Nota Emas Hilyati 📝
6.83K subscribers
28.3K photos
1.3K videos
2 files
8.67K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Aduh... Buat malu profesyen je... Saya pun akauntan bertauliah juga. Tapi saya akui, akauntan ni cuma tahu urus duit syarikat. Kami belajar untuk urus kewangan syarikat, bukan untuk jadi kaya. Ilmu urus kewangan peribadi dan ilmu nak jadi kaya kena belajar dari orang kaya-kaya.

#TipKekayaan

Sumber: Tn Zulkifli Shafie
Menabung kena jadi habit.
Selagi tak jadi habit, selagi tu tak akan kaya. Habit maksudnya kita buat perkara yang betul tanpa perlu buat decision lagi. Auto-menabung setiap bulan...

Kalau setiap bulan nak kena buat decision samada nak menabung ataupun tidak, itu maksudnya belum lagi jadi habit.

Selagi belum jadi habit, selagi itulah tak akan kaya.

Kita kena jadikan menabung macam habit gosok gigi setiap hari. Kalau siapa yang terpaksa buat decision setiap hari samada dia nak gosok gigi ataupun tidak, nescaya gigi dia habis dah rosak.

Macam tulah juga dengan menabung...

Kredit: Dr Syafiq

#TipKayaDenganEmas #TipKekayaan
👍1
Kerajaan kerjanya ambil duit kita (rakyat) untuk berikan balik kepada kita. Bukan keluarkan duit dari poket mereka (orang politik) dan masukkan ke poket kita.

Memang itulah cara kerajaan urus ekonomi.

Kalau kerajaan nak bagi banyak, dia kena tarik banyak juga - melalui cukai.

Ubahlah 10 kali kerajaan, tukarlah 10 Perdana Menteri pun, itulah yang mereka buat.

Nak ubah ekonomi kita, kena ubah diri kita. Bukan harapkan kerajaan.

Dan berhentilah harapkan kerajaan, dan berhentilah dengar gula-gula orang politik.

Kalau mereka memerintah, mereka pun sama. 2x5 sahaja...

#TipKekayaan

kredit Tn Mohd Zulkifli Shafie
👍3
Kaya lain. Mewah pula lain.

Orang kaya, tak semestinya pilih hidup mewah.

Orang yang nampak mewah, belum tentu kaya.

Kemewahan ialah apa yang kita belanjakan. Sedangkan kekayaan ialah apa yang kita miliki.

Ada orang nampak berbelanja mewah bukan dari harta yang dia miliki. Tapi dengan hutang yang dia mampu buat.

Dia tak ada harta. Sebaliknya dia menanggung hutang yang banyak.

Dia kerja kuat hanya semata-mata nak bayar duit yang sudah dia belanjakan dan hutang-hutang yang dia buat.

Kaya lain. Mewah pula lain.

Ajari lah anak-anak kekayaan yang sebenar.

#TipKekayaan

Sumber
1