Nota Emas Hilyati ๐Ÿ“
6.84K subscribers
28.2K photos
1.29K videos
2 files
8.65K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik ๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—•๐—”๐—–๐—”

๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ.

1๏ธโƒฃTiada bajet kewangan bulanan dan tidak belajar ilmu pengurusan kewangan.

Ramai orang muda sekarang apabila memasuki alam pekerjaan akan menghabiskan gaji yang mereka terima dan setiap akhir bulan โ€˜menagihโ€™ bila gaji akan masuk.

Sebenarnya tidak susah membuat bajet bulanan dengan prinsip perbelanjaan jangan melebihi pendapatan.

Pada awalnya catat dalam nota setiap aliran duit keluar dan pastikan ianya tidak melebihi duit masuk dari gajian.

Lama kelamaan anda akan faham pembelanjaan diri sendiri dan laraskan bajet bulanan.

2๏ธโƒฃTiada โ€˜forcedโ€™ saving.

Menyimpan duit memang susah jika tabiat saving tidak ditanamkan dari kecil.

Paling elok 10% dari pendapatan diasingkan sebagai simpanan.

Semasa saya mula bekerja, saya dapat simpan sehingga 50% dari pendapatan kerana telah diajar dari kecil untuk berjimat-cermat.

Anda boleh โ€˜forcedโ€™ saving dengan cara potongan wajib setiap bulan ke akaun TH atau lain-lain tempat simpanan.

Simpanan yang perlu ada ialah minima 6 bulan dari pendapatan dan paling baik ialah 12 bulan.

Misalnya jika anda bergaji RM2000, anda perlu ada minima RM12,000 sebagai simpanan untuk kecemasan.

3๏ธโƒฃBeli kereta di luar kemampuan.

Paling mudah untuk hidup โ€˜sengsaraโ€™ semasa zaman muda ialah membeli kereta di luar kemampuan.

Di luar kemampuan bermakna anda terpaksa membayar setiap bulan lebih 30% dari pendapatan kepada ansuran kereta, minyak, insurans, servis dll.

Ramai menjerat dan memiskinkan diri dengan mengikat kewangan selama 9 tahun berhutang kereta.

Guna kereta second hand, kapcai, bas atau LRT sehingga kewangan anda kukuh untuk membeli kereta baru.

4๏ธโƒฃPenggunaan kad kredit tanpa had.

Kad kredit adalah Ah Long moden dan ramai orang muda menjadi bankrap kerana kad kredit.

Saya nasihatkan orang muda jangan guna kad kredit kerana โ€˜setanโ€™nya sangat kuat.

Lebih baik guna kad debit apabila berbelanja.

5๏ธโƒฃBuang masa kepada perkara yang tak berfaedah.

Zaman muda selepas persekolahan memang seronok berjumpa rakan-rakan lama untuk mengeteh di kedai mamak berjam-jam.

Sebenarnya ngeteh adalah satu aktiviti yang sangat merugikan kerana banyak masa terbuang begitu sahaja tidak dimanfaatkan.

Banyak perkahwinan bermasalah kerana si laki suka mengeteh bersama kawan-kawan sehingga larut malam.

Fahamilah bahawa hidup ini berfasa dan perkara yang tidak bermanfaat perlu dihindarkan.

Semuanya perlu disiplin diri dan โ€˜self motivationโ€™.

6๏ธโƒฃMenjadi penjamin pada orang lain.

Ramai rakan saya jatuh bankrap kerana mereka menjadi penjamin kepada rakan yang meminjam duit dari institusi kewangan.

Biar putus kawan asalkan anda tidak bankrapkan diri sendiri.

โ€˜Help someone when they are in trouble and they will remember you when they are in trouble againโ€™ kata orang Parit Jawa.

7๏ธโƒฃBeri hutang pada orang lain.

'People who only contact you when they need something from you are just acquiantances not friends' kata orang banjar.

Tentunya kita berpengalaman apabila kawan lama menjelma bukan kerana mereka rindu dengan kita tetapi ingin meminjam wang.

Meminjam wang adalah cara paling mudah untuk putus kawan kerana akhirnya anda yang akan menagih duit yang dipinjam.

