Nota Emas Hilyati ๐Ÿ“
6.66K subscribers
26.4K photos
1.19K videos
2 files
8.27K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 10,800 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik ๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
#TabungDiri

7 LANGKAH BEBAS HUTANG

1. PASTIKAN ADA DANA RM1000.

Mulakan dana kecemasan sebanyak ini.

2. LABUR 15% UNTUK PERSARAAN

Laburkan dalam hartanah, saham, komoditi, daham amanah, ASB atau Tabung Haji.

3. SIMPANAN KECEMASAN 3-6 BULAN

Gaji bersih kita darab 3-6 bulan kerja, jika diberhentikan kerja kita ada simpanan yang ada.

4. SELESAIKAN SEMUA HUTANG KECIL.

Senaraikan dan selesaikan hutang kecil dulu, baki terendah dan kadar faedah tertinggi.

5. PENDIDIKAN ANAK

Semakin hari pendidikan anak dan harga rumah makin tinggi. Menabung sekarang.

6. SELESAIKAN HUTANG RUMAH SEGERA.

Makin cepat selesai makin banyak jimat duit kita. Terma daily rest lebih menguntungkan.

7. BINA KEKAYAAN DAN BERSEDERHANA.

Jana lebih dari satu sumber pendapatan dan sederhana hidup walau kaya raya.

Makin banyak kita tabur budi, makin mudah gegadis terhutang budi ini jatuh hati. Dapat bro? ๐Ÿ˜‹

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

JANGAN BERLUMBA?

Hidup ini satu perlumbaan, adakalanya kita tidak perlu berlumba sebenarnya.

1. Tak perlu berlumba, kereta siapa lebih besar dari kita. Belajar kagum kereta orang tapi tak perlu beli, sewa sahaja.

2. Tak perlu berlumba, tudung siapa lebih hijalabista. Hargai kecantikan diri, bukan tudung yang dibeli.

3. Tak perlu berlumba, rumah siapa lebih besar macam dalam drama TV3. Bila bersara nanti lutut sakit juga nak jaga rumah istana.

4. Tak perlu berlumba, beli gelang sampai kesiku lengan. Belajar buat simpanan dan pelaburan, ia lebih menenangkan.

5. Tak perlu berlumba, baju siapa ketat sampai nampak dada. Janji sihat wajah ceria.

6. Tak perlu berlumba, rebut hati suami orang. Lelaki macam sekacak Pattah Amin masih banyak dijalanan.

7. Tak perlu berlumba, siapa lebih kaya dan gaya dari kita. Kerana ramai yang bergaya duit tak ada.

8. Tak perlu berlumba, makan di kedai hipster dan upload gambar di insta. Lebih penting baca doa sebelum makan.

9. Tak perlu berlumba dapat gelaran doktor dan dato' tapi tujuan untuk berniaga.

10. Tak perlu berlumba pakai bulu mata macam che ta. Itu palsu dan tipu calon suami namanya.

Berlumbalah untuk berjaya bukannya berlagak kaya tapi hidup papa.

Azizul Azli Ahmad

#HidupAdalahPilihanKita
#ShareJikaBermanfaat
#tabungdirisimpanutkmasadepan
#TabungDiri

REWARD DIRI LAH DULU!

"Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Pak Abu .

"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung.

Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja.

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga.

4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri

9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.

Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.

Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus iklas

Jika ada cadangan, saya sangat raikan.

Azizul Azli Ahmad

#Raikan Diri Secara Berhikmah dan Bijak
#ShareJer
#TabungDiri

1. Orang Biasa percaya bahawa kekayaan akan menyebabkan rumah tangga tidak harmoni.

Orang Kaya percaya bahawa kemiskinanlah penyebab utama rumah tangga tidak bahagia.

2. Orang Biasa percaya wang menciptakan rasuah.

Orang kaya percaya, perasaan tamak yang terjadinya rasuah.

3. Orang Biasa beranggapan, orang kaya tidak beradap, rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Orang kaya percaya, semakin banyak kebaikkan kita semakin jadi kaya

4. Orang Biasa mengajar anak mereka agar bahagia dengan apa yang mereka miliki.

Orang kaya ajar anak mereka untuk mengejar impian yang mereka impiankan.

