Nota Emas Hilyati πŸ“
6.82K subscribers
27.7K photos
1.24K videos
2 files
8.51K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Harga emas naik kita tunggu.
Harga emas turun kita masih tunggu.

Sebenarnya kita belum ada tindakan untuk beli. Jika kita ada tindakan, pasti kita manfaatkan peluang ini.

https://bit.ly/NurHilyati

Nak tunggu?
Alaaaa 😁

Kredit: Tn Fairuz Aziz
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
Wahai diri
Setiap amalan dan perbuatan pasti ada kesannya. Kekalkan diri dalam niat, fikir dan buat yang baik-baik.
Baiki hati, jaga diri.

GAP RM 277/g
SAP RM 402/100g

Harga emas turun RM1/gm

Nak mula simpan emas serendah RM100, boleh baca infonya disini πŸ‘‡πŸ»
https://publicgold.me/NurHilyati/akaun-gap
NAK PASTIKAN GRAM EMAS BERTAMBAH?

1. Fokus kepada GRAM bukan RM.

Ada orang berhenti menyimpan emas hanya kerana emas NAIK RM1.
Ada orang berhenti menyimpan emas kerana emas TURUN RM1.

Saat kita mula menyimpan emas, kita perlu set minda kita siap-siap supaya pemikiran kita tak dikawal oleh harga. Emosi tak terganggu dengan turun naik harga.

Sebab penyimpan emas berilmu faham yang bila harga naik atau turun, kedua-dua keadaan menguntungkan kita.

2.Beli ketika ada duit.

Ada orang sememangnya ada duit tetapi oleh kerana bertangguh, duit tersebut habis.

Dapat duit I-Citra, I-Sinar, I-Lestari bertangguh.
Dapat duit bonus bertangguh.
Dapat duit gaji bertangguh.
Dapat duit elaun bertangguh.
Dapat duit Refinance rumah bertangguh.
Dapat duit apa sekalipun akan bertangguh.

Rugi kan?

3.Konsisten

Baik dunia emas atau apa sahaja bidang yang kita ceburi, konsisten adalah kunci utama untuk berjaya.

Laju bukan bermaksud kita akan berjaya.
Lambat bukan bermaksud kita akan gagal.

Ingat kisah arnab dan kura-kura yang berlumba. Arnab laju meninggalkan kura-kura tetapi di akhir sekali pemenangnya adalah kura-kura.

Kenapa?

K.O.N.S.I.S.T.E.N

Nak ada simpanan 10gram emas, konsisten Simpan #1gram1bulan.

Nak ada simpanan 100gram emas, konsisten Simpan #1gram1bulan.

Nak ada simpanan 1kilo emas, konsisten Simpan #1gram1bulan.

#mindakejayaan
17 Mac 2022

*HARGA EMAS TURUN RM24/GRAM!*

Alhamdulillah selepas harga emas naik mendadak kepada *RM301/gram* disebabkan krisis peperangan Rusia - Ukraine, *harga emas turun RM24/gram* kepada RM277/gram hari ini

YES!! HARGA EMAS GAP HARI INI TURUN LAGI!

HARGA EMAS GAP HARI INI
RM 100 = 0.3610 gram
RM 277 = 1.0000 gram

*TURUN RM24/GRAM BERBANDING MINGGU LEPAS!*

Bermakna kita jimat RM24 untuk setiap 1 gram yang kita beli hari ini berbanding minggu lepas.

Jadi jika berhasrat nak tambah simpanan emas untuk bulan ini,
disarankan untuk berbuat demikian hari ini sementara harga masih rendah.

Buat yang belum menyimpan emas pada bulan ini, fikir fikirkan..

Pilihan hanya dua..
1- Terus tunggu dan beli masa harga naik ATAU
2- Buka akaun segera dan mulakan simpanan dengan harga terendah.