8๏ธโƒฃAmbil pinjaman peribadi (personal loan).

Seorang rakan saya hanya tinggal RM300 dari payslip gaji walhal gaji beliau Rm5000.

Ini adalah kerana beliau banyak mengambil personal loan dari bank sehinggakan hidup menjadi sempit.

Wang dari personal loan digunakan untuk membesarkan dapur, membeli furniture italy dan renovasi rumah.

Semuanya tiada keperluan penting dan kehidupan harian beliau menjadi stress kerana tidak cukup wang untuk persekolahan anak.

Tahukan prioriti hidup anda dan jangan ikut nafsu.

9๏ธโƒฃHidup di luar kemampuan.

Tak salah kalau suka bergaya tetapi semuanya perlu diukur di badan sendiri.

Berbelanjalah mengikut kemampuan sendiri dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

Masing-masing ada โ€˜life journeyโ€™ dan perjalanan hidup tersendiri dan kita tidak tahu apa โ€˜hellโ€™ yang mereka telah harungi.
Any investment of your choice comes with its associated risk yer. Tiada investment yg zero risk. Kalau ada, dah ramai jutawan kat Malaysia ni ๐Ÿ˜ƒ

So nak invest di mana? Depends pada risk appetite kita. Those belajar Finance akan faham konsep risk appetite ni. Siapa risk averse, jgn invest dlm saham or bit coins, nnt korang pening kepala and stress bila harga jatuh menjunam. It is still a paper loss until korang jual, tapi ada org yg bila tgk figure negative dh boleh jd extra stress!

Nak investment yg tenang2 boleh tido lena waktu mlm, boleh pilih emas. Sesuai utk mereka yg risk averse. Sebab emas ni walaupun harga dia boleh jatuh, tapi tak penah jatuh smpi zero value. Tak pernah jatuh teruk mcm nilai ringgit kita hari ini.

Sedih kan tgk MYR kita?
Such is life.
Nak protect kekayaan kita over the long term?
Simpan lah sikit dlm bentuk emas. Jgn simpan semua Savings kita dlm bentuk cash

Sebab nilai cash kita makin lama main menurun due to inflation.

Hilyati ๐Ÿ’•
Ex-budak Accounting
Ex-ACCA student
Thanks for sharing your honest feedback.

Insya Allah, mereka yg dh mulakan langkah menyimpan emas akan perasan yg savings kita lebih kukuh dgn emas as compared to simpan duit.

Mcm sy ckp semlm, emas itu magnet kekayaan. Bukan bermaksud simpan emas hari ini esok terus jadi kaya! Tapi bila start simpan emas, kita rasa ketagih, addicted, and ada one kind of motivation utk tambah simpanan emas.

Tadi ada yg ckp risau nk simpan fizikal 20g ( RM5600+) kt rumah.
Tapi saya ckp, iphone kita yg mahal tu selamba je kita letak atas meja kt ofis tu x heran pun takut hilang kena curi.

Betul tak ๐Ÿ˜ƒ
RISIKO SIMPAN RINGGIT

Harga emas jatuh dan ringgit jatuh tak sama.

Kalau ringgit jatuh, orang akan takut simpan ringgit. Samada mereka jual atau tak terima ringgit sebagai bayaran.

Berbeza dengan emas.

Bila harga emas jatuh, orang pakat serbu kedai emas. Itulah waktunya orang berpesta beli aset mahal pada harga murah.

Jadi kalau ada duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya), tukarkan ke dalam bentuk emas.

Tak perlu lagi bimbang risiko kejatuhan nilai macam kejatuhan ringgit.

Nak mula simpan emas #PublicGold, dapatkan panduan di

https://publicgold.me/NurHilyati
๐Ÿ‘1
Simpan cash banyak dalam bank ada 2 risiko:

1. Risiko duit bocor terbelanja benda bukan keperluan

2. Risiko nilai duit makin menurun akibat inflasi

Alihkan sedikit simpanan anda kpd emas. Tak boleh 100gm, kita mula dgn RM100 atau 1gm pun dah ok. Janji mula!

