Nota Emas Hilyati πŸ“
6.84K subscribers
28.1K photos
1.28K videos
2 files
8.61K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Saya doakan semoga kita semua sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala urusan.

Tak kisahlah sama ada urusan keluarga, kerjaya, anak2, study, kewangan, dan sebagainya.

Jom sama2 doa berkat bulan Ramadhan, bulan termulia di sisiNya ❀️❀️
πŸ‘1
😍😍
❀2
Sampai ke hari ini saya masih mendpt pertanyaan dari gold savers....patut ke withdraw KWSP 10k dan simpan dlm emas?

Pilihan di tgn masing2 yer.
Yg penting, bila dah withdraw, guna duit itu sebijaknya. Plan sebaiknya.
Jangan enjoy semua. Kelak merana selamanya.

Rakan2 yg plan nak diversify dalam simpanan emas, tapi confuse sama ada nak simpan dalam akaun GAP atau beli emas fizikal, boleh wasap saya personally ok. InsyaAllah will advise accordingly ❀️

Salam 16 Ramadhan buat semua
Kisah ini diceritakan oleh sahabat saya. Jadi atas ikatan sahabat, beliau mengizinkan saya menceritakan kisah ini kepada umum.

Hari ini saya tidak mahu jelaskan berapa dividen jika kekalkan duit di KWSP.

Hari ini saya tidak mahu kirakan berapa peratusan kenaikan jika duit KWSP dialihkan kepada emas.

Hari ini saya nak berkongsi kisah β€˜Penyesalan’ yang mungkin membawa pengajaran untuk dijadikan sempadan buat kita semua.
.

Kata sahabat saya, walaupun dunia sedang dilanda virus Covid-19,

Syarikat tempat bekerja beroperasi normal βœ…
Masih ada kerja βœ…
Malah naik pangkat βœ…
Gaji pun naik βœ…

Akan tetapi beliau telah buat satu kesilapan besar iaitu mengeluarkan duit KWSP RM20,000 tanpa perancangan yang betul.
.

Keluarkan duit KWSP bukan kerana terkesan tetapi termakan dengan pujukan persekitaran.

Bila lagi nak guna duit sendiri?
Nak tunggu tua baru nak guna duit sendiri?
Kalau mati sebelum guna KWSP macam mana?

Macam-macam ayat dan perkara berkaitan KWSP yang masuk ke minda.

Jiwa meronta-ronta untuk keluarkan KWSP.

Otak ligat fikirkan untuk keluarkan KWSP.

Hati nekad untuk keluarkan KWSP.

Tiada desakan.
Tiada keperluan.
Tiada keperitan.
Tiada kesukaran.
Tiada kesusahan.
.

Tiba masa dan ketika duit KWSP masuk, apa yang difikirkan semuanya tidak menjadi.

Nak Beli emas? ❌
Nak bayar hutang ? ❌
Nak Simpan? ❌

Sedar tak sedar habis begitu sahaja.

Keluarkan RM6,000 telah selesai.
Keluarkan RM10,000 telah habis.
Keluarkan RM5,000 telah guna.
Jumlah melebihi RM20,000 duit KWSP.

Duit sifatnya berbelanja. Sebelum dapat memang kita berjanji dan terfikir untuk simpan tetapi bila sudah dapat habis kita kerjakan. Itu Normal.
.

Jadi, Pengajaran mudah.

Jika perlu , Ambil.
Jika tidak perlu, Abaikan.
Jika mahu ambil juga, bekukan dengan beli emas. Selamatkan!

Emas sifatnya berbeza dengan duit. Lagi disimpan lagi ketagih untuk menyimpan. Malah penyimpan emas akan pertahankan simpanan yang ada. Itu antara sisip pandang positive untuk emas.

Beli emas memang rasa seperti duit habis tetapi sebenarnya duit tersebut beku dan terselamat daripada berbelanja.