5. Orang biasa percaya, kita harus menunggu bantuan kerajaan.

Orang kaya percaya, kita harus bantu diri kita sendiri untuk berjaya.

Dalam buku Otak Power saya bahaskan tentang cara dan perbezaan berfikir, yang menjadikan kita semakin jauh dengan kejayaan dan kekayaan.

Ada perbezaan yang menjadikan golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin kekal miskin.

-Azizul Azli Ahmad-
#TabungDiri

REWARD DIRI LAH DULU!

"Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq .

"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung itiknya.

Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja. Ini lebih bernilai

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja. Simpan satu bar gold sebagai kenangan gaji pertama.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga kebajikannya.

4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji. Baru puas lihat simpanan semua.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain. Semakin banyak berjalan, semakin kita berkembang.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan.

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu. Balut plastik dan bacalah kandungannya.

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri

9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.

Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.

Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus iklas

Jika ada cadangan, saya sangat raikan.

Azizul Azli Ahmad

#Raikan Diri Secara Berhikmah dan Bijak
#ShareJer
#TabungDiri

DIAM DIAM.

Bila ada duit banyak,duduk diam diam. Jangan ceritakan pada orang dengan tukar kereta baru atau kahwin lagi satu.

Bila sukakan seseorang, jangan duduk diam diam. Sampaikan hasrat hati dan jangan malu malu.

Bila beribadah, tunaikah haji, umrah dan bersedekah. Lakukan diam diam, jangan ceritakan pada semua orang.

Bila gaji kita kecil, jangan duduk diam diam. Lakukam sesuatu agar gaji besar atau jana pendapatan baru.

Kawan kawan,

Hidup ini adakalanya perlu diam, adakalanya jangan diam diam.

Lebih baik diam dan kelihatan bodoh daripada banyak bicara dan bodohnya lebih kelihatan.

Di mana tidak ada harapan, di situ tidak ada usaha keras.

Azizul Azli Ahmad
Duduk Diam
#TabungDiri

SENI DALAM BERSEDEKAH

Seorang lelaki tua dengan baju yang lusuh masuk kedalam sebuah kedai yang mewah. Dari bajunya kelihatan lelaki ini seorang yang susah.

Para pengunjung kedai tersebut majoritinya orang berada dan kaya kelihatannya.

Mereka semua melihat dengan pandangan yang pelik terhadap lelaki ini. Tetapi tidak oleh pemilik kedai tersebut.

โ€œMahu beli apa pakcik?โ€ Sapa pemilik kedai dengan ramahnya.

โ€œSaya mahu membeli selimut untuk anak dan isteri saya . Tapiโ€ฆ..โ€ Jawabnya ragu ragu.

โ€œTapi kenapa Pakcik?โ€

โ€œSaya hanya ada wang 100 riyal sahaja, apakah cukup untuk membeli 6 helai selimut ini?โ€

โ€œTak perlu yang bagus dan berkualiti, cukup hanya untuk melindungi tubuh mereka dari cuaca dingin yang datang ini,โ€ Ucap pakcik ini dengan jelas .

โ€œOh, sudah tentu cukup pakcik. Kami ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya Cuma 20 riyal sahaja, jika pakcik beli 5 akan dapat percuma satu helai sebagai hadiahโ€. Jawab anak muda ini dengan ceria.

Lega,

Dia memberikan 100 riyal, lalu membawa pulang selimut yang dibeli buat keluarganya.

Perbuatan ini diperhatikan oleh teman pemilik kedai tersebut. โ€œTak salah ya, bukan semalam selimut ini dijual pada kualiti yang paling bagus dengan harga 450 riyal?โ€ soal temannya.

โ€œSekarang kau jual pada lelaki itu pada harga 20 riyal sahaja?โ€ soalnya heran

โ€œBenar, memang harga jualan adalah 450 riyal semalam. Tetapi semalam aku berdangan dengan manusia. Hari ini aku berdagang dengan Allah,โ€ Jelas pemuda ini dengan tenang pada sahabatnya.

โ€œDemi Allah! Sesungguhnya aku tidak memerlukan wang sedikitpunโ€.

โ€œTetapi agar aku menjaga harga diri lelaki tua itu dan agar dia tidak seolah menerima sedekah dariku sehingga membuat dia merasa malu untuk kesini lagi bila perlu,โ€sambungnya.