Bismillah biiznillah โค๏ธ

Salam 24 Ramadhan
Berapa nilai 1USD to MYR hari ini?
Adakah harga emas yg semakin mahal atau ringgit yg makin jatuh nilai?

Tahukah anda bekas Perdana Menteri kita Dr M pernah nak jadikan dinar sebagai matawang rasmi Malaysia tapi tidak mendpt sokongan? Jadi hingga ke hari ni ringgit masih ditambat kpd US dollar

https://vt.tiktok.com/ZSdyNVX1X/
Bismillah Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Selamat datang kepada 100 penyimpan emas baru hari ini ๐Ÿฅฐ

Tahniah kerana telah menjadi sebahagian drpd 730k+ penyimpan emas di Public Gold ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Belajar MENABUNG EMAS untuk bina habit menyimpan.

Kalau kita mampu simpan emas 1 gram 1 bulan selama 1 tahun tanpa culas, bermakna kita sedang bina habit yang baik.

Kemudian belajar untuk upgrade kepada 2 gram 1 bulan. Belajar juga pelbagaikan aset dan portfolio simpanan.

Setelah 3 tahun kita akan tahu yang kita masih mampu hidup seperti orang lain juga, cuma kelebihan pada kita adalah, kita punya simpanan yang luar biasa 'gemuk'.

Keep calm and buy gold ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ‘1
Dari page Tuan Syukor Hashim:

Saya ada pengalaman 15 tahun dengan emas.

Saya telah melalui fasa strong uptrend 2008 - 2011 (gambar A)

Pada waktu ini, antara teknik yang popular ialah teknik 1+2 dan masuk arrahnu.

Anda beli 1 gold bar, company โ€œbagi free 2 ketul gold barโ€ lepas tu semua 3 ketul masuk Ar-Rahnu. Duit pinjaman tu semua company ambil.

Jadi pelabur โ€œdapat 3 ketul emasโ€, tetapi semua dalam Arrahnu dan hutang atas nama pelabur. Company dah dapat balik modal sebab hasil gadaian 3 ketul (termasuk yang pelabur punya mereka ambil).

Bila harga naik, company ajar buat overlap surat baru. Dapat duit lebihan, tapi pelabur tak sedar bahawa overlap surat tu = tambah hutang atas nama dia.

Teknik kedua ialah rempit.

Teknik yang popular tahun 2008 - 2011 (Tengok gambar A) Iaitu beli emas dengan modal besar, contohnya 20k nilai emas, lepas tu gi gadai dan dapat duit 85%.

Duit tu beli lagi emas, lepas tu gi gadai lagi, pastu dapat duit lagi 85% dan beli lagi emas, pastu gi gadai lagi dapat 85% duit, pastu beli lagi emas.

Cycle ini diulang-ulang sampai surat gadai tu penuh satu folder.

Namun bila trend harga emas menurun daripada tahun 2012 - 2015 (B), maka kesemua teknik ini bungkus habis. Tak relevan dengan trend harga emas yang semakin jatuh.

Waktu nie, skim cepat kaya naik macam cendawan. Pengelola cakap โ€œBuat apa kau beli emas dan simpan? RUGI!! Baik kau labur dengan syarikat kami (skim cepat kaya).

Kami akan ehem! ehem! dagangkan emas anda dan akan kongsi keuntungan dengan anda. Masa nie keluarlah skim ETA, pilot, pisang, kotak dan macam-macam istilah lagi.

Lepas tu. Tahun 2014, semua skim cepat kaya jatuh habis satu persatu. Nama nama popular seperti tok b**k dan k* b* semua lingkup. Kerugian dianggarkan berpuluh juta RM. Yang kena tipu majoriti orang Melayu.

Tahun 2015 - 2018 (C), harga emas sideway.

Waktu nie orang tak berapa minat nak beli emas. Sebab takde trend yang jelas. Naik sikit, jatuh balik. Naik sikit jatuh balik. Memang slow orang beli emas.

Tahun 2019 - 2020 (D) gold strong uptrend balik, faktor trade war us china, us vs iran dan covid-19 menyebabkan harga emas naik banyak dan cepat. Emas jadi trending balik.