Untuk info berkenaan akaun GAP boleh baca dibawah:

https://publicgold.me/NurHilyati/akaun-gap

Untuk pendaftaran, boleh click link di bawah.

PENDAFTARAN PERCUMA SAHAJA!

https://bit.ly/NurHilyati

Tak faham sepenuhnya, tak mengapa..
Boleh belajar kemudian.
Yang penting, daftar dahulu & beli emas sementara harga masih rendah!

Krisis peperangan Rusia - Ukraine masih belum selesai dan berkemungkinan harga emas boleh naik pada bila-bila masa sahaja.
Ini pesan mentor saya :

Jangan habiskan usia kita dengan aktiviti yang tidak memberi impak kepada kehidupan kita.

Usia muda kena pelbagaikan sumber pendapatan. Ubah mindset kita dahulu. Baru tindakan.

Baiki kewangan. Baiki aliran tunai. Baiki simpanan. Miliki aset. Jangan jana liabiliti.

Apa yang boleh kita buat, sebagai kickstart kita ke arah itu?

πŸ”Έ Mulakan membaca buku
Apa sahaja buku. Self-help, self-motivation, kewangan dan hartanah, agama.

πŸ”Έ Labur diri untuk hadir seminar
Banyak seminar, talk, bengkel percuma untuk tambah baik diri. Minda kita aset yang paling penting untuk berubah.

πŸ”Έ Cari mentor
Nak tak nak, kena ada mentor yang bimbing kita. Supaya jelas matlamat itu. Dapatkan mentor yang terbukti berjaya (proven).
UBAH MINDSET

"Saya tak kaya..macam mana nak beli emas πŸ˜”"

Nak tunggu kaya baru nak beli emasβ‰οΈπŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

Salah tu. Emas bukanlah untuk golongan T20 & M40. Sekarang semua orang boleh menyimpan emas. Asalkan ada ilmu dan tahu cara.

Ada customer saya yang student. Malah ada yang baru mula kerja bergaji RM2,000Β±. Tapi macam mana mereka boleh konsisten amalkan 1 gram 1 bulan? HA! MAGIC EMAS!!

Ada lebih beli la banyak, ada sikit beli la sikit.

Makna kata beli emas ikut kemampuan, lebih baik drpd takde langsung 😊

Sesak-sesak nanti emas ni lah yg boleh bantu kita tau

Ada emas ada duit,
Ada duit belum tentu ada EMAS

Jadi mulakan langkah bijak untuk beli dan simpan emas.

Waktu terbaik beli emas adalah ketika ada duit. Iaitu ketika dapat gaji dan sebelum duit gaji kita hilang tah ke mana.

Dapat gaji terus selesaikan semua komitmen. Sebelum berbelanja, simpanlah sikit dalam bentuk emas hatta RM100 sekali pun.

Sikit- sikit, lama- lama jadi banyak πŸ’₯πŸ’₯

Kalau duit gaji belanja dulu baru nak simpan alamatnya takkan ada lah simpanan. Percayalah.
Ada gold savers yang tanya, kak Yati patut tak keluarkan kwsp dan masuk dlm akaun GAP?

Rakan2, jika dah decide nak keluarkan, guna lah sehabis baik. Jangan beli benda bukan keperluan. Jangan enjoy dan guna untuk perkara yg tidak perlu.

Kalau susah nk control, biarkan sahaja...jangan keluarkan kwsp anda.

Tapi kalau memang tidak perlukan wang kwsp tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup (seperti bayar komitmen atau hutang sedia ada, nak bayar gaji pekerja, nk rolling modal bisnes, nak buat belanja anak masuk sekolah, etc), maka boleh lah keluarkan dan INVEST di tempat yang boleh beri pulangan lebih tinggi dari simpanan di kwsp.

Nak masuk dlm AKAUN GAP?
Mestilah boleh.

Nak invest Saham?
Boleh juga.

Unit trust?
Boleh juga sekarang pun mmg boleh withdraw dari Akaun 1.

