Nota Emas Hilyati πŸ“
6.83K subscribers
27.9K photos
1.27K videos
2 files
8.56K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
KEKAYAAN ADALAH TENTANG PROSES MEMBINA DIRI.

bila saya baca berita sebegini saya merasa amat sedih. Bukan senang nak kumpul wang hingga beratus ribu. Lebih menyedihkan jika ianya duit pencen. Kerja 40 tahun tapi habis begitu saja. Atau mungkin duit pinjaman bank untuk melabur. Duit habis kena tipu, tetapi masih kena bayar bank bertahun tahun.

Sebab tu saya tak galakkan melabur dengan duit pinjaman. Jika anda nak melabur tetapi terpaksa meminjam, itu bermakna anda belum mampu dan bersedia lagi. Lebih baik fokus pada simpanan. Sebab simpan confirm tak rugi. Kalau melabur untung belum confirm. Rugi sudah pasti jika tidak ada ilmu.

Sejak dari dulu saya amat tekankan tentang ilmu. Malah mentor dan guru saya sering pesan agar melabur pada diri sendiri dengan hadir majlis ilmu dan tambah ilmu dengan membaca dan berguru dengan mereka yang pakar. Jika anda tak sanggup keluar duit untuk belajar, maka jangan melabur.

Ada orang menang loteri jutaan ringgit kembali miskin setelah beberapa tahun. Ada bisnesman bankrupt kembali kaya raya setelah beberapa tahun. Semuanya adalah kerana ilmu di dalam dada yang telah dibina beberapa tahun. Membina diri mengambil masa, mindset mereka amat berbeza dan hebat.

Contoh macam kes dibawah. Cryptocurrency sebenarnya amat menguntungkan jika anda tahu dan ada ilmu. Malah kenaikannya lebih tinggi dari emas. Tetapi hakikatnya ramai yang rugi ratusan ribu ringgit melabur dalam mata wang kripto. Kerana tidak ada ilmu dan nak cepat kaya, Akhirnya mereka terlibat dengan skim cepat kaya.

Sama juga dengan pelaburan emas. Emas telah naik lebih 600% dalam tempoh 20 tahun dan secara purata memberi pulangan 11% setiap tahun, lebih tinggi dari ASB. Tetapi ramai yang rugi simpan emas kerana mereka tak mahu ambil tahu dan hanya tahu nak untung. Tak mahu tambah ilmu, Kemudian mereka salahkan emas bila rugi.

"LEBIH BAIK RUGI TAK MELABUR DARIPADA RUGI KERANA MELABUR"

Ini prinsip saya sejak dulu lagi. Sejak 2010 saya selalu tengok berita seperti dibawah. Saya percaya akan ada lagi berita seperti ini pada masa akan datang. Saya harap ianya bukan anda atau keluarga anda. Sebab tu kita kena saling mengingatkan. Rugi 3 ribu pun dah cukup banyak bagi saya. Zaman sekarang ni banyak pihak suka ambil kesempatan. Jadi kita kena berfikir dengan bijak dan waras. Setuju?

Jika anda kurang ilmu tentang pelaburan emas, cara terbaik adalah simpan emas. Nenek dan mak kita tak pernah rugi simpan emas. Cuma saya boleh beritahu lagi banyak ilmu anda tentang sesuatu pelaburan, lagi rendah risiko untuk rugi dan lagi tinggi potensi untuk untung. Sama saja untuk pelaburan hartanah, emas dan matawang kripto, saham dll.

Tambah ilmu, cari guru untuk guide anda.Jika anda perlukan bimbingan untuk mulakan simpanan emas boleh whatsapp saya. Saya guide A-Z cara yang betul untuk mulakan simpanan emas ❀️

https://publicgold.me/NurHilyati

Kredit:
Adam Fahmi Ghazali
September 20, 2022
September 20, 2022
September 20, 2022
September 20, 2022
Perkongsian seorang gold saver di bawah bimbingan saya.

Berhati2 dengan nama yang disebutkan itu. Sayang jika kita mudah terpedaya dengan untung bulan dan bintang, hilang ribu, puluh ribu malahan ratusan ribu duit hasil kerja berpuluh-puluh tahun begitu sahaja.

There's no easy money in this world kawan-kawan. Semua perlu usaha. Hatta jutawan pun perlu berusaha untuk mengekalkan kekayaan mereka dan tidak hanya duduk bergoyang kaki tanpa membuat apa-apa 😊
September 20, 2022
September 20, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
September 21, 2022
Duit semakin hari makin susut nilainya akibat inflasi.

Sekarang adalah masa terbaik untuk mengalihkan sebahagian drpd simpanan kita kepada pelaburan emas kerana nilai emas yang sentiasa stabil zaman berzamanπŸ’ͺ😍
September 21, 2022