Nota Emas Mohd Nizam
374 subscribers
5.86K photos
139 videos
4.04K links
Assalamualaikum sahabat semua

Terima kasih ke channel saya. Saya bantu perkukuhkan kewangan anda simpan emas dngn kaedah mudah selamat dan patuh Syariah

Boleh klik link untuk info.
https://publicgold.me/mohdnizam

PG00109963
Mohd Nizam
Download Telegram
NILAI SEBENAR DUIT KERTAS & EMAS

Guru-guru yang pakar tentang sistem wang kertas (wang fiat) mengatakan, semua duit kertas pasti akan kembali kepada nilai instriknya yang sebenar iaitu KOSONG. Ia pasti, cuma masanya sahaja yang menentukannya.

Berbeza dengan emas.

Emas nilainya melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan jatuh KOSONG sama sekali.

Sebab emas tidak boleh dicipta (untuk tambah pengeluarannya), dan sekali-kali tidak dapat dimusnahkan!

#BukuWangEmas

Tulisan asal: Mohd Zulkiflie Shafie
BERPADALAH BERHUTANG, KALAU TERPAKSA MEMBAYARNYA DENGAN HARD-EARNED INCOME

Berpada-padalah buat hutang (pinjaman), kalau hutang itu terpaksa dibayar dengan "hard-earned income". Selagi terpaksa membayarnya dengan duit gaji sendiri, hutang itu adalah jerat yang akan mengikat diri sendiri.

Lagi besar gaji, lagi besarlah peluang membuat hutang. Lagi banyak hutang yang dibuat, lagi kuatlah ikatan itu.

Membayar hutang menggunakan HARD-EARNED INCOME bermaksud, kita terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan itu - supaya dapat terus membayar hutang. Bila hilang upaya untuk terus bekerja, maka hilanglah upaya untuk membayar kesemua hutang-hutang itu!

Sebelum menandatangani surat hutang, ambil waktu bertenang sekejap untuk berfikir - apa akan jadi kepada kehidupan aku sekeluarga sekiranya aku hilang upaya untuk bekerja secara tiba-tiba?

Jangan fikir langit akan sentiasa cerah...

Hari ini kita lihat musibah terjadi ke atas orang lain. Maka apakah kita pasti kita akan selamat dari musibah yang terjadi kepada orang lain itu?

Nasihat saya, selagi terpaksa membayar segala hutang-hutang itu dengan hard-earned income, berpada-padalah dalam berhutang. Berhutang hanya pada perkara yang benar-benar perlu, dan dalam jumlah yang benar-benar perlu. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, insyaAllah kita masih boleh bertahan berbanding orang lain yang terpaksa tergadai segalanya.

Kredit : Mentor Emas Mohd Zulkifli Shafie

#BukuMisiBebasHutang #BukuWangEmas
NILAI DUIT KERTAS HILANG 60% HANYA DALAM MASA 4 MINGGU!

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi...

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas tu ada di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

#BukuWangEmas

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli Syafie

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus
Sudah bertahun-tahun bekerja tapi tak ada wang simpanan.

Terus buat perkara sama berulang-ulang kali, tapi mengharapkan hasil berbeza.

Itu adalah satu kebodohan kata Albert Enstien.

Buatlah perubahan mulai hari ini.

Belajar ilmu emas, mulakan simpanan emas, dan lihat hasilnya.

Saya percaya, hasilnya pasti berbeza, insyaAllah.

#BukuWangEmas

Kredit : Tn Mohd Zulkifli Syafie
Seram tengok harga emas sekarang.

Tapi bila ada ilmu, kita tak pernah rasa seram dengan harga. Harga emas lagi 3 - 5 tahun confirm lebih seram dari harga sekarang.

Yang seramnya kalau tabungan kita tak bertambah.

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli Syafie

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
Harga emas Malaysia naik 579.67% dalam masa 20 tahun ini. Walaupun harga emas ada naik turun dalam jangka pendek, tapi secara puratanya, harga emas naik lebih 10% setahun untuk 20 tahun terakhir ni.

Jadi siapa yang menabung emas dalam jangka panjang, tak perlu sibuk nak monitor harga tiap-tiap hari.

Yang paling penting, pastikan jumlah tabungan emas kita sentiasa bertambah setiap bulan. Cara paling mudah set sahaja beli secara auto-debit melalui #AkaunEmasGAP.

Bila tabungan emas kita makin banyak, pastinya kita lebih kaya dari sebelumnya. InsyaAllah. Ada emas maksudnya ada duit. Dapat sesuatu?

Kt : Mohd Zukifli Syafie

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
Nombor bertambah tak semestinya kekayaan kita bertambah. Ada kalanya pertambahan nombor tak memberikan apa-apa makna pada kekayaan kita.

Kalau dapat dividen 5% setahun sedangkan kadar inflasi dan kenaikan harga barang keperluan melebihi 5% setahun, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah di sebalik bertambahnya nombor.

Bahkan ada ketikanya pertambahan nombor tu petanda kekayaan kita semakin berkurangan.

Berbeza dengan tabungan emas.

Simpan 1 dinar, 1 dinar akan kekal 1 dinar. Ia mampu beli seekor kambing sejak 1400 dulu sampai sekarang.

Simpan emas maksudnya kita simpan nilai kekayaan sebenar, bukan sekadar nombor. Nak pertahankan nilai kekayaan dalam jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Kt : Mohd Zulkifli Syafie

#BukuWangEmas #TipKayaDenganEmas
Tulisan dari mentor Tuan Zulkefli Shafie tentang emas cenderamata. Saiznya lebih besar dari item 1 dinar (4.25 gram) keluaran #PublicGold, tapi item ni beratnya cuma 0.2 gram!

Saiznya (diameter) besar sebab ianya sangat-sangat nipis...

Sebenarnya saya pun excited tengok emas ni.

Cuma apa yang kita kena tahu, ini betul-betul item emas koleksi, bukan emas pelaburan.

Selain harga per gram sangat mahal, emas 0.2 gram ni tak ada nilai langsung untuk pajak atau jual balik. Bahkan kalau buka seal dia ni nanti keluar macam habuk jer.

Sebab terlalu nipis...

Beli sebagai koleksi atau hadiah tak ada masalah. Tapi bukan untuk pelaburan.

Untuk pelaburan, kena ambil kira 5 kriteria penting sebagaimana yang saya tulis dalam

#BukuWangEmas
Perkongsiaan mentor Tuan Mohd Zulkifli suka ingatkan dengan emas kita simpan nilai. Akaun seperti Tabung Haji dan ASB kita simpan nombor sahaja sebab nilainya semakin menurun dalam jangka panjang walaupun nombornya masih kekal.

Untuk simpanan jangka panjang, jangan simpan duit kertas. Sebaliknya simpan aset yang boleh mengekalkan nilai seperti emas, perak, hartanah dan tanah.

Akaun seperti ASB & Tabung Haji bagi saya sesuai untuk simpanan jangka pendek dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja. Untuk jangka panjang, simpan emas. Kalau ada bajet besar, beli rumah yang boleh disewakan atau tanah yamg boleh diusahakan.

Dapat sesuatu?

#BukuWangEmas