Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Bagaimana Peningkatan Limit akaun ASB Berlaku
=====================================

Semua sedia maklum bahawa limit Max ASB adalah 200K untuk akaun dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dan RM200k untuk Akaun Remaja ( 18 tahun dan ke bawah).

Bagaimanapon had limit ini akan meningkat setiap tahun berdasarkan dividend + bonus yg masuk ke dalam Akaun.

Contohnya anda baru membuka akaun mempunyai 100K dalam ASB samaada tunai ataupon sijil. Sekiranya total dividend + bonus adalah 6.75%, anda akan terima RM6,750 yg dikreditkan dalam Akaun anda. Maka limit baru anda sekarang akan menjadi 206750 berbanding limit asal 200000.

Katakan Kita mengeluarkan RM6750 tadi. Maka baki duit kita tinggal 100K. Tahun hadapannya ASB declare lagi Dividend + bonus, katakanlah 6.75% juga, anda akan terima lagi RM6,750 pada tahun tersebut. Maka limit baru anda adalah 206750 + 6750, maka limit baru Akaun ASB anda adalah 213500.

Jika Hari ini anda sudah ada RM300000, kiraan dividen adalah berdasarkan jumlah tersebut. Bukan hanya terhad kepada limit asal RM200000 sahaja.

Kesimpulannya, limit ASB Kita akan meningkat setiap tahun berdasarkan dividend + bonus yang diterima dan limit tersebut tidak akan berkurang semula walaupon kita keluarkan dividend tersebut. Jika Kita tidak keluarkan dividend dan biarkan ia compounding, maka lebih banyak dan pantas kenaikan limit kita berlaku. Jangan pelik bila anda tahu limit ASB cuma RM200000, tetapi Ada ramai yang touch jutaan ringgit.

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah


#UmairahFazli
#ASBF
#JomMulaSimpan