Nota Emas Hilyati πŸ“
6.82K subscribers
27.7K photos
1.24K videos
2 files
8.51K links
Hi saya Hilyati, Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang sudah membimbing lebih 14,500 empire penyimpan emas di M'sia & luar negara.

Nak simpan emas serendah RM100 klik πŸ‘‡
https://publicgold.me/NurHilyati
https://bit.ly/WasapNurHilyati
Download Telegram
Hartanah ada kos lepas milikan iaitu maintenance bulanan , tahunan dan kecemasan.

Bulanan seperti bil-bil utilities , tahunan seperti cukai tanah, cukai taksiran dan pembentung , kecemasan seperti hal tidak jangka contoh paip sumbat, ganti mentol , retak , anai-anai dan lain2.

Emas tiada kos seperti rumah . Beli , miliki dan peram saja sebagai aset . Tak perlu keluar belanja untuk maintenance emas .

Cuma emas ada risiko dicuri , hilang atau salah letak . Jadi anda boleh belanja beberapa ratus sewa safe deposit box atau simpan percuma dalam akaun emas GAP Public Gold je .

Bila nak guna , boleh terus jual atau rahnu terus boleh dapat tunai. Mudah . πŸ˜€
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
Wahai diri
Orang yang menghubungkan Silaturrahim akan dipanjangkan usianya dan diluaskan rezekinya- alHadis
Baiki diri, baiki hati

GAP RM 282/g
SAP RM 399/100g
He he , harga emas untuk jangka panjang akan naik lagi. Harga tinggi sekarang akan rendah untuk beberapa tahun ke depan. Kini saatnya kita membeli emas secara borong.
Tahun lalu, harga terendah RM240/gram. Tahun ini harga tertinggi RM301/gram.

Hari ini RM282/gram. Jadi hari ni kira murah ke mahal? Ramai sgt yg tanya ni.

Emas tidak pernah murah jika kita belum mulai sekarang.

Mari belajar menabung emas sekarang! Sebab harga RM282 hari ini bakal menjadi sejarah utk tahun depan dan the next few years akan datang. Masa tu kita akan ckp murahnya harga RM282 ni, silap tak start awal!

Nak mula menyimpan emas klik sini, daftar Percuma πŸ‘‡

https://publicgold.me/NurHilyati
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Harga pertama anda adalah benchmark untuk harga2 akan datang.

Harga benchmark saya adalah RM136/gram pada tahun 2010. Harga tertinggi saya pernah beli RM291/gram pada Mac 2022.
Walaupun tinggi, tapi saya tetap beli sbb fokus saya adalah long term ❀️
Konsep simpanan emas di Public Gold ni mudah.

Kalau tak yakin simpan di rumah, boleh simpan dalam akaun GAP (Gold Accumulation Program). Beli emas dalam nilai gram, simpan sahaja dalam akaun tanpa sebarang caj tambahan tak kira berapa lama atau berapa banyak.

Kalau tak yakin dengan simpanan emas yang dipegang oleh pihak Public Gold, boleh buat belian terus (outright purchase) dan kita simpan sendiri di rumah. Atau masih kumpul dalam akaun emas sedikit demi sedikit, bila cukup gram yang kita nak misalnya 10 gram atau 1 dinar, keluarkan dalam bentuk fizikal dan simpan sendiri.

Ataupun kalau emas kita dah berkilo di rumah, risau juga kan?
Nak simpan dalam akaun GAP pun risau juga. Kalau dua-dua perkara ini buat anda tak tidur lena, boleh simpan emas di Safe Deposit di Bank, simpan dalam peti besi. Atau kalau tak yakin juga, boleh sewa mana-mana peti simpanan di bank berhampiran anda.

Pilih simpanan bagaimana yang boleh buatkan anda tidur lena. Apa yang lebih penting adalah memulakan simpanan emas. Sikit atau banyak tak penting, yang penting ada.


Emas; Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.
5 Tips Mudah Simpan Emas

1 Gram 1 Bulan
.
πŸ“š Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan.
.
πŸ“šSetiap kali dapat gaji, terus beli 1 Gram Emas.
.
πŸ“šJangan tunggu harga terbaik, sebab kalau tunggu risiko DUIT BOCOR!
.
πŸ“šBeli Emas melalui kaedah Akaun Emas GAP.
.
πŸ“š Setelah cukup 6 gram atau 11 gram keluarkan gold bar sekeping dan simpan dalam dompet untuk dapatkan feeling simpan EMAS!

Semoga bermanfaat πŸ’ͺ
Good news!

Public Gold HQ akan berpindah ke tempat baru iaitu Menara TRX di Jalan Tun Razak.

Yang masih ragu2 tentang credibility syarikat Public Gold, boleh jer google di Internet sebab maklumat semua di hujung jari.

