Nota Emas Hilyati 📝
6.7K subscribers
26.6K photos
1.19K videos
2 files
8.3K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
DUA JENIS ZAKAT

Zakat dibahagikan kepada dua: (1) Fitrah (2) Kekayaan (wealth).

Zakat Fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan (dalam praktis, ianya selalu bayar di akhir bulan Ramadan. Ianya juga perlu dilakukan sebelum sembahyang Raya). Pada amnya, ia dikenakan pada semua orang Muslim, tak kira umur, status atau tahap kekayaan. Jumlahnya adalah sedikit saja. Sebagai contoh, zakat Fitrah di Selangor pada tahun 2021 ialah RM7 seorang.

Zakat kekayaan pula, seperti namanya, ialah zakat di atas harta kekayaan. Zakat ini adalah wajib ke atas semua orang Islam dan organisasi yang cukup nisab (nilai kekayaan tersebut melebihi nilai 85 gm emas) dan cukup haul (setahun kalendar Islam).

Bayarannya ialah 2.5% daripada jumlah kekayaan.

Zakat kekayaan boleh dibahagikan kepada:

i) Zakat atas pendapatan
ii) Zakat atas perniagaan
iii) Zakat atas wang simpanan
iv) Zakat atas emas dan perak
v) Zakat atas saham
vi) Zakat atas binatang ternakan
vii) Zakat atas tanaman

Semoga info ini dapat menolong anda.

SILA SHARE

#AziziAli
#JomBayarZakat
PERBEZAAN ZAKAT FITRAH DENGAN ZAKAT KEKAYAAN

Zakat fitrah diwajibkan kepada orang Islam pada tahun 2 hijrah, tahun yang sama berpuasa di bulan Ramadan diwajibkan.

Ada sedikit perbezaan diantara zakat fitrah dengan zakat kekayaan. Berikut adalah perbezaan tersebut:

ZAKAT FITRAH

1. Dibayar sepanjang bulan Ramadan
2. Wajib ke atas semua Muslim, tak kira umur, status dan tahap kekayaan
3. Jumlahnya sedikit saja

ZAKAT KEKAYAAN

1. Dibayar apabila cukup nisab dan haul
2. Wajib hanya ke atas mereka yang qualify poin 1 di atas
3. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah kekayaan

Semoga info ini dapat menolong anda.

SILA SHARE

#AziziAli
#JomBayarZakat