Nota Emas Hilyati ๐Ÿ“
6.83K subscribers
27.9K photos
1.26K videos
2 files
8.55K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik ๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
3 KESILAPAN ANAK MUDA DALAM KEWANGAN โœ…

Dah nama manusia biasa mestilah akan ada buat silap punya tambah-tambah darah muda macam kita ni kan ๐Ÿ”ฅ ?

So first sekali ..

1) SPEND ABOVE ATAU BELANJA LEBIH DARI KEMAMPUAN SENDIRI

-Agak-agak kat sini siapa yang buat salah macam ni angkat hidung ๐Ÿคญ , donโ€™t worry aku pun pernah buat benda ni tapi Alhamdulillah sudah bertaubat ๐Ÿ˜‚ .

-Spend above ni contohnya gaji dia dapat Rm 1500 tapi dia belanja tiap-tiap bulan lebih dari rm 1500 mungkin dia belanja Rm 1700 ke dan ke atas .

-So tabiat macam ni kalau ada saya harap sangat tolong tolong jangan buat dah , dengan saving apa takda , merosakkan masa depan kewangan kita nanti .

2) SALAH GUNA KAD KREDIT

-Haaa siapa yang dah buat kad kredit kat sini ? fuh kayanya , kredit kad ni lah antara punca racun ataupun kanser dalam kewangan kita bila kita belanja dengan nafsu .

-Bila kita guna kredit kad , dia takkan tolak direct dari bank acc . Tapi , hutang kredit kad akan bertambah bila kita selalu guna , contoh nampak UNIQLO ada buat offer sikit kira nak slide jaa ๐Ÿ˜† , and bila hujung bulan bila dapat statement kredit kad , akhirnya kita terkejut sebab jumlah yang kita bayar tu sangat tinggi & kita tak mampu nak settle dengan segera .

-Kemudian kita decide untuk bayar secara minimum . So , kat sini yang akan terjadinya problem kita sebab baki hutang kredit kad tu akan ada INTEREST . Kalau kita tak settle dengan cepat benda ni akan jadi โ€˜Kanserโ€™ dalam kewangan kita macam aku tulis kat atas tadi .

-Kesimpulannya , kalau tak pandai kwal nafsu membeli , saya sangat sangat tidak galakkan anda untuk apply kredit kad , SANGAT MENGARUT ! just my opinian la .

3) BUAT PERSONAL LOAN

-Antaranya orang muda ni buat personal loan untuk beli rumah, kahwin, beli kereta & banyak lagi .

-But kalau hang ada perancangan sendiri , contohnya hang ada plan untuk beli kereta . So tujuan beli kereta ni untuk buat e-hailing ataupun grab katakan , so hang tulis & lakar segala rancangan & hang dapati atau hang rasa apa yang hang rancang ni memang boleh jadi , kira pelaburan yang hang buat ni memang menguntungkan . Good ! keep going dengan plan sendiri .

-Tetapi personal loan ni akan jadi masalah kalau sekadar untuk memenuhi kehendak sendiri sebab tak cukup duit simpanan . This is bad , benda ni akan rosakkan future financial kita .

-Jangan biasakan buat loan kalau kita tak mampu nak beli apa yang kita mahukan contoh , orang pakai iphone 13 pro max 1 TB kita pun nak ikut tanpa sedar dirinya ๐Ÿ˜… .

-So , bila nak sesuatu tu buatlah rancangan . Contohnya nak beli kereta , buatlah plan dengan start menabung selama 1-3 tahun & kita disiplinkan diri kita untuk target apa yang kita nak dengan menggunakan duit simpanan kita sendiri , lebih selamat dan sangat menunjukkan effort . Best apa kita pakai sesuatu benda dengan hasil titik peluh sendiri kan โ˜บ๏ธ

Kredit : Mirul
๐Ÿ‘1
Tetapkan matlamat simpanan dan simpan duit dalam bentuk emas.
Tabung emas tak mudah bocor sebab:

๐ŸŒปEmas tak boleh kita withdraw kat ATM (walaupun ada negara yg ada ATM emas)

๐ŸŒปEmas tak ganggu emosi belanja(sebab rasa "tak berduit" bila simpan emas๐Ÿ˜†)

๐ŸŒปEmas sorok bentuk ringgit tu jadi kita lupa kita ada duit, takdalah kita ganggu simpanan tu.

๐ŸŒปEmas bg signal kat otak supaya simpan dia elok2 nanti takut hilang

๐ŸŒปEmas juga mengikat nilai wang ringgit pada jangka panjang.

๐ŸŒปPendek kata ADA EMAS, ADA DUIT dan secara automatik ada simpanan.

Simpanan dah cukup nanti feel free to achieve matlamat anda. Moga bermanfaat.

Kredit : Kak Seha
Jika rakan2 perasan, banyak contents dalam Telegram ni yang saya ambil dari 3 figure hebat ini.