Profile PG dan milestones achieved boleh baca di sini:

https://publicgold.com.my/index.php?route=information/information&information_id=118
[ WAKTU TERBAIK BELI EMAS ]

Waktu terbaik untuk mulakan simpanan emas adalah ketika kita ADA DUIT. Tidak kira harga emas berapa sekali pun, bila kita DAPAT GAJI dan ada duit lebihan, cepat-cepat tukarkan duit jadi emas. Jangan bertangguh untuk memulakan simpanan emas. Bila kita asyik menunggu harga emas rendah untuk mulakan simpanan, boleh jadi kita tidak akan menyimpan emas kerana semasa harga emas rendah, mungkin kita kehabisan duit.

Belian emas pertama adalah β€˜benchmark’ untuk kita tahu harga emas naik atau turun. Jom kita bertindak dan KONSISTEN simpan emas! πŸ’ͺ🏻😊
EMAS SEKADAR ALAT

Selain dianggap sebagai alat pelaburan, beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.

Sebetulnya, emas adalah alat yang mempunyai pelbagai fungsi yg boleh di sesuaikan mengikut keadaan.

Saya senaraikan antara kegunaannya dibawah ini:

βœ… Simpanan.

βœ… Aset.

βœ… Harta.

βœ… Alat pengikat nilai.

βœ… Insuran.

βœ… Pengekal kuasa beli.

βœ… Modal pusingan.

βœ… Pengubah tabiat suka membazir.

βœ… Sumber zakat.

βœ… Maskahwin dan hantaran.

βœ… Back up belanja hangus.

βœ… Dana pendidikan percuma.

βœ… Belanja umrah, haji dan pelancongan.

βœ… Sila tambah sekiranya rasa sesuai ya.

Dan pelbagai lagi fungsi emas. Ia boleh disesuaikan dengan apa saja matlamat kewangan kita.

Sebab itu negara-negara besar menyimpan banyak emas. Ia adalah wang sebenar sejak turun temurun.
Antara kerisauan untuk mulakan simpanan emas, takut tak laku bila nak jual semula!

Jom baca perkongsian puan Hidayah berkenaan Buyback (jualan semula) emas kepada Public Gold

π——π—¨π—œπ—§ π—•π—¨π—¬π—•π—”π—–π—ž π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π——π—”π—₯𝗔𝗧 😍

Alhamdulillah biasanya jika buyback ambil masa 2 hari. Tapi kalini sehari je da masuk!

Terbaiklah PUBLIC GOLD !!

Semalam zohor request
Harini customer update dah selamat mendarat kat mulut rimau.

Kawan kawan !
Nilah bukti PUBLIC GOLD company trusted.

Anda boleh beli emas 1 kilogram bila bila masa.

Dan PUBLIC GOLD juga boleh beli semula 1 kilogram emas anda pada bila-bila masa. No worries !

Kredit; Puan Hidayah

Alhamdulillah jika anda tak tau bagaimana nak mulakan, jom saya guide πŸ˜‰

https://www.publicgold.me/NurHilyati
TIPS BELI KERETA

Sebenarnya ramai anak muda terjerat dgn hutang berlebihan akibat loan kereta.

Boleh follow tips ni yer;

1. Harga kereta = 12 bulan gaji
2. Loan kereta not more than 15% gaji

Kalau lebih?
Maknanya kita dah buat hutang di luar kemampuan sebenar!

Bergaya and orang puji kereta lawa tu sementara sahaja, tapi hutang kekal sampai 5-7 tahun. Lama tu poket kita merana. Takde siapa yg tahu.

Percaya tak ada orang balik kampung beraya sanggup sewa kereta besar untuk tunjuk kat saudara mara kita mampu pakai kereta besar?

Saya pun terkejut masa dgr cerita ni. Kisah benar yer! Diceritakan oleh pegawai AKPK masa dia datang beri talk di ofis saya tahun lepas. Ceramah sempena nak Raya...berbelanja secara berhemah di bulan Ramadhan.

Sometimes it doesn't make sense kan...sanggup buat hutang sewa kereta semata-mata nak show off kpd org kampung.

But that's reality. Such is life. Memang wujud orang begini.

Hidup biar sederhana asal tidak merana.

Always always live within our means ❀️

Hati tenang bila tiada hutang dan komitmen. Jiwa pun rasa peaceful jer. Kalau meninggal, tidak membebankan waris nk kena sambung bayar hutang.

Next time Insya Allah saya share cara nak cepat bebas hutang rumah. Stay tuned πŸ˜‰

Ikhlas berkongsi,
Hilyati
Jom kita buat kira kira 🌸

1kilo 2019 = RM190,000
1kilo 2022 = RM279,000
Perbezaan = RM89,000

Nilai RM89,000 bersamaan dengan 318gram.

Sikit kan? 😁

Hari ini harga satu gram RM283 ❀️

Hilyati
Master Dealer Public Gold

Nota : Kredit Gambar kepada pemilik asal