Nota Emas Hilyati 📝
6.68K subscribers
26.5K photos
1.19K videos
2 files
8.28K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik 👇
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungGaji

Ada orang gaji RM2000, dia rasa tak cukup hidup dengan RM2000

Ada orang gaji RM2000, pikir macam mana nak habiskan RM2000

Ada orang gaji RM2000, pikir macam mana nak simpan RM 1000

Ada orang gaji RM2000 pikir macam mana nak gandakan jadi RM 4000

Ada orang gaji RM2000 boleh simpan RM2000 dan hidup dengan pendapatan sampingan

Ada orang gaji RM2000 dia buat modal asbf RM1100 sebulan setahun jadi RM14000!

Ada orang gaji RM2000 dan cakap, "Sembang boleh la, kat KL mana boleh hidup gaji RM2000"!

Cara kita berfikir mempengaruhi tabungan kita. Betulkan sikit otak kita kawan.

Azizul Azli Ahmad

#OtakPower
#TabungGaji.

GAJI KITA

Asas untuk pastikan gaji kita berkembang, lakukan 3 perkara ini setiap kali terima gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimun 10% gaji. Jika masih bujang simpanan 35% gaji. Makin banyak, makin seksi.

2. Labur

Laburkan gaji kita agar 'wang pula bekerja untuk kita'. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

3. Belanja

Barulah guna untuk belanja, ini bahagian akhir gaji. Lakukan yang dua diatas dulu baru hidup kita senang.

Dah lebih baru beli beg tangan hadiah untuk Nelofa

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak dari Nepal atau Abang Bangla kawan.

Azizul Azli Ahmad
#BelajarUrusWangDariSekarang
#TabungGaji

GAJI SEMALAM DITERIMA

Semalam semua antara kita telah bergaji. Kaedah yang baik adalah

'Simpan Dahulu Baru Belanja'

Sebaiknya simpan sebahagian dari pendapatan kita sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s.

Kelebihan simpanan dulu baru belanja ialah;

1. Kita ada wang untuk diri sendiri dan keluarga tercinta.

2. Ia ganjaran dari pekerjaan anda

3. Anda yang kawal wang anda

4. Anda menguruskan kewangan dengan betul, bijak, kacak dan jelita

5. Ada peluang untuk capai bebas kewangan.

Selamat menyimpan hari ini. Jangan tunggu lagi. Jika tidak anda akan menyesal dikemudian hari.

Lelaki banyak simpanan dan harta lebih seksi dimata wanita :-p

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungGaji

GAJI BESAR, HUTANG BESAR.

Kita ada banyak pilihan dalam hidup. Kita yang tentukan bukan anak Kak Mah sebelah rumah.

1. Belajar rajin rajin, bergaji besar dan bina Hutang 'Jahat'.

+ Beli kereta besar sebagai hadiah 'susahnya' belajar.

(Bukan dapat first class pun. PTPTN pun wajib bayar )

+ Kita terus bina hutang hingga tarikh persaraan kita.

+ Kita rasa ini 'normal' dan semua orang sedang lakukan benda yang sama.

2. Belajar rajin rajin, bergaji besar dan bina Hutang 'Baik'

+ Kita sasarkan orang lain yang bayar hutang, kita tolong uruskan saja.

+ Beli sebuah rumah, sewakan dan jadikan mesin cetak duit anda pertama anda.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
#TabungGaji

GAJI RM20,494.95 BARU AVERAGE GAJI DI SINGAPURA!

1. Jika gaji kita RM20k sekali pun, kita masih kena hidup sederhana sebenarnya.

2. Indonesia semakin menghampiri kita dari segi nilai gaji. Kos sara hidup mereka mungkin lebih rendah dari kita. Atau sebaliknya.

3. Nilai USD hari ini telah cecah 1USD = RM4.47 sekarang, duit kita makin kecil.

4. Nilai gaji average di Brunei kini bersamaan RM15,868.50 dengan duit kita. Kita $600 itu bersamaan RM2,682. Kita berada bawah $1000 sebulan.

