Nota Emas Hilyati πŸ“
6.72K subscribers
26.8K photos
1.2K videos
2 files
8.35K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
*HARGA EMAS 999 1 GRAM ACC GAP (NOVEMBER 2022)*

01/11/22 = RM269/gram ⬇️(-RM1)
02/11/22 = RM269/gram ↔️
03/11/22 = RM270/gram ⬆️ + RM1
04/11/22 = RM267/gram ⬇️ (-RM3)
05/11/22 = RM274/gram ⬆️ +RM7
06/11/22 = RM276/gram ⬆️ +RM2
07/11/22 = RM276/gram ↔️
08/11/22 = RM277/gram ⬆️ +RM1
09/11/22 = RM283/gram ⬆️ +RM6
10/11/22 = RM282/gram ⬇️ (-RM1)
11/11/22 = RM289/gram ⬆️ +RM6
12/11/22 = RM283/gram ⬇️ (-RM6)
13/11/22 = RM285/gram ⬆️ +RM2
14/11/22 = RM285/gram ↔️
15/11/22 = RM284/gram ⬇️ -RM1
16/11/22 = RM280/gram ⬇️ -RM4

Alhamdulillah harga turun RM4 hari ini 😍

Terendah 2022 - RM260
Tertinggi 2022 - RM301

Daftar percuma akaun emas Public Gold:
https://publicgold.me/NurHilyati
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
Wahai diri,
Rugilah seorang yang tahu dia memiliki masa 24jam tapi tidak diuruskan dan diisi dengan perkara yang baik.
Jaga diri, Didik hati

GAP RM 280/g
SAP RM 384/100g
Kalau tahun 1998 seketul ni cukup untuk kos haji bagi 1 orang, tahun ni seketul yang sama boleh cover untuk 5 atau 6 orang. 

Jadi, simpan emas dari sekarang. Mana tau 20 tahun lagi emas yang kita kumpul sekarang boleh guna untuk kos haji kita 1 family.

Itu beza simpan duit dengan simpan emas.

Mulakan sekarang 😊
Jom daftar free

https://publicgold.me/NurHilyati
1. Melabur dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) itu bagus. Meminjam wang untuk Melabur dalam ASB itu TAK bagus!

2. But ofkoz, mesti ada individu yang tak bersetuju dengan saya. And that is fine.

3. Bila kadar faedah naik 5%, 7% atau 10% nanti, baru mereka percaya!
Dan cara yang terbaik untuk elakkan kita terguna duit tersebut ialah simpankan sebahagian dalam bentuk emas!
https://vt.tiktok.com/ZSRKLakQS/

Korang rasa cukup ke minimum target savings yg dinyatakan ini?

Tepuk dada tanya diri. Jika tak capai lagi:

Semak lifestyle βœ…οΈ
Tengok semula savings ratio setiap bulan βœ…οΈ
Kira kembali segala komitmen bulanan βœ…οΈ
Eliminate atau reduce mana yang tidak perlu βœ…οΈ

Boleh tak boleh?
Pasti boleh!
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Cara pantas nak tambah savings:
1. Wujudkan tabung warna - duit RM1, RM5, RM10, RM20
2. Simpan emas min RM100 dalam akaun GAP
3. Jangan takut bersedekah walau RM1 sehari (seeloknya sedekah selepas Subuh)

- kak Yati yang tidak ada Astro dan Netflix ! πŸ˜„
Simpan Duit vs Simpan Emas.

Semua orang tahu barang sentiasa naik harga. Semakin hari semakin naik. Dulu nasi lemak 50 sen ada di mana-mana. Sekarang dah mencecah RM 1.50. Nasi, ikan bilis dan telur tak berubah! Ini namanya inflasi.

Kadang bila dibuat perbandingan harga dulu dan harga sekarang kita rasa takut. Kena mula berjimat cermat dan fokus menabung pula. Soalnya apakah formula simpanan paling baik?

Duit kertas kurang sesuai disimpan untuk jangka panjang kerana ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja. Bahkan memang duit itu dicipta untuk tujuan itu. Untuk dihabiskan.

Untuk tujuan simpanan aset, semestinya anda tukar kepada emas. Kenapa begitu?

Contohnya wang sebabyak RM100,000 pada hari ini tak mampu membeli barang yang sama pada 10 tahun akan datang. Bukan kerana saiz atau kualiti berubah tapi kerana kuasa beli pada wang kita semakin susut dimamah inflasi.

Kalau anda nak simpan duit kertas, simpanlah dalam jumlah yang hanya cukup-cukup untuk digunakan dalam masa terdekat sahaja. (Untuk kegunaan harian/bulanan). Jangan lupa wujudkan dana cemas berjumlah 3 bulan gaji.

Selebihnya, tukarkan kepada bentuk aset fizikal yang mampu memegang nilai seperti emas, perak, ataupun hartanah.

Menurut teori 1 dinar 1 ekor kambing, barang bernilai 1 gram emas hari ini juga akan mampu dibeli dengan gram emas yang sama pada 10 tahun akan datang.

