Nota Emas Hilyati 📝
6.67K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.28K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
URUSLAH HUTANG

Kerana hutang, kawan hilang kawan
Kerana hutang saudara hilang saudara
Kerana hutang suami hilang isteri
Kerana hutang juga ada jasad bercerai nyawa

Jangan main-main sahabat,
Silap percaturan, memang merana dek kerana hutang.

Sedikit tips

1. Jika kita ada berhutang dengan sesiapa pun, usahalah bayar balik. Sikit pun tak apa. Janji dihati kau ada niat nak membayar dan berusaha untuk membayar. Kadang dah ada duit, tapi kau dahulukan yang lain sebab rasa "rugi" nak membayar hutang.

2. Jangan rasa rendah diri atau buat buat lari dan hilangkan diri. Kalau hutang dengan bank, surat, call bertalu sampai tak tidur malam la. Boleh stress, anxiety semua ada. Ingat! Masa kau sign agreement tak ada siapa yang paks beb!

3. Jika rasa sangat tertekan dan tak mampu urus lagi, hubungi AKPK dapatkan bantuan. Jangan nak tunjuk hero dengan cara gali lubang tutup lubang. Jangan malu berjumpa dengan yang pakar.

4. Jika boleh bincang langsung dengan bank lebih baik. Jika bank berkeras juga, mintak AKPK jadi orang tengah. Mereka ada caranya.

5. Jangan tutup hutang dengan tambah hutang.habis sedara mara, kawan nak berhutang.pelan-pelan plan kewangan semula. Saya ada kawan yang sanggup berhutang dengan agen yang seakan "along". Memang asyik bayar min. Sampai bila pon tak habis la jawabnya.

6. Jika pengutip hutang buat ugutan dan ganggu hidup boleh buat laporan polis. Jangan malu. Kalau tak nak hidup dalam depression.

7. Hutang buat manusia jadi tertekan, jumpa kaunselor untur pengurusan emosi yang stabil dan baik.selalunya orang banyak hutang akan dicabut ketenteraman jiwanya. Rasa insecure dengan pasangan dan sekeliling.

8. Bina kesungguhan dan banyakkan berdoakan agar dilapangkan dari hutang hutang dalam hidup ini.apa sahaja masalah dalam dunia ni, pasti ada jalan penyelesaiannya. Masalah dari kita sendiri. Kembalilah pada siDia sang Pemberi Rezeki. Kita takkan mampu menguruskan hidup tanpa rahmat Dia.

Untuk anak muda, belajarlah tentang pengurusan kewangan.
Kita cuma ada 2 pilihan. Hidup dengan memuaskan dan merealisasikan kehendak. Atau hidup dengan mengurangkan kehendak.
Tangguhkan seketika kehendak, sehingga sesuai waktunya.

Ingat, hutang ni amat berat timbangannya.

#tabunghutang
#bijakwang
#bebashutangjahat
#tipskewangan