5. Banyak negara dunia ketiga mempunyai pendapatan bawah $500 sebulan. ditempat kita masih ramai.

Jika pendapatan kita lebih baik,
Kehidupan kita lebih baik dari nilai ini,

Bersyukurlah.

Diwaktu ekonomi begini, hanya ada 2 formula paling power amat!

1. Berjimat untuk hidup
2. Tambah pendapatan yang ada

Selagi kita faham ini, kita tak akan susah.
Ramai yang makin susah bila dia nak 'cepat kaya'

Kredit: Tn Azizul Azli

#juranggaji
#TabungGaji

2 punca masalah kewangan, baik bujang mahupun sudah berkeluarga

1. Tidak boleh menyimpan
2. Komitmen (hutang) banyak


Kisah benar....
2 tahun bekerja, pantang gaji masuk terus nak berbelanja. Simpanan 2 bulan gaji pun tak mampu. Bukan salah sesiapa sebab fitrah duit memang untuk dibelanjakan.
#TabungGaji

7 TABUNG ASAS GAJI

Asas perbelanjaan kita boleh kita bahagikan kepada 7 tabung ini. Dalam buku Wang Ada Dimana ada 3 kaedah lain, bergantung cara kita belanja.

1. 55% PERBELANJAAN

segalanya masuk sini temasuk hutang rumah, kereta, makan, minum, boxer, bulu mata, rokok, panadol semua dalam ini.

2. 10% SIMPANAN TETAP

Jangan ganggu duit ini, anggap kita akan guna bila nak pencen nanti. Simpan dan pejam mata paling dalam.

3. 10% SIMPANAN PELABURAN

Simpanan untuk tujuan beli saham, rumah pertama dan tujuannya adalah melabur saja secara jangka panjang. Jangan masuk skim cepat kaya.

4. 5% HIBURAN

Hiburkan diri dengan tabung ini, tengok wayang sendiri,pegi karoeke jangan dengan suami orang, jalan jalan luar negeri atau makan 'pot con' sendiri.

5. 5% PENDIDIKAN

Pendidikan mesti sepanjang zaman bukan zaman kolej saja, beli buku, hadir seminar supaya dapat kenalan.

6. 5% AMALAN BAIK

Sedekah, beri sumbangan, bantuan pada orang yang memerlukan untuk jadi kita lebih mulia. Jika ada lebih lagi baik. Zakat 2.5% boleh masuk sini juga.

7. 10% TAKAFUL

Lindungi diri dari bencana kita tak tahu bila akan melanda. Sediakan payung pasar malam sebelum hujan.

Makin banyak simpanan kita, makin sexy dimata wanita. Tak caya cuba tanya Nora Danish?

#BahagiDuitIkutKeperluanKita
#SHARE Jika Bermanfaat

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
#TabungGaji

JANGAN MALU MAKAN GAJI

1. Tidak semua orang pandai berniaga, ada orang selesa makan gaji sahaja.

2. Jangan hina kawan kita yang makan gaji saja, bila kita baru mula berniaga.

3. Peniaga yang bijak juga makan gaji dari perniagaannya, bukan 'rompak' semua hasil perniagaannya.

4. Jangan guris dan hina kawan yang makan gaji, mereka terluka bila kita tanya "sampai bila nak makan gaji". "Tak akan kaya makan gaji nie"

5. Jangan kecil hati, dalam dunia GST ini kena ada 3 sumber pendapatan.

+ Pergajian
+ Pasif
+Pelaburan

6. Jika kita makan gaji, kita dah selangkah kehadapan, cipta pendapatan Pasif & Pelaburan sebagai tambahan.

7. Jangan berniaga sampai hina kengkawan, kata nak jadi lelaki beriman, hati kawan kena jaga.

Gegadis tak kisah kita makan gaji, janji ada duit pinang mereka nanti :-p

#JanganMaluMulaBerniaga
#Kongsi bagi kawan baru balik seminar faham
#TabungGaji

GAJI KITA KECIL SANGAT

Gaji kita kecil atau kita yang belanja besar sebenarnya.

+ Kita gred N19 tapi beli kenderaan lebih RM55 000. Gaya lebih dari gaji.