Tn Zulkifli Shafie, mentor emas kedua yang sangat hebat, anak didik Tn Syukor Hashim. Jika anda pernah baca blog Tn Zul, beliau pernah ditimpa musibah 2 tahun dipenjarakan, namun bisnes PG telah menyelamatkan keluarga beliau (isteri dan 8 org anak) dan membuatkan mereka masih bertahan dan survive. Rata2 figure hebat dalam PG bukanlah orang kaya2 atau jutawan. Mereka hanya orang biasa2 tapi mempunyai semangat luar biasa.

Tn Azizi Ali, jutawan merangkap Mentor Kewangan Malaysia juga bukanlah lahir dari keluarga kaya2. Beliau kini seorang jutawan, income yg ada sudah lebih drpd cukup tetapi beliau masih gigih menyebarkan ilmu emas, hartanah dan pelaburan lain kpd masyarakat. Mengapa seorang jutawan masih berkerja keras sedangkan beliau boleh pilih duduk relaks goyang kaki mengelilingi dunia?

Tn Adam Fahmi, seorang anggota TUDM merangkap pengusaha chalet muslim di Cameron Highlands mempunyai masalah sukar menyimpan duit selepas beberapa tahun berkerja, tetapi mula belajar ilmu pengurusan kewangan, berguru dgn pakar, dan akhirnya membuat kesimpulan bagaimana simpanan emas merubah kedudukan kewangan beliau.

Sebenarnya saya bertuah dpt kenal mereka2 yg hebat ini.

Masing2 ada pengalaman pahit manis tersendiri dalam kehidupan.

Mereka belajar, gigih cari ilmu, apply ilmu yang dipelajari, dan akhirnya tindakan mereka berjaya membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Kita semua hanyalah orang biasa2. Tapi boleh jadi luar biasa jika nekad melakukan perubahan dlm kehidupan kita.

Tindakan awal kita hari ini, jika kena caranya, bakal memberi impak besar dalam mencorakkan kehidupan kita 5-10 tahun akan datang.

Insya Allah โค๏ธ

P/S: Sebenarnya saya berasa agak ralat sebab tak sempat ambil gambar dengan seorang lagi idola dalam bidang kewangan iaitu Dr Azizul Azli Ahmad. Tulisan beliau sangat bersahaja, penuh sense of humor tapi lekat di minda bila baca! Insya Allah one fine day jika ada rezeki ๐Ÿ˜Š
๐Ÿ‘2
Mahaguru Emas Malaysia, Tn Syukor Hashim dan Mentor Kewangan Tn Azizi Ali berkongsi hobi yang sama.

Kedua-dua insan hebat ini suka baca buku!

Pic kredit:
Tn Syukor Hashim
Tahniah Tn Syukor dan Cik Jun, menerima anugerah tertinggi malam tadi.

"A leader is one who knows the way, goes the way and shows the way".

John C. Maxwell
HARGA EMAS GAP 1 GRAM (OGOS 2022)

1/8/2022 = RM277/gram โžก๏ธ

Harga tertinggi RM301 pada Mac 2022

Rekod tertinggi RM304 pada Ogos 2020

Daftar akaun Emas percuma โญ
https://publicgold.me/NurHilyati
Semua pakar kewangan di atas adalah Founder Master Dealer Public Gold

Tahniah rakan-rakan memilih PG ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ
Petikan ini ditulis oleh Pakar Kewangan, Azizi Ali. Beliau telah menulis lebih 30 buah buku kewangan yang menjadi rujuk ramai orang dalam dan luar negara.

Jom kita baca ASB atau EMAS โ“

Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020 dan 2021) dan besar kemungkinan akan kekal rendah di tahun-tahun yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB dan hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas fizikal.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9+% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 600+%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

Nak simpan Emas tak perlu modal yang besar pun.

Kita boleh mula simpan Emas dengan ๐—บ๐—ผ๐—ฑ๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...

Nak tahu apa itu Akaun Simpanan Emas GAP, boleh klik link dibawah ini ๐Ÿ‘‡

https://publicgold.me/NurHilyati/akaun-gap
๐Ÿ‘1
S A T U G R A M S A T U B U L A N

Belum mampu simpan sekilo, kita boleh mula dengan 0.5 gram atau 1 gram dulu.

Lambat kaya? Simpan emas sebenarnya untuk elak miskin. Emas solusi terbaik untuk elak miskin, boleh โ€˜bekukanโ€™ duit setiap bulan dalam bentuk emas.

Jika sebelum ini duit gaji sentiasa habis, bila simpan emas duit gaji tetap habis tapi ada โ€˜backupโ€™ simpanan.

Emas pun boleh elak kita jatuh miskin tanpa sedar sebab inflasi, simpan duit tunai banyak-banyak tapi kuasa beli atau nilai duit dah turun.