Menghela nafas sejenak, sambung pemuda ini lagi.

โ€œDemi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim sejuk yang bakal datang sebentar lagi.โ€

โ€œDan aku pun berharap Allah menghindariku dan keluargaku dari panasnya api nerakaโ€.

Kawan kawan yang mulia,

Sesungguhnya diperlukan hikmah dan seni dalam beramal serta bersedekah agar tidak membuatkan orang rasa terhina, malu dan rasa rendah diri dengan kemampuannya.

Jangan ditanya mengapa dia miskin dan susah, itu hikmah antara dia dengan Tuhannya masa dia muda.

Azizul Azli Ahmad
Pernah silap masa muda juga

Olah Cerita asal Ukhty Lei
#TabungDiri

"Barang sekarang semua mahal bro, mana ada yang murah".

Memang benar, barang semakin tinggi harganya sekarang ini.

Selain harga barang mahal, tanpa kita sedar gaya hidup kita juga semakin mahal sebenarnya.

Kita masih lagi 'cuba cuba' beli kopi yang harga RM18 secawan sedangkan ada saja kopi yang RM2.80 secawan.

"Reward diri bro, kerja susah susah kenalah hadiahkan diri seminggu sekali".

"Duit banyak bukan boleh bawa mati"

"Jangan kedekut sangatlah hidup ini"

Kawan kawan,

Ada banyak cara reward diri yang baik dan tambah harta yang kita ada. Bukan kurangkan apa yang ada.

Nilai kembali gaya hidup kita, kita jadi tidak kaya sebab barang mahal atau kita memang sukakan barang mahal mahal?

Gegadis memang suka jual mahal, mereka nak tengok mahal tak usaha kita menawan hati mereka. Gittew ๐Ÿ˜Ž

Azizul Azli Ahmad
Jangan Menang Gaya Tetapi Hidup Papa Kedana
#TabungDiri

1. Kehidupan ini tidak adil, tetapi masih bagus untuk kita terus hidup.

2. Bila silap, akui dan jalan terus dengan berubah.

3. Hidup ini terlalu singkat untuk kita benci orang lain.

4. Jangan terlalu serius dalam semua hal kehidupan. Nikmati hidup ini.

5. Tidak perlu menang semua perbahasan, setuju untuk tidak bersetuju pun tak mengapa.

6. Bayar tiap bulan hutang kad kredit yang kita buat. Kadar faedah sangat tinggi.

7. Menangislah dengan seseorang, ia lebih baik dari bersendirian.

8. Jangan terlalu salahkan kisah silam, ia akan sukarkan kita cipta masa depan.

9. Simpanlah untuk persaraan dan mulakan dari hari ini . Jangan bertangguh lagi.

10. Hadiahkan diri dengan coklat, ia tidak pernah mengecewakan.

11. Biarkan anak lihat kita menangis, tidak mengapa.

12. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain, kita ada jalan tersendiri.

13. Buat persiapan untuk hidup, dan nikmati dengan tenang apa sahaja yang datang.

14. Seburuk mana pun sesuatu situasi, ia akan berlalu pergi.

15. Pekerjaan tidak menjaga kita waktu kita sakit, tetapi keluarga tetap bersama. Hargai mereka.

16. Percaya pada keajaiban

17. Tiada siapa boleh bahagiakan kita kecuali kita.

18. Jangan takut berubah, pakai saja baju oren kepasaraya atau kesurau.

19. Organ paling penting adalah otak bukan duit!

20. Apa fikiran orang tentang kita, bukan urusan kita. Pedulikan!

21. Jangan sebok nak mengubah dunia, ubah diri sendiri.

22. Berjalanlah, ada keajaiban dimana mana setiap hari.

Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua sahabat FB Abah Qilah

Azizul Azli Ahmad
Lelaki Ensem Abad Ini ๐Ÿ˜†
#TabungDiri

"Saya nak pakai kereta macam orang lain juga bang"

"Gaji RM1200 nie kalau pakai kereta memang tenat la, duit untuk mak tak ade, menumpang dengan mak ayah sahaja jadinya nanti. Paling sedih kita tak akan ada simpanan"

"Dah gaji kecil bang, memanglah tak boleh menyimpan"

"Jika gaji RM1200 x 12 x 5 tahun kerja, adik ada pendapatan RM72,000. Jika 10% iaitu RM7200 pun tak boleh simpan, menyesal pun tak guna dik!"