So tepuk dada tanya dulu..10k adakah keperluan/kehendak/investment?

Dah tahu jawapan?
Ha boleh top up akaun GAP ok.
Kak Yati dah buat last year πŸ˜€
Menabunglah walau pun gaji ciput.

1. Ramai orang salah faham tentang menabung. Orang ingat perlu menabung hanya jika gaji kita sudah besar. Kalau gaji kecil, tak perlu menabung. Tunggu kaya baru nak menyimpan.

2. Mulakan simpanan pada hari ini. Tak kiralah gaji anda RM1000, RM2000 atau RM5000 sekalipun. Mulakan dengan 10% daripada gaji, bulan depan 20% pulak, kemudian 40% pulak. Cobalah. Tak cuba, manalah kita tahu yang ia mampu dicapai.

3. Saya menabung dengan emas. Sebab kalau dengan duit, saya tak mampu bertahan lama. Simpan sikit-sikit, tinggal sikit juga.

Asasnya adalah menyimpan sedikit daripada pendapatan. Kalau nak nilai simpanan kita kekal lama, pecahkan sikit tabungan kepada emas.

Dapat sesuatu? πŸ˜„
Tahniah 10 penyimpan emas baru hari ni πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Selamat datang ke keluarga Public Gold

Moga konsisten menyimpan emas ❀️

Jom sharing manfaat emas dengan kawan-kawan ☺️
17 Mac 2022 (Nisfu Syaaban)

Fuh! MasyaAllah....Alhamdulillah...
3kg emas.+ 100g + 10g + 5g(Γ—3 percuma) sudah berada dalam genggaman klien saya ni.
🀩🀩🀩🀩🀩🀩.

Dia seorang insan yang berwawasan. Berakhlak mulia dan juga bijak ekonomi.
Ini simpanan untuk masa pencen saya nanti Bahyah! (bestnya dengar ayat tu!!!!!!)
Tumpang berbahagia saya melihat insan2 yang berjaya...
Kalaupun ajal memanggil awal, boleh lah wasiatkan sebahagian untuk disedekahkan ya boss! Berjaya dunia akhirat gitu!!!!

okeh... esok nak kena bangun 'menoreh' awal sikit. Tak dapat beli sekilo, RM100 pun jadi la... yg penting, konsisten... Tengok poket masing2 lah yaaa...

Salam Nisfu Syaaban! πŸ₯°

Kredit: Dr Bahyah
Master Dealer Public Gold
Simpan emas ternyata merawat penyakit boros insya Allah ❀️
Betul. Mula simpan emas dengan jumlah kecil serendah 0.35 gram atau 1 gram tetapi konsisten lebih baik dari jumlah besar tetapi tak konsisten. Boleh whatsup saya untuk bermula dengan serendah RM100 (0.35 gram emas)

https://bit.ly/NurHilyati
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini dilancarkan. Boleh keluarkan dari akaun GAP (GIT WITHDRAWAL)
Saya sudah merasa peritnya tiada simpanan. Saya akui boros berbelanja sewaktu muda dan tidak bersungguh-sungguh menabung untuk waktu gawat kerana income boleh tahan dan tidak pernah merasa susah. Bila menabung dan tabung asik bocor pun tak berapa kisah.

Bila kita take things for granted (menganggap panas akan terus sampai ke petang dan tak bersedia untuk hujan yang boleh turun bila-bila) kita tersungkur bila diuji.

Untuk bangkit kembali saya berkorban banyak perkara. Apa yang saya belajar dari pengorbanan ini orang tak perhati pun jenama apa yang saya pakai, baju saya ada berapa pasang, kasut saya bertukar atau tidak, tudung yang saya pakai ni tudung yang sama yang saya pakai minggu lepas ke.

Atau mungkin yang lebih penting - saya tak peduli pun mereka perhati atau tidak. Misi saya menyimpan duit. Dulu kalau saya ada meminjam saya cepat-cepat pulangkan. Bil-bil saya lunaskan, tiada yang tertunggak.

