Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
RUMAH KITA DIMANA?

Bila kita buat keputusan untuk membeli sesebuah rumah, perhatikan juga lokasinya. Tak kira samada rumah tersebut kita beli sebagai kediaman kita atau bakal dijadikan rumah sewa.

Setiap pelabur hartanah punya pelbagai “permainan” hartanahnya.Ada yang beli kemudian terus dijual. Ada yang beli untuk disimpan dan ada yang beli untuk disewakan.

7 Ciri ni bukan sahaja bakal jadikan rumah kita nampak cantik bahkan mudah laris dan menjadi rebutan nanti.

1- Cari rumah lot tepi. Lebih bagus bila mengadap pemandangan yang cantik seperti taman permainan, tasik atau suasana yang mententeramkan.

Rumah jenis ini biasanya akan ada lebihan tanah yang mana sesuai bila kita bercadang nak besarkan rumah untuk tujuan pelaburan atau bila ahli keluarga dah bertambah nanti.

2- Kawasan yang selamat. Cuba buat survey kadar jenayah di kawasan runah idaman kita.Jika penghuni dikawasan itu katakan ok dah selamat, kita boleh pertimbangkan.

Jika nak masuk ke kawasan rumah idaman tersebut perlu melalui beberapa kawalan keselamatan, itu juga antara petanda kawasan tersebut berada dalam Zon Selamat.

3- Berdekatan Pusat Pelancongan. Bila dekat dengan kawasan pelancongan, mudah juga buat riadah keluarga.Bila dah dekat, kos riadah keluarga juga nanti jadi murah.

Boleh jadi sumber pendapatan tambahan untuk buat rumah tumpangan atau tambah bisnes sampingan.

4- Di kawasan membangun. Rumah di kawasan ini biasanya akan berdekatan dengan banyak fasiliti awam.

Bila dikawasan membangun, pastinya kawasan ini mempunyai kawasan kepadatan penduduk yang tinggi & juga menjadi pusat tumpuan pekerjaan.

Pasti ramai juga yang berminat nak bangunkan bisnes mereka disini.

Sebagai pemilik rumah, pastinya kita akan ada pelbagai pelaris & penarik tambahan berdekatan rumah kita nanti.

5- Berdekatan kawasan yang mempunyai banyak kemudahan asas.Contoh seperti Klinik, hospital, Sekolah, pasaraya, kedai makan dan lain-lain lagi.

Tak kira samada kita masih bujang atau pun dah berkahwin, pastinya kita memerlukan kemudahan asas ini samada untuk kesenangan kita nanti atau sebagai pelaris kepada bakal penyewa rumah kita nanti.

6- Berdekatan dengan kawasan pengangkutan awam. Kebanyakan dari pasangan berkahwin harini, majoriti suami & isteri keduanya bekerja.

Ada yang mampu untuk memiliki lebih dari sebuah kenderaan & ada juga kurang berkemampuan.Jadi bila berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam ni, banyak penjimatan dari segi masa & wang ringgit kita.

7- Berdekatan dengan Pusat Pendidikan. Biasanya pembelian rumah dikawasan seperti ini lebih kepada tujuan pelaburan.

Selain dari permintaan yang tinggi, kebanyakan tuan rumah menjana aliran tunai yang positif hasil dari sewaan rumah kepada pelajar ini

Pastikan pilih rumah yang berdekatan kampus utama & bukannya cawangan kecil.

Banyak juga kes yang kita dengar , kampus cawangan mecil yang ditutup. Jadi bakal tuan rumah perlu berhati-hati ya.

Paling bagus, selain bergantung kepada tarikan pelajar-pelajar ini, cuma cari juga pelaris pelaris lain seperti saya kongsikan pada point 1-6 tadi ya.

Ramai jutawan yang lahir hasil dari pelaburan hartanah tapi tak kurang juga yang kita dengar menyesal sebab tersalah beli rumah. Jom! Jadi pembeli bijak.

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
IG:mairaumairah_official
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Fighter


cc RoslinRaselip