Nota Emas Hilyati πŸ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
β€œApakah perbezaan premium dengan spread dalam emas?”

Pertamanya, TQ kerana bertanya soalan ini kerana soalan ini amat baik sekali. Ramai orang lain pun nak tahu jawapannya.

Baik. Berikut adalah jawapan kepada soalan tentang premium.

Harga semasa (spot price) ialah harga teori yang kita perlu bayar sekiranya kita membeli emas secara tunai pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang membayar harga ini. Sebagai permulaan, peniaga akan menambah premium (tambahan harga) kepada harga semasa ini. Premium ini adalah bagi menampung kos pembuatan, simpanan, pengangkutan, insurans dan sudah tentu, keuntungan mereka.

Sebaliknya akan berlaku apabila mereka membeli daripada kita. Mereka akan membayar harga yang lebih rendah daripada harga semasa supaya mereka dapat mengaut untung sekali lagi!

Jadi premium adalah tambahan kepada harga semasa emas.

Premium atau tambahan harga ini bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional. Jadi harga dan premium bergantung kepada budibicara syarikat. Itulah sebabnya mengapa harga emas boleh berbeza di syarikat yang berbeza.

Berikut pula adalah jawapan kepada soalan tentang spread.

Emas mempunyai perbezaan harga beli vs harga jual. Perbezaan ini dipanggil β€˜spread’.

Seperti premium, spread atau perbezaan harga beli vs harga jual juga bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional.

Obviously, harga beli (kita beli daripada syarikat) adalah lebih tinggi daripada harga jual (kita jual kepada syarikat). Harga kedua-dua beli dan jual ini naik turun setiap minit – inilah yang dipanggil harga semasa.

Semua saudagar emas di Malaysia (e.g. Public Gold, Habib, Poh Kong dan Tomei) dan malah di seluruh dunia memang praktis β€˜spread’ ini.

Spread PG adalah diantara 6%-9%.

Semoga perkongsian ini menolong anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.

#spread
#goldpremium