Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
*5 Sebab Kenapa Perlu Buat ASBF Sebelum Beli Rumah Pertama*
====================================
.
1. Latih diri untuk membayar komitmen yang besar tanpa culas.
Kalau asbf, korang tak bayar 2bulan berturut-turut, asbf korang akan automatically terbatal dan sijil asb korang akan dijual kembali pada pihak PNB.. tapi kalau korang tak bayar rumah 3bulan berturut-turut, rumah korang boleh disita dan dilelong malah korang juga boleh dikenakan tindakan insolvensi (bankruptcy). So bila dah terbiasa bayar asbf RM200k yang bersamaan RM1,100 sebulan.. InsyaAllah secara tak langsung dah latih diri korang untuk disiplin bayar ansuran bulanan rumah korang tu..
.

2. Kumpul modal down payment / deposit rumah.
Perlu ditegaskan asbf bukanlah medium skim cepat kaya ye.. ia hanya satu platform paling berkesan dan low risk untuk gandakan simpanan dalam tempoh yang singkat. Dengan asbf ni, korang boleh buat 'force saving' dan secara tak langsung dapat gandakan lagi simpanan korang untuk kumpul deposit rumah korang tu dalam masa yang singkat.. contoh korang nak kumpul RM30k buat deposit rumah.. dengan menyimpan RM500++ sebulan, malalui platform asbf hany perlu ambil masa 3tahun.. tapi kalau platform lain lebih dari 3tahun..
.

3. Serampang 2 mata.
Andai kata la kann.. korang gaji bersih RM1,800 sebulan.. lepas tolak expenses dan bagi pada parents, korang boleh menyimpan RM1,000 sebulan.. dengan duit simpanan tu korang nak buat simpanan kecemasan, simpanan kahwin dan deposit rumah dalam masa 3tahun.. So korang just perlu bahagikan pada 2bahagian.. RM550 untuk kumpul deposit rumah RM30k selama 3tahun dan RM450 simpan dalam tabung haji atau unit trust untuk kecemasan.. bab tabung kahwin jangan risau..nnti akan di ajar caranya nanti bila dah dapat capai RM30k deposit rumah tu..
.

4. Membina karektor CCRIS yang baik.
Ni ramai saya jumpa.. duit dah kumpul sejak zaman belajar.. dah cukup dah RM30k tu.. skali takde rekod ccris. Bila apply loan rumah samada kene reject atau interest rate jadi tinggi melampau.. setakat rekod ccris credit card tu, tak berapa nak membantu.. silap-silap boleh jadi bad ccris rekod kalau tak kene gaya guna credit card tu.. character scoring adalah satu perkiraan yang sangat subjektif.. ccris adalah salah satu faktor yang menyumbang pada character scoring ni..
.

5. Latih diri dengan tabiat 'Delay Gratification'
Dalam dunia ni.. tak semua perkara kita boleh dapat secara instant.. ada masanya kita perlu bersabar kerana itulah yang terbaik dalam mencapai sesuatu yang lebih baik.. sebagai contoh.. andai kata kereta bukan satu keperluan.. so better pakai motor atau naik public transport je.. so duit yang sepatutnya buat bayar kereta tu, kita 'delay' kan dan invest tempat lain dulu..

Nak Tahu Lebih Banyak Lagi Tips Pengurusan Kewangan, Klik Link Di Bawah:

▶️https://wa.me/601110090729?text=ASBF

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

https://t.me/MairaUmairah

#UmairahFazli
#ASBF
#day17
Asas Kefahaman ASB Financing
======================

ASB Financing boleh dilabur menggunakan #Cash atau pun loan (#Sijil).

Tetapi orang bijak dia takkan menggunakan cash, sebab bank telah menyediakan kemudahan loan untuk melabur di ASB. Ini lah dinamakan OPM (other people money). Bermaksud gunakan duit bank untuk melabur di ASB.
.
.

➡️ Konsep ASB Financing

Ada 3 watak penting:
Korang (peminjam asb loan)
Bank
PNB (asb)
.
.
••••••••••••••••••••••••
Hubungan Korang & Bank
••••••••••••••••••••••••

1. Korang apply loan dengan bank.

2. Nilai pinjaman tu bank akan beli sijil ASB. Sijil ASB tu atas nama korang.

3. Nilai sijil tu xkan dicatat di buku asb. Sebab ia sijil bukan cash. Hanya cash sahaja yang tercatat di buku ASB.

4. Sijil ASB tu bank akan pegang. (Dicagarkan)

5. Bila buat pembiayaan (pinjaman) dengan bank, akan ada profit rate (interest) dikenakan. Contoh 4.8%, 5.0% dan 5.2%.

6. Jangan rasa tinggi pulak rate asbf ni. Pahtu gi compare dengan rate gomen personal loan. Sebab kiraan interest asbf ni ikut #EffectiveRate sama macam home financing.

7. Dah korang meminjam duit dengan bank, jadi setiap bulan korang kena #Bayar kepada bank lah.

8. Ingat ! Korang pinjam duit dengan bank tapi duit tu bank gi beli sijil ASB. Maksudnya korang x dapat duit pun kat tangan !

9. Tapi bila korang terminate asb financing tu, bank akan jual sijil ASB tersebut. Dan duit hasil jualan tu akan ditolak dengan baki pinjaman korang.

10. Balance duit lebihan tu lah dinamakan #PRINCIPAL. Duit ni akan dikreditkan ke dalam akaun saving korang bila loan korang fully terminate.
.
••••••••••••••••••••••••••
Hubungan Korang & PNB (ASB)
•••••••••••••••••••••••••

1. Bank telah beli sijil ASB atas nama korang. Bermaksud akaun ASB korang ada pelaburan berjumlah 200k (contoh).

2. Jadi korang #Layak dapat Dividen dan Bonus pada bulan Januari setiap tahun. Duit ini akan dikreditkan ke dalam akaun ASB korang.

3. Kiraan dividen dan bonus ikut #Prorate. Walaupun sijil ASB korang dibeli pada bulan 2 atau bulan 7 atau bulan 11, dividen dan bonus asb tetap diberi pada Bulan Januari.

4. Dividen dan Bonus adalah milik penuh korang. Korang bebas gunakan duit ini untuk kegunaan apa sahaja.

5. Jangan timbul isu bank akan "curi atau ambil" duit dividen asb korang plak. Semua tu karut marut.

Ingin Penerangan lanjut/ Personal Coaching Gameplan ASB & Pelaburan Unit Amanah Dari Saya??

=============================={{{{
*ASB Financing tengah buat promo rate *3.85%* ni.
Bayaran murah gila..Rugi kalau tak mohon.

*Promo rate ni akan berakhir pada 30 Jun 2020.*
=========================================================
https://wa.me/601110090729?text=ASBF
.
.
Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#asbfinancing
#ASBF