Nota Emas Hilyati πŸ“
6.81K subscribers
27.4K photos
1.22K videos
2 files
8.46K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

β€œSelain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

β€”β€”-Endβ€”-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Gais.

Harga Emas Cecah Rekod Tertinggi, Kemudian Menjunam – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baru-baru ini, harga emas melonjak ke paras $3,168 per auns troy β€” tertinggi dalam sejarah!

Namun selepas itu harga emas menjunam lebih $100 dalam sesi dagangan yang sama.

Apa yang berlaku?

Jawapan: Pengumuman Presiden Trump mengenai tarif baharu pada 2/4/2025 menyebabkan pelabur-pelabur panik dan jual emas untuk menampung kerugian dalam aset lain, biasanya kerugian dalam pasaran saham.

Gais.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam pasaran. Ia selalu berlaku.

Menurut Commerzbank, harga emas biasanya akan pulih semula selepas kejatuhan mengejut sebegini.

Tambahan pula, pasaran menjangka 2 perkara akan berlaku (1) Fed akan turunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas tahun ini, (2) tarif oleh Trump dijangka menaikkan inflasi di US.

Namun, ada berita yang menarik iaitu β€” emas dikecualikan daripada tarif! Tapi ini juga mungkin memperlahankan aliran emas fizikal ke AS.

Apa maksudnya untuk anda sebagai penyimpan emas fizikal?

Bagi saya, Ini mungkin peluang terbaik untuk pelabur emas fizikal membeli ketika harga jatuh banyak β€” tapi pastikan anda tahu strategi anda.

Antara strategi yang boleh digunapakai adalah beli emas secara konsisten dan borong jika harga jatuh banyak (jika anda ada lebihan duit)

Pada pendapat saya, harga emas sekarang sangat menarik.

Gais.

Sila follow FB saya untuk info terkini tentang pelaburan emas dan ekonomi global.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas #HargaEmas #EkonomiGlobal #GoldUpdate #Emas2025