Nota Emas Hilyati 📝
6.82K subscribers
27.5K photos
1.23K videos
2 files
8.48K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
DECAMILLIONAIRE

Tahukah kalian apakah itu decamillionaire?

Decamillionaire adalah mereka yang memiliki kekayaan lebih dari 10 juta.

Tuan Azizi Ali Mentor Wang, pakar kewangan negara kita ini merupakan salah seorang dari decamillionaire. Setiap kali tengok perkongsian Tuan Azizi Ali tentang kewangan kami macam terpukul.

Terutamanya semalam.

Beliau sedang bercuti di pergunungan Switzerland tapi masih lagi bersemangat berkongsi tips kewangan, perniagaan, bebas hutang terutamanya tentang simpanan emas.

Begitulah beza sikap dan pemikiran seorang decamillionaire. Walaupun tengah bercuti tapi minda beliau masih ‘bekerja’.

EXTRAORDINARY.

Antara tips yang dikongsikan semalam,

1️⃣ Jangan sesekali berhutang untuk buat pelaburan kerana pelaburan itu sendiri sudah mempunyai risikonya yang sendiri. Jadi bila kita berhutang, kita menambahkan lagi risiko.

Contoh; berhutang untuk beli emas, crypto, saham.

Berhutang untuk beli hartanah ok.

2️⃣ Dalam perniagaan jangan berhutang waktu nak mulakan. Berhutang hanya bila perniagaan dah besar, stabil dan kita perlukan modal tambahan untuk kembangkan perniagaan.

3️⃣ Sebaiknya tempoh pinjaman untuk beli kereta hanya 3 tahun. Jika bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 3 tahun itu terlalu tinggi dan kita tak mampu, bermakna sebenarnya kewangan kita tak mampu untuk beli kereta itu.

Beli kereta mengikut akal, bukan nafsu.

4️⃣ Simpan 3 - 6 bulan wang tunai sebagai dana kecemasan di tempat yang risiko rendah seperti ASB tetapi selebihnya tukarkan kepada emas kerana beberapa faktor seperti inflasi dan kejatuhan nilai matawang akan membuatkan simpanan kita semakin hilang kuasa beli.

Dalam beberapa perkongsian Tuan Azizi Ali sebelum ini, beliau banyak kali tekankan tentang kepentingan mempunyai pendapatan pasif dan pelbagaikan sumber pendapatan bagi mengekalkan kekayaan dan kewangan yang stabil terutamanya bila ada krisis dunia seperti Covid-19.

Apakah perniagaan yang Tuan Azizi Ali cadangkan untuk kita buat?

Berdasarkan ribuan buku yang beliau baca serta pengalaman bertahun mencuba pelbagai jenis perniagaan, Tuan Azizi Ali berpendapat Public Gold merupakan ’right business’ disebabkan oleh 3 perkara;

1️⃣ PRODUCT

PG merupakan perniagaan yang menjual emas. Bila kita mengajak orang untuk membeli emas, kita sebenarnya sedang mengajar orang untuk menyimpan. Jika penyimpan di bawah kita berjaya kukuhkan kewangan melalui emas, kita juga dapat pahala melalui ilmu yang kita ajarkan.

2️⃣ PEOPLE / LEADERSHIP / CULTURE

PG diterajui oleh kepimpinan yang hebat, sentiasa memikirkan penambahbaikan untuk memudahkan perjalanan setiap dealer dalam menjana pendapatan pasif untuk diri dan keluarga. Walaupun ramai jutawan emas dalam PG ini tapi tidak ada budaya ‘show off’ kekayaan masing-masing. Para dealer pula sentiasa amalkan budaya persaingan untuk berjaya yang sihat dan saling membantu satu sama lain.

3️⃣ SYSTEM

Sistem perniagaan yang hebat. Dalam era serba-serbi teknologi ini, PG merupakan perniagaan yang boleh dijalankan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Walaupun kita berada di hujung dunia, kita masih boleh membantu penyimpan kita menyimpan emas sekaligus menjana pendapatan pasif untuk kita sekeluarga.

Satu lagi perkara tambahan yang kami sendiri suka tentang PG,

4️⃣ BUSINESS MODEL

PG mempunyai model perniagaan yang menyeluruh. Dari mengajar orang menyimpan emas sehinggalah mengajak orang berbelanja secara bijak melalui PG Mall, PG telah mencipta satu kitaran kekayaan pengguna-penyimpan-pemilik perniagaan yang lengkap.

“You’re in the right business, right time and right technology..” - Azizi Ali

Soalan yang sering kami tanya pada diri kami sendiri,

kalau seorang decamillionaire, pakar kewangan negara yang berumur 60 tahun pun masih baca buku, pergi kelas belajar dan semangat ‘all out’ buat bisnes Public Gold ini untuk membantu lebih ramai mencapai kewangan yang stabil, kenapa yang berimpian untuk menjadi millionaire pula tak buat apa-apa?

Jangan takut untuk jadi kaya.
Jika kita ada pilihan untuk menjadi kaya dermawan seperti Saidina Uthman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf, kenapa perlu ditakutkan dengan menjadi kaya seperti Firaun dan Qarun?