Jadi banyak syarikat emas aktif kembali/ditubuhkan.

Macam macam-macam investment produk masuk pasaran.

Ada yang konservatif dan ada yang offer leverage. Ada yang offer gadaian murah takde tarikh luput.

Banyak nasihat dan skill pelaburan yang didendangkan oleh konsultan emas. Banyak yang perlu disemak akan kebenarannya.

Sekarang 2022 (E). Apakah trend harga emas? Adakah produk-produk investment baru mampu bertahan dengan trend? Kita tunggu dan lihat.

Namun satu perkara yang saya nampak sepanjang 15 tahun dengan emas nie.

Orang yang konsisten beli dan simpan emas akan untung dalam jangka masa panjang.

Straight forward beli dan simpan.

#NotaEmasSyukorHashim
Bila ada yg tanya saya, harga sekarang mahal berbanding Jan dan Feb 2022..jadi patut ke saya beli?

Ok jom faham posisi anda.
Anda Pelabur atau Penyimpan Emas?
Kenali posisi anda, Penyimpan atau Pelabur Emas?

Kenali ciri2 penyimpan emas tegar atau gold savers seperti di bawah:

1. Simpan emas untuk long term. Bukan beli hari ni lepas few months terus nak jual

2. Fokus mereka adalah pertambahan GRAM emas. Mereka ada target atau matlamat tersendiri. Contoh nak simpan 50gm emas setahun, atau 1kg emas dalam masa 5 tahun.

3. Mereka jarang tengok harga, dan tidak mudah emosi dengan turun naik harga emas. Harga naik mereka tetap beli. Tapi bila harga jatuh, mereka ambil peluang untuk 'borong'!

4. Mereka ni menyimpan emas dengan tenang. Sebab tak perlu kalut nak monitor harga setiap hari, belajar technical analysis emas secara details, kaji faktor ekonomi dan keadaan politik semasa sebab nak buat prediction esok harga naik ke turun? Mereka menyimpan emas dengan 'peace of mind'.

Persoalan penting, untung ke jadi Penyimpan Emas berbanding Pelabur Emas?

Sudah pasti, sebab bila mereka fokus dengan pertambahan gram, nilai simpanan emas mereka automatik meningkat seiring dengan kenaikan harga emas jangkamasa panjang. 10gram emas tahun 2010 baru RM1,360 tapi 10gram emas hari ini dah naik jadi RM2,647.

Nampak tak untung simpan banyak2 gram dalam jangkamasa panjang?

Kalau dah faham dan nak mula sekarang, klik Bio ok. Jangan tunggu harga naik 10 tahun akan datang. Harga emas tak tunggu kita ๐Ÿ˜€

- Hilyati-
Gold Saver tegar since May 2010 โค๏ธ

https://publicgold.me/NurHilyati
Korang!

Orang beli emas Rm25K adalah real ok!
Sahabat ni alihkan duit beliau laju-laju ke simpanan emas sebab takut kalau simpan duit, lama-lama dah takda RM25k tu nanti dalam account bank nanti๐Ÿ˜‚

Rm25k harini beliau dapat 88.3392 gram dalam account emas GAP.

Orang lain yg beli emas, diri sendiri yang terbakor๐Ÿ˜†
So tempek sini supaya korang pun sama terbakor sekali๐Ÿ˜‚

Gais, apa sebab dia sanggup simpan RM25k dalam bentuk Emas? Sebab dia faham kepentingan Emas ๐Ÿ‘๐Ÿป

Bila kita ada ilmu, kita tau kepentingan Emas untuk kita.

p/s: Sebenarnya ada org beli 3kg sekaligus. Tgk pun pinar mata.
Saya doakan semua gold savers yg membaca ni dpt capai 100g, seterusnya 500g dan sekilo emas suatu hari nanti, Amin Ya Rabb โค๏ธ
๐Ÿ‘7
*HARGA EMAS 1 GRAM (APRIL 2022)*

