi khas untuk leadership team My PG di bawah kepimpinan Puan Mazlifah Omar aka Kak Ina.

Anda semua memang owesome!

Tahniah juga buat pelapisku yang hebat MD Md Suhaili Baharom sebagai MC pada malam ini.

Nak berjaya dalam sesuatu perkara atau pekerjaan, biarlah kita jadi seperti itik.

Di permukaan nampak tenang, walaupun kaki letih mengayuh.

#SisthurAnisPublicGold
#MyPG #GrowTogether
#PGMall #surirumahbelirumah
#FBLive

EMAS MAGNET KEKAYAAN

Kenapa emas magnet kekayaan sis?

Jawapannya dalam sharing Sisthur Anis bersama PG Branch JB MALAM INI jam 08:30pm di pages Public Gold International.

Jangan lupa klik link lucky draw ni untuk dapatkan hadiah misteri

http://bit.ly/Lucky_Draw_JBB
http://bit.ly/Lucky_Draw_JBB
http://bit.ly/Lucky_Draw_JBB

RM20 c-wallet x 4
RM50 c-wallet x 1 = viewer hit 150
RM100 c-wallet x 1 = viewer hit 250

Boleh share link lucky draw ni untuk semua.

“Gold Secure Your Future”

#SisthurAnisPublicGold
#MyPG #PublicGoldJB #PGJBB
#PublicGold #EmasItuDuit #JomSimpanEmas
You can never go wrong with our Silver Collection.

Ready to add on this brand new 10 Dirham in your list?

Stay tuned !

http://bit.ly/KoleksiGoldSilver24k_PGMuseum

#SisthurAnisPublicGold
#10dirham #teaser #comingsoon #staytuned #pgmuseum #publicgold #gold #silver #pgmall #pggroup #sayajualemas #emas #perak #goldbar
Salah seorang guru kewangan saya adalah Robert Kiyosaki.

Antara kata-kata beliau adalah "Jangan fokus kepada duit. Sebaliknya fokus untuk belajar menjadi pelabur yang lebih baik"

Maksudnya, anda perlu fokus untuk meningkatkan skill pelaburan anda.

Apabila skill pelaburan anda meningkat, maka peluang untuk anda untung adalah lebih tinggi dan kebarangkalian anda rugi akan berkurangan.

Saya nak bagi contoh sebenar. Pengalaman saya di dalam pelaburan emas.

Semasa mula-mula berjinak-jinak dengan emas, saya main hentam aja beli emas.

Saya pernah beli emas kat Bank, waktu tu antara pelaburan emas yang famous adalah syiling Kijang Emas.

Walaupun bagus, namun susah benar nak beli sebab waktu tu saya kerja makan gaji.

Kalau nak pergi, saya terpaksa ambil time off semata-mata nak beli sebutir syiling.

Saya pernah beli dinar Indonesia, Dinar Kelantan, gold bar yang dijual oleh bank, gold bar yang dijual oleh kedai emas dan macam-macam jenis emas semata-mata nak pengalaman.

Saya juga pernah join skim cepat kaya bertopengkan emas. kihkih.. waktu tu tak tahu pulak yang modus operandinya adalah skim cepat kaya.

Namun Alhamdulillah, saya tak kena tipu. Bila dah tahu pasal ciri-siri skim cepat kaya, saya terus tarik handbrake.

Kemudian, bila saya tahu pasal spot gold, saya try trade spot gold. Hehee.. rugi berbelas ribu juga. Lesson learn hard way.

Lepas tu, saya gunakan ilmu analisis teknikal harga emas untuk jual beli emas fizikal sahaja. Dah tak trade spot gold lagi. Sebab dah tahu risiko dia macammana.

Lepas tu saya try belajar beli saham lombong emas. Lombong emas tu bankrap, saya rugi RM12 ribu ringgit.

Ingatkan lombong emas boleh bagi untung lumayan.
Tak juga. Lombong emas adalah bisnes dan bisnes boleh bangkrap. Lesson learn hard way.

Setelah 13 tahun berkecimpung dalam pelaburan emas, saya rasa saya dah jadi pelabur emas yang lebih baik.

Namun begitu, saya masih berpegang kepada kata-kata Robert Kiyosaki. Fokus untuk belajar menjadi pelabur yang lebih baik.

Ilmu emas itu adalah ibarat lautan biru. Ia luas dan ia dalam.

Tak ada orang yang boleh cakap dia terrer semua.

Sekarang nie pun... saya masih belajar 😀

Jadi, untuk anda yang nak jadi penyimpan emas atau pelabur emas yang baik. Teruskan belajar dan upgrade ilmu anda.

Perkongsian Dari Mentor Emasku

#SisthurAnisPublicGold
SKIM CEPAT KAYA EMAS DATANG LAGI!

Dalam saya mencari rezeki dengan membimbing orang lain tentang emas, menjadi tanggungjawab saya juga untuk sedarkan orang supaya jangan terjebak dengan skim cepat kaya berasaskan emas.

Beli emas itu penting. Tapi tidak terlibat dengan skim cepat kaya itu jauh lebih penting.

Biarlah saya tak berjaya meyakinkan orang untuk menyimpan emas. Tapi untuk tidak melihat mereka tertipu dengan skim cepat kaya seperti ini adalah satu kewajipan.

Saya kena selalu ingatkan. Sekali, dua kali, sedaya mungkin saya.

Tapi kalau anda semua berdegil juga, saya tak boleh buat apa-apa. Saya bukan polis. Tanggungjawab saya selesai dengan memberi peringatan.

