Info Emas | Mohd Suliman
234 subscribers
2.48K photos
415 videos
4 files
2.77K links
Hi saya Mohd Suliman Hafid, Star Master Dealer Public Gold. Saya aktif sejak 2012 hingga kini dan membimbing lebih 3000 pelabur emas dari S'pura, M'sia, Indonesia & Brunei DS.

Ingin tahu lebih lanjut klik bawah ini 👇
https://onegolddinar.net
Download Telegram
Gais,

Penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih 😃

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '𝒘𝒂'𝒂𝒅' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.

#NotaEmasSyukorHashim
Apa cerita emas hari ini? Jumaat 3/2/2023

Gais,

Malam nie harga emas jatuh banyak dan mendadak! Harga emas sekarang adalah USD1880 usd/Oz iaitu kejatuhan sebanyak 32.20 usd/Oz.

Apa sebabnya? Baik let me explain.

Hari ini adalah hari dimana Biro Statistik Pekerjaan mengeluarkan laporan pekerjaan NFP (Non Farm Payroll).

Laporan ini bertujuan mengukur kekuatan pasaran kerja negara US.

Laporan malam nie menunjukkan jumlah pekerjaan yang dicipta pada bulan lepas adalah 517,000 pekerjaan berbanding jangkaan 193,000 sahaja.

Perbezaan besar ini jelas menggambarkan keadaan pasaran kerja US adalah mengukuh, dan sekali gus menggambarkan pengukuhan ekonomi US.

Apabila ekonomi US sedang kuat, maka kebarangkalian untuk kadar faedah naik adalah tinggi menyebabkan permintaan terhadap emas berkurangan.

Asbab inilah, emas menghadapi tekanan jualan yang tinggi malam ini.

Sekian melaporkan, silakan share dengan rakan-rakan anda 😄

#NotaEmasSyukorHashim
Gais, ada 3 cara beli emas Public Gold.

1. Bayar dan ambil emas terus. Tengok harga kat website Public Gold lepas tu bayar. Yang ini kita panggil outright purchase.

2. Easy payment purchase 10x.
Kaedah ini membolehkan anda lock harga sekarang, lepas tu bayar dalam tempoh 10 bulan (tengok gambar).

Sebagai contoh, kalau harga 1 dinar RM1300++ maka setiap bulan anda bayar dalam RM131 macam tu. Lepas bayar dapat emas.

Kalau habis bayar awal, dapat awal. Yang nie bagus untuk orang yang berdisiplin.

3. GAP iaitu belian gram dalam akaun, lepas tu boleh keluarkan emas fizikal. Modal minima beli emas adalah RM100 ajer.

Sesuai untuk orang modal kecil dan tak nak terikat dengan komitmen bulanan.

Yang pasti, memiliki emas fizikal di Public Gold memang mudah gais.

#NotaEmasSyukorHashim
Hari Khamis ini 26/9/2024 saya akan buat fblive jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Mari kita lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan September 2024 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan ajak rakan-rakan anda juga.

Ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa khamis nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
23/9/2024
Malam ini Mentor saya akan buat fblive pada hari Jumaat ini, jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh/masa: Jumaat 24/1/25 jam 9.00 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Januari 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti!

#NotaEmasSyukorHashim