"Mana cukup nak menyimpan?"

"Hidup ini, kita yang cukupkan bukan nanti orang cukupkan buat kita. Gaji RM5000 pun tak cukup jika tak bijak merancang dik"

"Sembang boleh la bang"

Kawan kawan,

Hidup kalau tak merancang, memang akan kekal selamanya kita terperangkap dalam 'Rat Race' sahaja. Pergi kerja dan balik kerja tapi tiada simpanan.

Belajar sikit bab menyimpan untuk masa depan.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

KEKAYAAN MASA

Mari kita renungkan sejenak.

1. Kita bekerja keras untuk ciptakan duit, agar kita ada 'masa untuk bercuti' bersama keluarga. Hasilkan duit untuk mencipta 'masa'

2. Tuhan berikan kita modal masa 24/7 untuk mulakan hidup agar dapat mencipta wang dan aset dari modal masa yang kita ada.

3. Sewaktu muda dan sihat, manfaatkan masa yang ada untuk mencipta wang dan aset agar kita ada 'masa untuk tua'.

4. Orang yang tak pedulikan masa zaman mudanya, akan kehilangan 'masa' untuk zaman tuanya.

5. Duit yang banyak, belum tentu menjadikan kita 'kaya masa'. Nak bercuti susah, nak kemana sebok kerja, tak ada masa buat keluarga, makan bersama keluarga juga susah. Kita belum kaya walaupun banyak duit.

6. Penghantar makanan sanggup melanggar lampu merah, hanya untuk mengejar masa demi imbalan duit. Nyawa pertaruhan mereka.

7. Orang terpaksa bekerja keras, menghasilkan banyak duit, duit bekerja buat mereka. Hanya untuk 'menciptakan masa' buat kita.

8. Selagi kita tidak beli aset, kita akan kekal bekerja untuk menghasilkan wang. Kita akan kekal kehilangan 'masa lapang'.

9. Selagi kita tak belajar bagaimana 'wang boleh menghasilkan wang', kita perlukan 'masa' untuk kekal bekerja dan hasilkan wang untuk hidup.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

7 TANDA KITA SELF SABOTAGE DIRI SELAMA INI

"Sebenarnya bang, saya dah tahu dia ambil ganja dulu. Tapi dah sayang bang, mana nak dapat lelaki mata layu macam Sehun EXO sekarang bang. Padan muka saya sekarang" . Kata Musalmah Barahom peminat Kpop tegar Kampung Pisang Sebatang.

"Rumah bapak saya dulu dah pernah kena simbah dengan cat merah nie bang, tapi saya saja cuba pinjam juga dengan Ah Long nie kot kot dia tak jumpa alamat rumah saya. Rupanya diorang lagi cekap." Cerita Rostam Janjori Parjo bila rumahnya penuh cat merah yang dia ingat sirap bandung.

"Saya tahu dah dia tak ada kerja, tapi saya ingat dia berubah la bila kami kahwin nanti. nie anak dah 32 orang bang. Sama jugak, tiap hari saya balik kerja, rokok dia semua saya beli, dia simpuh lipat kain berkemban sidai baju saya. Malu saya bang, dia suami ker saya suami sebenarnya?" Kata Rosmah Kristina Juliana Buniana jururawat Hospital Taiping.

Kawan kawan,

Ada kala kita dah tahu dan boleh agak apa yang akan terjadi, tapi kita saja juga cuba cuba kot kot nasib kita baik.

Hidup yang tidak pernah dipertaruhkan, tiada apa yang akan dimenangkan

Akhirnya menarana.

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
Menabunglah Demi Masa depan
Besar mana 50 Gram Gold Bar?

Besar mana 100 Gram Gold Bar?

Sama-sama kita berdoa, semoga suatu hari nanti kita dapat genggam kedua ASET ini dalam tangan sendiri.

Amin Amin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป

TAPI;

Jika 1 Gram pun kita masih berkira-kira nak menabung untuk diri sendiri, 20 Gram pertama pun kita takkan berjaya genggam sahabat.

#tabungdiri
#diversify