Nota Emas Hilyati 📝
6.65K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.26K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻?

Bila sebut barang kemas, sudah tentu ia dibuat untuk tujuan perhiasan bukannya untuk pelaburan.

Barang kemas sebenarnya tak sesuai untuk pelaburan sebab harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi iaitu antara 25% hingga 40%.

Tidak juga bermaksud jangan beli barang kemas. Ia bergantung kepada tujuan kita beli , samaada untuk perhiasan atau pelaburan.

Jika untuk perhiasan sudah tentu barang kemas pilihan terbaik. Manakala untuk pelaburan goldbar atau dinar pilihan terbaik.

Bagi yang mencari emas pelaburan anda boleh boleh beli gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (dinar)

Hari ini terdapat banyak pilihan untuk emas pelaburan goldbar dan dinar dengan ketulenan 999.9 dalam pasaran.

Anda bebas membuat pilihan mana yang dirasakan sesuai. Disini saya kongsikan 5 kriteria penting sebelum membeli emas pelaburan iaitu :

1️⃣ 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵
Maksudnya harga emas per gram termasuk kos atau caj-caj keseluruhan . Ini bagi memastikan anda mendapat harga berbaloi dengan harga pasaran sebenar.

2️⃣ 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗦𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
Spread bermakna beza harga jual dan harga beli. Atau margin keuntungan jual beli emas. Spread yang baik adalah kecil iaitu dibawah 10% .

3️⃣ 𝗦𝘁𝗼𝗰𝗸 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗱
Penting untuk pastikan emas sentiasa dapat memenuhi permintaan lebih-lebih lagi diwaktu emas jatuh dan ramai yang nak membeli emas .

4️⃣ 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸
Bertujuan memudahkan urusan jual beli. Anda tak perlu kos turun naik HQ semata-mata nak jual beli emas . Cari syarikat yang sediakan cawangan , lagi bagus jika setiap negeri ada cawangannya.

5️⃣ 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗧𝗮𝗸 𝗖𝗲𝗿𝗲𝘄𝗲𝘁
Penting kerana ada syarikat masa beli mudah tapi bila jual balik mengenakan pelbagai syarat belian semula contoh nak resit asal, seal tak boleh terkopek, tak boleh calar dan lain-lain.

Jadi buatlah pilihan terbaik anda.

Pastikan bila beli emas , semak lima kriteria ini secara pakej. Kriteria ini akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut.

#barangkemas #emas916 #ilmuemas