Mulakan langkah pertama dengan bertanya soalan kepada saya

https://bit.ly/NurHilyati
Shocking sales di PG Mall 🥳🥳

1/2 dinar ni beratnya 2.125gm. Size sama dengan 1 dinar, beza dari segi berat sahaja.

https://pgmall.my/p/FI72/5890?referralPgCode=yatiscloset@gmail.com
HARGA EMAS GAP 1 GRAM (SEPTEMBER 2022)

1/9/2022 = RM268/gram
2/9/2022 = RM264/gram ⬇️
3/9/2022 = RM267/gram ⬆️
4/9/2022 = RM266/gram ⬇️
5/9/2022 = RM266/gram

Harga emas kekal di paras RM266 yer 😊😊

Harga tertinggi RM301 pada Mac 2022

Info lanjut simpanan emas klik
https://publicgold.me/NurHilyati
“Aku ada duit pencen untuk tampung kos hidup waktu bersara nanti”

“Aku ada duit KWSP untuk tampung kos hidup waktu bersara nanti”

Ini mungkin ayat biasa yang kita dengar apabila bercerita tentang bersara.

Tapi jangan kita lupa, hakikat apabila kita bersara banyak komitmen yang terpaksa ditanggung.

Jangan kita sangkal fakta-fakta laporan kewangan orang berpencen tenat.

Jangan kita tak tahu gaji yang kita terima hanyalah separuh dari gaji terakhir kita.

Jangan kita melatah bila elaun-elaun yang dulunya kita terima semasa bekerja, telah pun dihentikan kerana bersara.
.

Jadi, bagaimana kita hendak biasakan diri atau kehidupan dengan separuh gaji atau pendapatan yang kita terima.


Itulah pentingnya ada ‘Dana Persaraan’.

Cuba kita bayangkan jika waktu bersara kita masih punya komitmen.

Cuba kita bayangkan jika waktu bersara pinjaman rumah idaman kita masih belum selesai.

Cuba kita bayangkan jika waktu bersara pinjaman kereta mewah kita masih perlu dibayar.

Cuba bayangkan jika anak-anak masih perlukan sokongan kitauntuk kos pengajian mereka yang bukan sedikit.

Sedangkan duit yang kita perolehi setiap bulan telah jadi separuh daripada gaji yang biasa.

Mahu tak pening kepala kita memikirkan tentang hutang.

Mahu tak tenang hati kita berbicara tentang hutang.

Mahu tak berpeluh kita walaupun berada dalam rumah berhawa dingin tetapi dibebani dengan hutang.
.

Saya masih ingat lagi,
Kawan-kawan saya yang telah bersara mempunyai simpanan RM100,000 dalam akaun simpanan tetap.

Ada juga di antara mereka yang telah ada beberapa rumah sewaan untuk pendapatan tambahan apabila bersara.

Ada juga yang alihkan sebahagian duit persaraan untuk membeli emas, melabur saham dan lain lain.

Semua itu tidak salah.

Yang penting kita ada sediakan simpanan yang secukupnya bagi menampung kehidupan kita ketika bersara.

Jadi cara mudah untuk bersedia ketika bersara ialah dengan menyimpan emas.

Simpan duit asyik bocor.
Simpan duit selalu tiris.
Simpan duit kerap hilang.

Ubah stratergi.
Letakkan sasaran 1 kilo emas waktu bersara. Kalau ada lebih, itu sangat bagus.

Mula dengan 1gram1bulan. Simpan secara konsisten tanp gagal. Fokus dan terus fokus pasti akan capai juga 1kilo emas sebagai Dana Persaraan.

Pencen bimbang atau Pencen tenang.
Itu pilihan kita!

Dapat sesuatu?
Jom Mula!


#PG1M
Harga emas kembali menurun hari ini ...lihat graf hijau 😍
4 Amalan JANGAN BUAT Jika ingin menjadi Penyimpan Emas Berjaya!

1️⃣ Sentiasa mengkaji harga emas.

Tetapi sehingga kini tiada juga tindakan.
Ayuh!! Mulakan langkah pertama dengan membeli emas.

2️⃣ Sentiasa menunggu harga turun.

Bila harga sudah turun, masih tiada tiadakan juga sebab duit dah habis.
Ayuh!! Mulakan langkah pertama dengan membeli emas.

3️⃣ Sentiasa bertangguh membeli.

Tangguh dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Ayuh!! Mulakan langkah pertama dengan membeli emas.

4️⃣ Berhenti membeli emas.

Kerana hanya follow musim. Dulu musim membeli emas, sekarang musim membeli tudung.
Ayuh!! Kuatkan semangat, mula dan terus konsisten.

Jom konsisten RM100 tiap bulan, cukup 12 bulan ada RM1200 dapat 4 gram ++ yang bersamaan 1 dinar@kambing alaf moden; kita chill chill bela kambing tanpa kandang tanpa rumput 😊 😊

Super awesome!?
Emas bukan sahaja pengikat nilai untuk jangka masa panjang. Ramai yang fikir inilah satu-satunya sebab mengapa ramai orang mula menyimpan emas...sebab kita akan benefits daripada kenaikan harga emas jangka panjang.

Yang ramai orang tidak tahu (termasuk saya sewaktu mula2 simpan emas dulu), emas dapat membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Emas kawal kita drpd sikap suka boros berbelanja. Dulu pantang ada duit dalam tangan, mesti sibuk nak shopping.

Sejak kenal emas, pantang ada duit dalam tangan, mesti sibuk nak tambah gram emas dalam akaun, atau beli emas fizikal. Shopee dan Lazada dah dpt dikurangkan. Sebab duit dah takde dlm tangan. Duit selamat dibekukan dlm bentuk emas. Jadi rasa miskin sebab tiada duit di tangan 😁

Perubahan sikap dan cara kita berfikir selepas mengenali dunia simpanan emas memberi impak yg baik dan positif dalam diri. Kita dah berubah.

Tanpa sedar savings makin bertambah.
Tanpa sedar kita ada duit sebenarnya nak beli emas.
Dulu rasa susah benar nak menyimpan.
Tapi sekarang eh ada je duit lebih nak beli emas.
Padahal gaji sama je.

Bukan ke bagus begitu?