+ Kita tinggal di rumah yang harganya lebih 6.5 tahun gaji tahunan kita. (Gaji x 12 x 6.5)

+ Kelayakan Pinjaman Perumahan kita guna sampai 'maksimumkan'. Selagi ada.

+ Lebih terbeban bila kita gabungkan gaji abang tersayang dan isteri tercinta untuk beli kediaman idaman malaya.

+ Kita gred gaji N21 dah gaya macam gred gaji N54 atau JUSA.

+ Baru jadi Doktor Umum dah gaya Doktor Pakar Puan.

+ Baru jadi 'technician' dah gaya jurutera petroleum.

+ Beli kereta sebab ada promosi Raya Cina.

+ Baru sebulan kerja dah berani shopping di LAZADAH dan Pavilion.

+ Tak ada impian menyimpan sebab rasa masih muda dan baru nak kerja

Gaji kita kecil atau kita yang belanja besar, kita tak faham kenapa orang menyimpan.

Azizul Azli Ahmad

#UkurGajiDiAkuanSendiriBukanOrang
#TabungGaji

PUNCA GAJI KITA KECIL

1. Gaji kita menjadi kecil bila kita bergaji RM3000 dan beli kereta lebih RM36000.

2. Lebih parah jika kita beli Almera yang paling murah RM67000 sahaja. Nak beli Estima duit tak cukup pula.

3. Bayaran bulanan Almera RM846.54 telah makan gaji kita 28% saja.

4. Kadar ideal untuk gaji bagi kenderaan sebaiknya TAK LEBIH 15% dari gaji kita.Jika lebih hidup anda mula kurang bahagia.

5. Jika anda belum beli rumah anda akan lebih kecewa. Nak jual kereta, susut nilainya melampau. Nak beli rumah loan tak lepas pula.

6. Gaji kita kecil sebab kita yang salah kira. Minyak turun pun kita tak terasa.

7.Kurangkan hutang, tambahkan pendapatan. Gaji kecil sebab kita belanja melampau.

wanita tak suka lelaki gaji kecil bernafsu besar.

Azizul Azli Ahmad

#BesarkanSimpananKurangkanHutang
#TabungGaji

GAJI CEPAT HABIS LA!

Cuba semak simpanan kita, jika dah kerja 5 tahun dan masih belum ada simpanan 6 bulan gaji.

Pasti ada yang tidak kena.

Apakah kita sekadar tempat gaji tumpang lalu?

"Baru gaji semalam dah habis gaji aku nie?"

"Takkan gaji besar macam kau cepat habis, aku lain la, kerani saja"

Maka,

Baiki kewangan kita dengan Reward Diri dengan menyimpan, bukan belanja sampai lupa dunia.

Dapat gaji = SIMPAN + LABUR = Baki Baru Belanja

Tiap kali dapat gaji pastikan 10%-25% untuk simpanan bukan hanya belanja makwe sahaja.

Selamat bekerja kawan kawan

Kredit: Dr. Azizul

#BelajarMenyimpan
#TabungGaji

GAJI SEMALAM DITERIMA

Semalam semua antara kita telah bergaji. Kaedah yang baik adalah

'Simpan Dahulu Baru Belanja'

Sebaiknya simpan sebahagian dari pendapatan kita sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s.

Kelebihan simpanan dulu baru belanja ialah;

1. Kita ada wang untuk diri sendiri dan keluarga tercinta.

2. Ia ganjaran dari pekerjaan anda

3. Anda yang kawal wang anda

4. Anda menguruskan kewangan dengan betul, bijak, kacak dan jelita

5. Ada peluang untuk capai bebas kewangan.

Selamat menyimpan hari ini. Jangan tunggu lagi. Jika tidak anda akan menyesal dikemudian hari.

Lelaki banyak simpanan dan harta lebih seksi dimata wanita :-p

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungGaji

PERBEZAAN BIJAK URUS WANG DENGAN TIDAK.

Moga kita semua akan bijak urus wang dengan baik nanti.

Kita semua pernah silap, baiki dan jalani hidup ini.

Paling penting ada kesedaran kewangan awal usia.

Selamat bersedia untuk tahun baru nanti ya

Kredit DrAzizul Azli Ahmad