Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Jom baca sedikit berkenaan inflasi.

Persediaan kita dan keluarga adalah yang paling penting sekarang. Ambil iktibar dari keadaan ini, dan bayangkan worst-case-scenario that can happen dan buat persediaan awal. Di Amerika sudah pula mula bercakap berkenaan stagflation, dragflation, keadaan ekonomi yang berkemungkinan berada pada tahap hyper-inflasi, dan keadaan ini juga akan mempengaruhi pasaran saham.

I N F L A S I

Apa itu Inflasi?
Daripada perspektif ekonomi, inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang mewakili keseluruhan ekonomi negara. Ia adalah satu keadaan ekonomi dimana harga barang meningkat dan kuasa beli menurun, justeru menurunkan nilai matawang. Jika hari ini dengan jumlah duit yang sama, kita tidak dapat membeli barang yang sama seperti 10 tahun lepas.

Inflasi berlaku kepada semua negara di seluruh dunia, apa yang beza adalah tinggi atau rendah kadar inflasi. Ada sesetengah negara pernah dilanda hiper-inflasi.

Hiper-inflasi bermaksud kadar inflasi sangat tinggi sehinggakan harga boleh naik mendadak dalam hari yang sama, contohnya harga barang keperluan pada pagi harga RM10 boleh jadi RM12 pada sebelah petang.

Contoh negara terdekat yang teruk dilanda hiper-inflasi adalah Venezuela, hari ini kalau rakyat Venezuela nak beli telur ayam perlukan berbilion Bolivar Venezuela.😅

Rakyat Venezuela semuanya billionaire tetapi hakikatnya miskin sebab terkesan oleh kejatuhan ekonomi dan nilai matawang negara mereka. Kaya diatas kertas tapi realitinya miskin. 😢

Nilai duit kertas tidak mampu untuk membeli barang, ada yang gunakan duit kertas sebagai kertas untuk buat beg kraftangan. Duit kertas kembali kepada sifat asalnya sekeping kertas dan tiada nilai.

Lihat video tentang hyperinflation di Venezuela:
https://youtu.be/FHNW8riAIII

Inflasi turut berlaku di negara kita, dalam kadar sekitar 3-5% setiap tahun, namun kadarnya masih tinggi dan dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ia amat membimbangkan, ditambah dengan nilai matawang yang menurun.

Dulu mak ayah kita pergi kedai belanja barang dapur RM100 dapat penuh troli, hari ini RM100 kita cuma dapat 6-7 barang keperluan sahaja. Itulah kesan inflasi yang merompak kita dalam diam setiap hari tanpa kita sedar.

Salah satu usaha yang kita boleh buat untuk mengurangkan kesan inflasi adalah dengan membuat simpanan dalam bentuk emas, kuasa beli menggunakan emas tetap kekal dari dulu sampai ke hari ini dan seterusnya sampai bila-bila.

Rujuk kisah pada zaman nabi SAW pada 1400 tahun dulu meminta sahabat membeli seekor kambing dengan 1 dinar, hingga ke hari ini 1 dinar mampu membeli seekor kambing. Itulah kuasa beli emas.

Emas terbukti beribu tahun sebagai penyimpan nilai dan duit yang sebenar, gunakan emas sebagai pelindung kepada nilai harta kekayaan kita. Fakta yang semua tahu, nilai matawang menyusut, manakala nilai emas meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Jadi mana satu pilihan anda?

Rujuk kisah yang terjadi di negara Venezuela, nilai matawang jatuh kosong. Walaupun sebanyak mana simpanan dalam matawang, nilainya jatuh kosong.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan buat sesuatu sekarang kerana ekonomi dunia sedang bergolak. Jangan tunggu lagi. Kepada yang belum mula, mula sekarang, sekiranya anda tak mula sekarang, posisi kewangan anda tetap sama dan tak berubah, malah dikhuatiri terkesan dengan keadaan ekonomi di masa akan datang.

Klik link di bawah untuk daftar percuma dan saya akan bantu anda untuk mula buat simpanan.

https://publicgold.me/mairaumairah

#inflasi