Nota Emas Hilyati πŸ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Perkongsian ilmu hebat dari Tn Mohd Zulkifli Shafie:

*"Simpan emas tu jangan lupa bayar zakat…”*

Itu pesanan yang selalu saya terima sejak aktif mendidik masyarakat tentang simpanan emas - sejak 2010.

Tapi tak pernah dengar pula orang pesan β€œdapat dividen tu jangan lupa bayar zakat”….

Walhal simpan duit dalam akaun bank pun kena zakat juga! Zakatnya sama saja dengan zakat emas. Sama-sama 2.5%…

Itulah bezanya emas.

Ingat emas, automatik kita ingat zakat.

Dan perlu diingat, zakat tak dikenakan, kecuali hanya untuk orang kaya.

Maksudnya, siapa simpan emas hingga cukup haul dan nisab (yang mewajibkan dia bayar zakat), maka dia sebenarnya adalah orang kaya!

Siapa simpan emas, sangat mudah untuk upgrade diri menjadi orang kaya… InsyaAllah.

Berbeza simpan duit.

Banyak yang simpan duit bertahun-tahun tapi tak pernah pun keluarkan zakat simpanan.

Pertama, mungkin dia lupa duit simpanan di bank itu pun dikenakan zakat. Tak pernah ada orang ingatkan…

Kedua, simpan duit bertahun-tahun, tapi duit simpanan asyik bocor sahaja! Jumlah simpanan tak ke mana-mana!

Dan inilah faktor paling utama!

Jadi kalau nak cepat jadi golongan pembayar zakat (orang kaya), mulakan simpanan emas.

Yang dah simpan emas cukup haul dan nisab, pastikan bayar zakat hari ini kalau nak dapat REBAT INCOME TAX 2021.

Hari ini adalah hari terakhir…

Bertalu-talu saya dapat reminder dari PPZ (Pusat Pungutan Zakat) untuk bayar zakat hari ini.

Satu insiatif yang sangat bagus.

Tahniah PPZ-MAIWP!

#ZakatEmas
#KayaItuMulia
Recap semula calculation zakat emas simpanan. Simpan 1 dinar atau 10gm gold bar belum layak lagi byr zakat yer.

Jgn takut simpan emas sbb kena byr zakat. Sebaliknya tanamlah azam simpan emas hingga layak bayar zakat ❀️

https://vt.tiktok.com/ZSdbuRVen/?k=1
Jom recap syarat wajib bayar zakat emas simpanan.

Kena cukup 2 syarat ni baru layak bayar zakat yer.

1. 85gm ke atas
2. Cukup haul setahun

Formula jumlah zakat =
Jumlah berat emas x 2.5% x harga emas

Jadi bila simpan 1 dinar, 20gm, 5 dinar, 30gm...belum lagi layak bayar zakat. Tunggu hingga cukup 'kaya' iaitu simpanan melebihi 85gm ke atas, maka barulah jatuh syarat wajib bayar zakat simpanan.

Jangan takut simpan emas kerana perlu bayar zakat.

Sebaliknya tanamlah azam untuk menjadi pembayar zakat emas.

Hilyati ❀️

#zakatemas #zakat #emas999
#syaratwajibzakat #emasfizikal
KIRAAN ZAKAT BARANG KEMAS, BERBEZA URUF SETIAP NEGERI

Cukup 85 gram simpan gold bar dan dinar dalam setahun (tahun hijrah), kita diwajibkan keluarkan zakat emas 2.5% dari KESELURUHAN jumlah emas yang kita ada. Gold bar dan dinar dikategorikan sebagai emas yang TIDAK DIPAKAI.

Maksudnya, kalau ada barang kemas yang "tidak dipakai" walaupun sekali dalam setahun, maka kiraanya sama macam zakat gold bar dan dinar.

Tapi sebenarnya bukan sahaja gold bar dan dinar, barang kemas yang DIPAKAI pun benarnya kena zakat kalau lebih daripada kadar uruf sesuatu negeri.

Baca selanjutnya di : https://www.mohdzulkifli.com/2023/11/kiraan-zakat-barang-kemas-berbeza-uruf-mengikut-negeri.html

#ZakatEmas #Zakat