KRISIS Ekonomi Asia Timur 1998 menunjukkan yang sistem kewangan Islam berasaskan emas dan perak perlu dikembalikan menggantikan sistem kewangan sedia ada yang berasaskan wang fiat atau faedah.
Panel Kewangan dan Ekonomi Al-Ebreiz Global Capital Berhad, Profesor Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, sejak berlaku krisis itu, beliau mula mempromosikan piawaian kewangan Islam dengan menulis artikel dalam jurnal antarabangsa dan buku.
Menurutnya, beliau juga sering menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menyeru supaya sistem kewangan sebenar iaitu wang bersandarkan emas yang adil, stabil dan saksama dikembalikan.
“Pengembalian wang emas ini semakin penting selepas seluruh dunia berada di ambang keruntuhan sistem kewangan dan ekonomi yang akan berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh kemuncak hutang yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ahamed Kameel berkata, beliau mengasaskan Gerakan Keadilan Monetari Malaysia bagi memberi kesedaran kepada parti-parti politik tentang perkara ini.
Katanya, beliau yang menjadi pengerusi pertubuhan itu seterusnya mengembangkan sistem jaringan elektronik tanpa faedah berasaskan emas yang digelar IGENS.
“IGENS dapat menyediakan semua kecairan yang diperlukan oleh ekonomi, menghilangkan secara substansial keperluan untuk meminjam dana bagi modal kerja dan menjaga pengekalan ekonomi berterusan,” katanya.
Menurutnya, beliau berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif Al-Ebreiz untuk mengembalikan semula sistem kewangan yang bersandarkan emas dan sistem pembayaran yang bebas daripada unsur riba.
“Ini bukan sahaja selaras dengan prinsip kewangan Islam malah turut dapat mempromosikan struktur kewangan Islam yang sebenar dan menjadi salah satu unsur Rahmatan Lil Alamin pada zaman ini,” katanya.
#berita
#notaemasabamijam
#simpanemas

Ini panduan daripada Tuan Azizi Ali Mentor Wang Mentor Kewangan Malaysia.
Sebelum anda memulakan pelaburan (apa-apa sahaja pelaburan seperti saham, hartanah, emas, perak, cryptocurrency dan bermacam-macam lagi) terdapat beberapa proses yang perlu anda lalui.
Basically ia adalah seperti berikut:
1⃣ Buat research tentang pelaburan tersebut. Belanja duit untuk membaca 10 buku tentang pelaburan tersebut. Pada peringkat ini anda mungkin mendapati tersebut mungkin tidak sesuai dengan anda. Namun jika anda rasa tertarik dengan pelaburan tersebut dan ingin bermula maka pergi ke step yang kedua.
2⃣ Start small. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Anda perlu merasa pengalaman membeli, menyimpan atau menjual pelaburan tersebut. Contohnya mula buka akaun GAP dengan RM100 atau mula membeli emas fizikal 1 gram atau 5 gram atau 1 dinar.
3⃣ Konsisten. Ini adalah tips yang penting terutama untuk pelaburan yang ada naik turun harga. Anda mesti konsisten supaya anda boleh rasa pengalaman membeli ketika harga sedang naik atau sedang turun.
4⃣ Selepas selesa dengan langkah 2 dan 3. Maka langkah yang keempat adalah melabur dengan banyak. Ini kerana prinsip pelaburan adalah melabur banyak = untung banyak. Contoh melabur banyak adalah melabur 50% daripada lebihan tunai yang anda ada setiap bulan. Katakan harga emas naik 50% dalam masa 3 tahun, jika anda melabur RM10,000 maka anda cuma untung RM5,000 dalam masa 3 tahun, namun jika anda melabur RM1 juta, maka anda akan untung RM500,000 dalam 3 tahun.
5⃣ Pelaburan seperti emas (termasuk saham, hartanah, minyak, bitcoin dan bermacam-macam lagi) ada turun naik harga. Jika harga emas turun, jangan panik. ini adalah normal. Anda perlu lihat pelaburan emas adalah untuk jangka panjang (3 tahun keatas)
Harap 5 tips ini boleh membantu.
#simpanemas
#notaemasabamijam
#GAP