Moga Perkongsian ini memberi kita semua iktibar ❀️

Tidak menghina.
Tidak menghalang.
Tidak pula mencemuh.

Yang ada hanyalah nasihat semata-mata. Bacalah dari sudut positive. 🌸

Kredit:
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
πŸ‘3
MENARA PUBLIC GOLD

Hari ini memenuhi jemputan meeting dengan management Public Gold di bangunan yang baru dibeli dengan harga RM100 juta. Lokasi tak jauh dari menara TRX. Satu pencapaian yang hebat dalam tempoh 15 tahun sejak penubuhan.

Bersama pengasas Public Gold iaitu Dato’ Wira Louis Ng. Salah seorang entrepeneur yang bermula dari zero sehingga memiliki bisnes jual beli emas di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kredit
Hafizul Hakim
πŸ‘1
[ SEJARAH KEJATUHAN WANG KERTAS ]
.
Wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan
.
Sebagai contoh, harga nasi lemak pada tahun 90an adalah RM0.50. Tetapi pada tahun 2022, harga nasi lemak sudah RM2.00
.
Dengan kata lain, kita terpaksa membayar 4 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang
.
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti di dalam gambar. Graf jelas menunjukkan:
πŸ“ˆNilai EMAS ⬆️ 😍
πŸ“‰WANG KERTAS ⬇️ 😭
.
Jadi.. untuk menyimpan nilai kekayaan anda, anda nak simpan EMAS atau WANG KERTAS?

Kredit:
Shukri Hanafi
Tips Simpan Emas

βœ… Mula dengan amaun yang terendah secara konsisten dahulu. Minima RM100.

⛔️ Jangan start BIG, tapi bulan depan dah nak jual semula. Sebab dah sengkek. Yang ini ramai orang muda masih berpenyakit macam ni.

βœ… Tetapkan matlamat nak kumpul berapa gram setahun. Formula mudah sama ada 5% atau 10% dari gaji tahunan. Cukup sebagai permulaan.

Nanti kalau dah berdisplin, tak mengejutkan kalau berjaya kumpul 10 gram sebulan.

⛔️ Jangan anggap diri sebagai pelabur emas. Kalau modal kecil dan tak sampai pun 100 gram. Toksah ingat diri tu kategori pelabur. Dalam buku Travelog Emas saya ada tulis kenapa.

βœ… Matlamat long term sesuai dalam bentuk emas. Antaranya dana kecemasan 3 bulan gaji, dana pendidikan anak-anak, dana persaraan atau forgotten saving.

Begitulah.

Hafizul Hakim
Ramai orang tidak merasakan memerlukan emas dalam keadaan mereka merasakan diri aman dan 'kaya'.

Bila sesak barulah mereka mencari barangΒ² milik mereka yg mereka boleh jual untuk mendapatkan wang.

Itupun kadangΒ² mereka tak nampak nilai emas, kerana mungkin ada wang simpanan.

Tapi kalau tiada wang simpanan, atau bila mereka kenang tabung wang mereka selalu bocor (maka bila benarΒ² terdesak tabung itu terlalu nipis) barulah mereka sedar ada emas ini sangatΒ² membantu.

Kita juga mesti ingat kuasa beli duit merosot setiap tahun, pada kadar yg lebih besar dari yg dilaporkan.

Maka tabungan jangka panjang memang lebih baik dlm bentuk aset fizikal seperti emas yg boleh diperolehi dengan modal kecil.

Jom, cuma 1 gram sebulan. Atau RM100 sahaja, asalkan konsisten. Kalau dapat simpan lebih, lebih bagus.

#kaksehaberpesan #PG1M
Kenapa saya kata 1 gram 1 bulan tidak terlalu membebankan?

Adakah 1 gram sebulan membebankan?

Dengan perancangan yg betul & disiplin diri yg kuat, 1 gram sebulan hanyalah ibarat latihan push-ups yg payah waktu mulaΒ², tetapi menjadi mudah malah terbit ketagihan yg sihat bila sudah menjadi tabiat.

