Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
RUMAH UNTUK TINGGAL SENDIRI.
=================================

Bila target beli rumah untuk tinggal sendiri, pasti ramai diantara kita pasang azam nak langsai hutang rumah tu cepat-cepat.Sebab cepat langsai hutang, cepat sikit hati senang.

Cuma bila bab nak buat hutang tempoh pendek ni, kita kena lihat kemampuan kita.Kena buat kira-kira.Matlamat & perancangan masa depan kena ada.

Sebab tu tak hairan, ada sesetengah yang lebih rela buat personal loan untuk beli rumah secara cash saja.

Ada juga yang beli tanah.Selepas tu buat personal loan kali ke-2 untuk bina rumah pula.Nak settle hutang cepat-cepat katanya.

Bila kita ambil tempoh pinjaman yang singkat, ansuran bulanan rumah akan jadi lebih mahal.

Jangan habiskan peratusan yang besar dari gaji kasar kita semata-mata untuk bayaran ansuran rumah saja.

Gaji yang kita ada perlu sisihkan pada bahagian lain juga.Tabungan kecemasan, persaraan, perlindungan kesihatan, pendidkan & lain-lain lagi.

Biasanya saya cadangkan 30% sahaja daripada gaji kasar sebagai bayaran ansuran bulanan rumah kita.

Minimumkan pengeluaran tunai peribadi semasa pembelian rumah kediaman.

Jika boleh beli tanpa modal lebih bagus. Kita cuba “leverage” sepenuhnya atas kelebihan pembiayaan bank.

Wang simpanan yang ada, kita boleh simpan dan laburkan sebahagian untuk atasi kadar interest semasa rumah kita.

Beli rumah dibawah harga pasaran. Kita boleh dapatkan bantuan dari REN, pelbagai laman web lelongan atau dari penjual yang terdesak.

Kita tak tahu berapa lama kita akan rasa selesa & sesuai dengan rumah sekarang.

Sampai masa mungkin terpaksa upgrade ke rumah yang lebih besar bila ahli keluarga bertambah.

Cuba dapatkan rumah yang boleh berikan lebihan tunai andai sampai masa kita perlu pindah dan sewakan nanti.

Perhatikan juga samada kawasan rumah yang kita pilih punyai potensi “Capital Gain” yang lebih baik.

“ 90% menjadi jutawan di dunia ini melalui hartanah “ - Andrew Carnegie.

Beli rumah tak pernah salah cuma jangan kita cari masalah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 🤗🤗
🔰http://www.wasap.my/601110090729/nkrumah

IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

#UmairahFazli
#JualBeliHartanah
#Refinance
#ASPN
#jualbelirumah
cc #RoslinRaselip
#BijakBeliRumah
MASA TERBAIK BELI RUMAH?
================================

Bila mula bekerja dan sudah ada sumber pendapatan, fokus pada pembinaan simpanan & beli rumah dahulu.

Kebanyakan anak muda yang baru bekerja ni lebih suka beli kereta idaman berbanding cari rumah pelaburan.

Lebih parah lagi bila beli kereta & tidak sepadan dengan gaji menyebabkan DSR “rosak” pada usia muda.

Untung sebenarnya jika kita beli rumah masa muda.

Banyak kelebihan berbanding bila dah beli rumah masa usia lanjut.

.

▶️ 1. Tempoh pembiayaan lebih panjang.

Ini akan bantu kita dapatkan ansuran bulanan rumah lebih rendah.Jika beli rumah untuk pelaburan, risiko nak tanggung “bleeding” berlebihan dapat diminimakan.

▶️ 2. Jumlah pertambahan takaful dalam pembiayaan rumah lebih rendah.

Usia muda, risiko kehidupan juga rendah. Bank pun suka nak bagi pinjaman.

▶️ 3. Komitmen rendah, DSR masih cantik.

Masa baru kerja, risiko rendah untuk terjebak dengan masalah hutang kad kredit,pinjaman peribadi dan lain-lain hutang lagi.

Masa ini, bank lebih suka nak beri pinjaman kepada kita disebabkan peratusan kemampuan untuk kita bayar hutang lebih tinggi.

▶️ 4. Peluang dapat beli rumah dengan harga lebih rendah.

Jangan bertangguh dengan alasan tunggu naik gaji baru nak plan beli rumah. Makin kita menunggu, harga rumah semakin meningkat.

Saya dah jumpa ramai anak muda yang habiskan kenaikan gaji dengan sia-sia.Lebih kesian lagi, bila dah berkeluarga tapi menyewa.

Pesanan utama buat lelaki. Bila kahwin, pikul tanggungjawab sebaiknya.

Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab kita sediakan keperluan tempat tinggal buat keluarga kita.

Sekurang-kurangnya, jika berlaku apa-apa kepada yang mencari nafkah dalam keluarga, anak isteri masih punya tempat berteduh, tak perlu menyewa kesini -kesana.

▶️ 5. Mudah bina “holding power”.

Komitmen hutang masih rendah masa muda. Senang nak cipta simpanan paksa.

Bila pasang impian nak beli rumah, kita perlu juga sediakan modal secukupnya.Walaupun ada bank yang sediakan pembiayaan 100% untuk rumah kita, kita perlu ada tunai juga.

Bila masuk rumah, pasti ada renovasi atau perkara tak kena dimata kita. Jadi bila nak ubah suai ikut suka hati kita, pasti guna belanja.

▶️ 6. Jadikan kita lebih matang berbanding lain-lain rakan sebaya

Bila kita mampu beli rumah masa muda, pasti ramai rakann sebaya yang cemburu dengan kita.

Gunakan ilmu & pengalaman kita untuk beri kesedaran pada mereka yang miliki rumah tidak serumit yang disangka.

Betulkan mindset kita beli rumah hanya untuk orang berumur sahaja.

Abraham Lincold pernah berkata:

“ Kalau saya ada 6 jam untuk memotong pokok, saya akan gunakan 4 jam untuk mengasah kapak terlebih dahulu”.

Kerja yang susah & memenatkan akan jadi mudah bila kita mulakan sesuatu usaha dengan perancangan & ilmu.

Jom! Beli rumah masa muda.

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Asbf
#JomBeliRumah
#NakCariRumahCariSaya
cc #RoslinRaselip
#BijakBeliRumah