1/4/22 = *RM282/gram* โฌ†๏ธ +RM1
2/4/22 = *RM280/gram* โฌ‡๏ธ -RM2
3/4/22 = *RM279/gram* โฌ‡๏ธ-RM1
4/4/22 = *RM279/gram* โžก๏ธ
5/4/22 = *RM280/gram* โฌ†๏ธ+RM1
6/4/22 = *RM280/gram* โžก๏ธ
7/4/22 = *RM281/gram* โฌ†๏ธ+RM1
8/4/22 = *RM282/gram* โฌ†๏ธ+RM1
9/4/22 = *RM283/gram* โฌ†๏ธ+RM1
10/4/22= *RM284/gram* โฌ†๏ธ+RM1
11/4/22 = *RM284/gram* โžก๏ธ
12/4/22 = *RM285/gram* โฌ†๏ธ+RM1
13/4/22 = *RM287/gram* โฌ†๏ธ+RM2
14/4/22 = *RM289/gram* โฌ†๏ธ+RM2
15/4/22 = *RM287/gram* โฌ‡๏ธ-RM2
16/4/22 = *RM288/gram* โฌ†๏ธ+RM1
17/4/22 = *RM288/gram* โžก๏ธ
18/4/22 = *RM288/gram* โžก๏ธ
19/4/22 = *RM290/gram* โฌ†๏ธ+RM2
20/4/22 = *RM285/gram* โฌ‡๏ธ-RM5
21/4/22 = *RMM286/gram* โฌ†๏ธ+RM1
22/4/22 = *RM285/gram* โฌ‡๏ธ-RM1
23/4/22 = *RM284/gram* โฌ‡๏ธ-RM1
24/4/22 = *RM284/gram*โžก๏ธ
25/4/22 = *RM284/gram* โžก๏ธ
26/4/22 = *RM283/gram* โฌ‡๏ธ-RM1
27/4/22 = *RM285/gram* โฌ†๏ธ+RM2
๐Ÿ‘1
Semalam saya dapat nasihat mudah nak melihat team atau lihat diri sendiri adakah kita akan jadi jutawan satu hari nanti.

1. Kita pupuk minat berniaga.

- mungkin dulu tak minat, namun sebab tahu nak kena ubah diri dan keluarga, kita usaha cuba sesuatu yang baru walau benda kecil. Contohnya berniaga pasar malam, jadi droship atau ejen apa-apa bisnes.

- semangat dan berjaya buang malu ini pasti buat kita berada dalam liga berbeza dari kerja makan gaji.

2. Kita ada sense dalam urgency.

- kita ada speed. Kita ingin selesaikan masalah. Kita tak suka drama. Kita nak penyelesaian. Kalau kita nampak ini dalam diri kita, maka ketahuilah kita akan pergi jauh.

- kalau kita hadap masalah dan kita tak berhenti persoal kenapa kenapa kenapa, bermaksud kita masih di tempat sama.

3. Kita konsisten upgrade diri.

- kalau dulu tak ada nak solat sunat. Sekarang dhuha tak tinggal, solat sunat sebelum subuh tak pernah miss, tahajjud juga buat selalu.

- kalau dulu zikir tah kemana, sekarang sentiasa selawat.

- kalau dulu sedekah hanya pada hari jumaat, sekarang hari-hari.

*

Kawan-kawan,

Kita tentukan kita nak jadi apa dan bagaimana kita nak capai, kita yang kena usahakan.

Allah akan bantu dan Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha. Bangkit gais! Cuba tengok diri kita sekarang dan diri kita 5 tahun lepas, kalau masih sama, maka kita kena usaha ubah mula hari ini juga!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
๐Ÿ’ช
๐Ÿ‘1
Payung tidak mampu memberhentikan hujan, tapi dengan berpayung kita mampu berdiri di dalam hujan tanpa menjadi basah.

Begitulah juga dalam keyakinan mungkin tidak membawa kejayaan tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran.

Ayuh kita kuatkan semangat untuk terus berusaha untuk mendaki tangga kejayaan agar mencapai cita-cita dan impian dunia dan akhirat. Moga Allah rahmati kita semua.

Nak ada modal miliki rumah idaman kena ada modal untuk downpayment rumahnya.. Start simpan sedinar sebulan sekarang