Jom mula, dah mula baru kita faham.

#kaksehaberpesan #PG1M

P/s:
Berdasarkan pengalaman peribadi, kebanyakkan penyimpan emas saya target small je...1g sebulan.

Tapi lepas setahun, ada yg dah achieve simpanan 20-50g.

Yang 100g pun ada.

Itulah aura emas yer.

Rasa makin semangat nk tambah, especially mereka yg simpan dlm akaun GAP.

Berbeza dan sgt contradict dgn aura duit. Makin byk dlm bank rasa makin ligat nk berbelanja.

Sape setuju boleh klik like dan sebagainya. Share kan emoticon anda 😍

Hilyati
Perkongsian Dr Ty, rakan dealer saya yg pergi ke kedai emas T di Mid Valley hari ini.

Harga emas 999.9 di kedai tersebut adalah RM305/g

Today harga emas Public Gold adalah RM288/g
*HARGA EMAS 1 GRAM (APRIL 2022)*

1/4/22 = *RM282/gram* ⬆️ +RM1
2/4/22 = *RM280/gram* ⬇️ -RM2
3/4/22 = *RM279/gram* ⬇️-RM1
4/4/22 = *RM279/gram* ➑️
5/4/22 = *RM280/gram* ⬆️+RM1
6/4/22 = *RM280/gram* ➑️
7/4/22 = *RM281/gram* ⬆️+RM1
8/4/22 = *RM282/gram* ⬆️+RM1
9/4/22 = *RM283/gram* ⬆️+RM1
10/4/22= *RM284/gram* ⬆️+RM1
11/4/22 = *RM284/gram* ➑️
12/4/22 = *RM285/gram* ⬆️+RM1
13/4/22 = *RM287/gram* ⬆️+RM2
14/4/22 = *RM289/gram* ⬆️+RM2
15/4/22 = *RM287/gram* ⬇️-RM2
16/4/22 = *RM288/gram* ⬆️+RM1
17/4/22 = *RM288/gram* ➑️
18/4/22 = *RM288/gram* ➑️
19/4/22 = *RM290/gram* ⬆️+RM2
πŸ‘1
MODAL PUSINGAN BERNIAGA.

Bagi orang yang berniaga, tak kiralah kecil atau besar saiz perniagaan yg ada. Lebih lagi model perniagaan yg berbentuk kontrak, pasti memerlukan tunai segera sebagai modal pusingan. Jika mohon pinjaman bank, makan masa dan pelbagai dokumen diperlukan sebagai sokongan. Kenapa tidak saja jadikan emas sebahagian dari aset syarikat?

Emas juga boleh memenuhi matlamat tersebut. Emas yang disimpan boleh digadai di mana-mana pajak gadai untuk mendapatkan tunai segera. Wang hasil gadaian boleh digunakan sebagai modal. Apabila selesai sesuatu pusingan perniagaan atau perolehan perniagaan telah dimiliki, tebus semula emas tersebut.

Amalan ini biasa dilakukan oleh peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu, termasuklah kontraktor-kontraktor yang memang selalu terpaksa mendahulukan modal sendiri sebelum mendapat bayaran.

Mujur ada emas. Ia tunai segera ketika terdesak. Untung dapat, emas pun tak hilang.
Pilihan di tangan masing-masing.
Kalau tanya saya, frankly speaking. Emas tu salah satu simpanan wajib ada bagi setiap keluarga. Sebab emas ni simpanan aset fizikal.

Berbeza sangat dengan simpanan aset kertas lain.
Manfaat yang emas bagi pun berbeza dengan aset lain.

So boleh pilih 2 aset kertas, dan 1 aset fizikal. Cukup. Tak payah diversify banyak tempat sangat.

Buatlah pilihan bijak ya. Pilih 2-3 dan fokus. Simpan dengan ilmu.