Penyimpan emas tidak risau barang naik atau currency duit RM jatuh kerana kekayaan mereka dilindungi emas. Jadi emas adalah simpanan yang sangat sesuai untuk simpanan jangka panjang. Begitulah hebatnya emas

Kredit Tn Azlan

* Untuk info lanjut berkenaan dengan tabungan emas boleh klik di sini:

https://publicgold.me/NurHilyati
Emas sebagai Dana Kecemasan βœ…
Emas untuk short term ❌

‼️ Tahun 2013 saya beli 100 gram emas sebagai dana kecemasan (3 bulan gaji). Harga 100 gram masa itu adalah RM14,598.

Waktu itu gaji RM5,000 sebulan. Beli dan simpan sehingga ke hari ini.

Hari ini 100 gram yang sama dah naik harga kepada RM28,530 (11/11/2022). Nilai emas #NAIK sebanyak 100% dari jumlah asal!

Sebab itu majoriti klien emas saya, matlamat mereka simpan emas adalah untuk jangka masa panjang. Misalnya dana kecemasan, dana pendidikan anak-anak, dana pencen.

Jom kira jumlah 3 bulan gaji anda hari ini. Dan tukarkan kepada gram emas. Dari situ dapat tengok bersamaan dengan berapa gram.

Hafizul Hakim
Mula simpan emas sejak 2009
Ada satu cerita menarik saya nak kongsi dengan anda.

Saya ada sorang customer yang sudah berusia.

Dia seorang peniaga pasar malam dan kerjanya menjual aksesori handphone. Walaupun dia sudah berusia, namun dia berminat untuk menyimpan emas.

Apa sebabnya?

Sebab dia cakap kat saya, sewaktu dia muda-muda dahulu harga emas dibawah RM50 segram.

Sekarang dia sedar bahawa harga emas meningkat sikit-sikit dan dah mencecah RM280 segram.

Lepas tu dia bagitau kat saya yang dia nak alihkan sebahagian dari keuntungan berniaga pasar malam kepada emas.

Katanya β€œSaya cuma mampu untuk simpan dalam RM600++ sebulan En. Syukor. Jadi apa yang sesuai untuk saya?”

Saya cadangkan untuk dia beli 5 Dinar emas secara Syariah EPP kat Public Gold. Saya cakap ini akan menjadi SIMPANAN PAKSA untuk dia.

Dia setuju. πŸ˜„ yes!!

Jadi mula bulan 3, beliau dengan konsisten alihkan RM625 keuntungan bisnes pasar malam ke dalam bentuk emas.

Setiap bulan, bila dia buat payment maka dia akan whatsapp saya. β€œSaya dah bayar untuk bulan nie En. Syukor” cakapnya.

Beliau konsisten.

Sepatutnya bulan 12 baru beliau habis bayar, namun kerana teruja, hari ini beliau dah buat bayaran terakhir. Jadi terawal bayar 1 bulan. Yay! πŸ˜„

Kemudian saya ajar beliau untuk buat GIT (Gold in transit dimana Public Gold akan courierkan emas nie ke alamat beliau dengan 100% insurans πŸ˜„

Apa yang kita boleh belajar dari kes beliau?

1. Kalau matlamat simpan emas jelas, maka semua usia boleh simpan emas. Tak semestinya orang muda tak boleh simpan emas. Tak semestinya orang dah berusia tak boleh simpan emas. Bila matlamat jelas, semua orang boleh simpan emas.

Sebagai contoh, orang muda mungkin simpan sebab dia nak kumpul dana untuk downpayment rumah atau pergi umrah.

2. Emas perlu dilihat sebagai simpanan jangka panjang. Slow tapi grow.

3. Ada orang, dia perlu perlu buat simpanan paksa. Kalau tak paksa mungkin dia takkan dapat simpan apa-apa di hujung tahun.

4. Simpan emas fizikal. Perasaan seronok bila dapat emas fizikal tu, dia lain macam sket πŸ€—

5. Kenapa nak simpan harta dalam bentuk emas? Sebab emas tak cair, sebab itu kekayaan senang lekat kat anda. Kalau duit nie, dia sangat cair. Berapa lama duit boleh tahan?

#NotaEmasSyukorHashim
Wajib ada 7 tabung ini sebelum umur 30 tahun!

1. Tabung Kecemasan
Simpanan 6-12 bulan gaji kita

2. Tabung Takaful
Asing 10% untuk simpanan perlindungan (hibah & medical card)

3. Tabung Melabur
Simpan duit seperti di ASB, Emas, Saham, Hartanah dan lain-lain

4. Tabung Daftar Haji
Daftar akaun Tabung Haji RM1,300 untuk dapatkan giliran menunaikan Haji

5. Tabung Deposit Rumah
Sediakan modal sebanyak 15% untuk duit deposit rumah, stamping fee, lawyer fee, etc

6. Tabung Persaraan
Ada retirement plan seperti duit simpanan dalam KWSP, PRS, dan lain-lain

7. Tabung Saham Akhirat
Sedekah yang boleh beri pahala berterusan iaitu amalan berwakaf

Jom usaha sama-sama yer!

- Hilyati -