Bukan salah duit, salah kita tak urus duit dengan betul. Adehhh. Simpanan emas akan simpan nilai harta kita untuk jangkamasa panjang.

Kalau ada RM1 juta berapa saya patut beli emas? Paling kurang boleh simpan 2 kg emas sebagai backup kewangan jika berlaku apa-apa krisis di negara kita.

Selebihnya nak buat apa? Boleh invest di ASB atau unit thrust. Nak simpan di Tabung Haji pun baik. Dapat merasa dividen hibah setiap tahun.

Betul la orang cakap, tiada duit pening dan ada duit pun pening. Hahaha.

Bijak urus kewangan hari ini insyaallah muda-muda lagi dah boleh pencen. Wallahuaโ€™lam.
๐Ÿ‘3
Saya dah mula kan simpanan emas, di tangan saya sudah ada hampir 100 gram. Soalan saya....

Perlu jual ke ?
1. Kalau nak untung runcit juallah.
2. Kalau nak pakai cash pajak je.
3. Kalau nak buat modal untuk beli aset, silakan jual.

Jangan Jual kalau nak kaya.๐Ÿ˜€

Kenapa perlu simpan GOLDBAR ?

Sebenarnya GOLDBAR adalah ASET = TANAH = RUMAH .

Semakin kita simpan semakin bernilai .

Jangan lupa dah cukup 85 gram dan cukup setahun, maka wajib zakat ke atas pemilik emas. 2.5% je, nnt Allah ganti 250%.

Saya selalu kata emas aset yang sangat tak cerewet. Emas aset masa senang. Emas duit masa susah.

Kredit: Mimi Azreena
5 ๐—ž๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—ด๐—ถ

Hari ni kita tambah ilmu lagi tentang kriteria pelabur rugi.

1. ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ '๐—ฃ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ'

'Paper Gold' adalah produk pelaburan tanpa emas fizikal. Ia banyak ditawarkan oleh bank. Apabila tiada emas fizikal, kepatuhan syariah diragui. Jadi, hati-hati sahabat

2. ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€

Emas pelaburan di kedai emas dijual lebih tinggi kerana kos-kos lain yang terlibat seperti sewa kedai, utiliti dan lain-lain. Kos upah dan spread juga tinggi

3. ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ธ

Ada emas yang tidak mesra Ar-Rahnu. Ini bakal memberi masalah bila kita perlu tunai dengan segera. Nasihat saya, boleh survey dulu Ar Rahnu terdekat dgn rumah anda

4. ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Barang kemas tak sesuai untuk pelaburan kerana beberapa faktor seperti caj upah dan 'spread' / susut nilai yang tinggi sekitar 20-35%

5. ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚

Risiko membeli emas dari individu agak besar bimbang ianya scam, lebih-lebih lagi bila dijanjikan dengan keuntungan yang pantas.
Oleh itu, belilah dari syarikat yang dipercayai

...

๐๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐ก๐š๐ฌ ๐›๐ž๐ž๐ง ๐š๐ซ๐จ๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ง๐œ๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ– ๐š๐ง๐ ๐ข๐ฌ ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐›๐ฅ๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐.. .

โœ…Trusted

We have more than 800,000 gold savers across Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia and many more..

Tahniah kepada anda yang telah menjadi sebahagian Gold Savers in Public Gold ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿฅฐ
#TabungWang

TANDA KITA ADA MASALAH WANG

1. Kita makin rajin meminjam dari sedara dan kawan kawan kita. Malu dah makin tiada

2. Topik gaduh dengan isteri mesti soal belanja, sapa mintak duit mesti kena sergah punya.

3. Kita tiada simpanan kecemasan sebanyak 6 bulan gaji kita. Jika gaji RM2000 kita sepatutnya ada simpanan RM12,000 sahaja.

4. Aktiviti ambik duit tabung dan korek ASB kita kerap lakukan. Kerap ambik dari simpan

5. Kerap dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang.

6. Bayaran kad kredit paling minimum, belanja macam anaconda.

7. Hutang kad kredit bertambah tiap bulan. Kita tak kisah jumlahnya.

8. Kerap guna kad kredit hingga maksimum jumlahnya. Semua yang Lasazadah jual dia ada.

9. Mengambil duit tunai dari kad kredit untuk belanja. Gaji dah habis bayar kereta.

10. Hujung bulan bank selalu telefon bagi ingatan cinta pada kita, "Cik dah buat bayaran honda Cik"?. Kita gelabah bukan kepalang.

Jika dah ada tanda ini, belajar selesaikan hutang kecil dulu. Jika tak jalan juga hubungi AKPK buat temu janji.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
๐Ÿ‘1
Russia dan China bersiap nak melawan dolar Amerika dgn matawang rizab yg baru, bersandarkan logam fizikal. Jom simpan emas dan perak.