Selebihnya... duit anda, ikut suka hati anda la nak decide macamana.

Macamana nak kenal skim cepat kaya berasaskan emas?

1. Ia mesti sejenis PELABURAN. Masuk sekian banyak duit, dijanjikan dengan sekian banyak keuntungan. Ini semua money game. Selagi ada yang masuk, selagi itu scammer boleh membayar keuntungan.

2. Keuntungan kadang-kadang harian, kadang-kadang bulanan dan kadang-kadang tahunan. Sedangkan kita tahu harga emas turun dan naik. Macamana boleh dijamin keuntungan? Setiap hari pulak tu.

3. Selalu berselindung di sebalik pendaftaran yang sah dengan SSM atau ada perjanjian bertulis. Ini semua wayang semata-mata.

4. Biasanya program begini akan launching secara besar-besaran. Semua ini dengan niat untuk mengelabui mata masyarakat.

5. Gambar dengan kereta mewah (atau penyerahan kunci kereta), rumah banglo, duit berkepuk-kepuk masuk dalam akaun dan lain-lain adalah jarum halus untuk mempengaruhi orang yang tamak, malas bekerja, lapar duit, angan-angan tinggi dan perasan akan kaya tanpa perlu bekerja.

5. Kadang-kadang modal bangsa dan agama juga boleh jadi senjata. Gambar semua orang Melayu/Islam, lengkap dengan kopiah dan songkok (pak haji yang jujur la ni kononnya) adalah juga untuk mengelabui mata orang Melayu yang memang rata-ratanya agak ‘bodoh’ dalam tipu daya sebegini.

7. Jangka hayat pelaburan sebegini tak akan lama. Bila dah kurang orang join, atau dah ramai mula rasa tertipu (mungkin sebab tak dapat wang sebagaimana dijanjikan) ia akan hilang tanpa jejak sedikit demi sedikit.

8. Alamat pejabat dan website yang rapuh dan boleh dicurigai. Ini silap haribulan boleh hilang dari radar dengan pantas.

9. Cerita pasal untung saja. Risiko rugi tak pernah cerita. Too good to be true. Nanti bila dah lingkup, banyak pulak alasan dia. Kena tipu la. Partner bawa lari duit la. Ada orang dengki la. Bla.. bla.. bla.. semua alasan recycle.

10. Apa lagi ciri-cirinya? Lu pikir la sendiri.

Akhirnya, saya nak buat sikit disclaimer.

Saya mungkin salah sebab saya bukan tahu hakikat sebenar semua skim ini pun. Saya buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan ciri-ciri yang ada.

Tapi prinsip saya dalam hal ini sangat mudah.

Biar kita menyesal tak melabur daripada menyesal bila dah tersalah lebur.

Faham tak?

Adios!

#SisthurAnisPublicGold

- sila share ke serata alam kalau anda sayangkan diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan yang mungkin akan terjebak -
#DuitEmas

SALAH FAHAM TENTANG EMAS.

Ada terlalu banyak salah faham masyarakat terhadap emas. Antaranya ialah :

1️⃣ Emas hanya untuk kaum wanita.

Ramai yang menyangka emas hanyalah dalam bentuk barang kemas sebagai perhiasan bagi kaum wanita.

Sejak dahulu lagi, emas boleh jadi datang dalam pelbagai bentuk seperti jongkong, syiling, serbuk dan ketulan.

Orang lelaki juga boleh membeli dan menyimpannya.

2️⃣ Emas hanya untuk orang kaya.

Emas sering dikaitkan dengan harganya yang mahal. So, kita ingat hanya orang kaya yang boleh beli dan simpan emas.

Sebenarnya emas boleh dibeli oleh sesiapa saja, termasuk orang yang kurang berada.

Jika kita hendak membeli tanah atau rumah, kita mesti menyediakan duit yang banyak. Deposit 10% untuk belian rumah dan bayaran penuh untuk belian tanah.

Tetapi emas boleh dibeli sedikit demi sedikit. Ada akaun emas yang boleh dibeli serendah RM100 pun.

Jika kita target untuk memiliki 1 kg emas sekalipun, kita boleh kumpul sedikit demi sedikit sehingga cukup. Itu tidaklah mustahil.

3️⃣ Emas hanya untuk tujuan pelaburan.

Emas bukan sekadar beli harga rendah dan jual harga tinggi. Emas memiliki banyak fungsi dan matlamat.

Orang yang kurang kefahaman tentang kelebihan dan kehebatan emas akan bertanya soalan yang biasa ditanya oleh pelabur seperti; berapa keuntungan simpan emas, berapa lama perlu disimpan sebelum dijual dan sebagainya.

Orang yang ada banyak matlamat bila simpan emas akan sentiasa gembira. Harga naik mereka gembira, harga turun lagi mereka gembira.

4️⃣ Emas boleh menjana untung dengan sendiri.

Ini salah faham yang paling teruk kesannya. Pemahaman sebegini yang akhirnya boleh menyebabkan pembeli emas terlibat dengan skim cepat kaya.

Secara asasnya, emas boleh menjana keuntungan dengan kenaikan harga. Ia juga boleh menyebabkan kerugian apabila berlaku penurunan harga.

Tetapi itu semua hanyalah di atas kertas. Untung atau rugi sebenar emas hanya berlaku apabila adanya proses jual beli.

Selain daripada itu, tidak perlu risau kerana gram emas tidak akan bertambah bila harganya meningkat dan gram emas juga takkan berkurang kalau harganya turun.

#SisthurAnisPublicGold
#MyPG #JomSimpanEmas
#PublicGold