Saya belajar jika kita dahulukan yang hak Allah akan cukupkan. Saya cukup takut kalau mati meninggalkan hutang. Saya pun pelik (tapi tak meragui kebesaran Allah) bagaimana dengan gaji yang kecil saya boleh sekolahkan anak-anak saya di sekolah agama swasta dengan yuran dan belanja yang beribu-ribu setiap semester. Yang saya ingat, semua cukup walaupun kehendak saya saya korbankan. Alhamdulillah.

Jadi sekarang bila saya tengok orang bebelanja ikut sedap hati, saya risau untuk mereka. Duit mereka, mereka punya sukalah nak buat apa kan?

Oh tapi bukankah Islam itu nasihat?

Saya tau perjalanan hidup kita tak sama. Tapi saya dah banyak melihat orang yang boros hidupnya susah sampai tua. Saya tiada harta yang banyak, tapi saya tau bila saya simpan emas apa yang saya susah payah himpun akan kekal biiznillah.

Janganlah cakap buat apa nak himpun harta bukan boleh bawa mati. Kalau saya tak menyimpan, mana saya nak cekau duit biaya pelajaran anak-anak saya? Mana saya nak cari duit untuk pergi umrah dan haji? Bagaimana saya nak menghiburkan orang-orang yang saya sayang dengan hadiah?

Nak tunggu duit jatuh dari langitkah? Sahabat-sahabat Nabi radhiallahu'anhum pun berniaga hingga kaya raya walaupun sudah dijanjikan syurga kan?

Sebaik-baik harta di tangan orang yang baik. Dan sebaik-baik manusia yang paling banyak manfaat kepada manusia lain. Menghimpun harta tak salah, yang salah tak membelanjakan harta di jalan yang Allah redha.

Simpanlah duit. Kalau terpaksa meminjam kerana keperluan yang mendesak, pulangkan dalam tempoh sesuai perjanjian. Jaga adab berhutang.

Simpan duit. Jangan menyusahkan orang. Jangan menyusahkan diri sendiri. Jaga maruah diri sendiri dan keluarga. Saya pernah dengar orang gaji belas ribu sebulan tapi masih mengharap ihsan orang tua untuk biaya isterinya bersalin di hospital. Subhanallah. jangan jadi macam tu, lepas tu cakap 'suka hati akulah, hidup aku'.

Kalau payah simpan duit simpan emas. Saya jadi dealer PG asalnya untuk dapat rebate belian sendiri saja, tapi sekarang merasa tanggungjawab mendidik masyarakat celik emas supaya tidak hanyut dalam zaman di mana harta menjadi fitnah paling besar.

Banyakkan bersedekah dan simpan, bersederhana dalam lain hal. Susahnya menyimpan tu sekejap saja, berbanding susahnya kemudian kalau tiada simpanan.

Perkongsian Pn Saleha Abdul Rahman.
Gambar kredit Tuan Azizul Azli Ahmad
Nombor-nombor yang banyak dalam akaun bank kita tu hanyalah penyedap mata memandang. Pada hakikatnya, kita dah tertipu dengan nombor.

Kenapa saya cakap macam tu?

Contoh: Dalam akaun bank ada RM10,000. Simpan 10 tahun akan datang, agak-agak boleh dapat apa dengan RM10,000 tu?

Sekarang kita rasa banyak, tapi 10 tahun akan datang kita rasa sikit. Kita semakin miskin walau hakikatnya nombor tetap sama tak usik. Sebab?

Sebabnya kuasa beli duit kita dah jatuh kawan. Duit kita dah terhakis oleh inflasi.

Kita ingat simpan makin kaya, tapi makin miskin. Ha begitulah.

Duit kertas tu hanya sesuai dijadikan medium transaksi sahaja tidak sesuai untuk simpanan jangka masa panjang.