Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
*Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?*

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

▪️Sijil Kematian
▪️Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)
▪️Salinan IC pewaris
▪️Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak)

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Ada *Buat Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan*. Ada 2 kemungkinan ;

(a) Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 10% penalti atau

(b) Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

*Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.

https://publicgold.me/mairaumairah
*10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE✓✓*

1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPAN

Apabila mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin ada sesetengah anak muda yang tak tahu apa nak dibuat dengan duit gaji. ASBF adalah salah satu cara untuk kita paksa diri menyimpan setiap bulan. Berbeza dengan simpanan ASB biasa yang kita boleh keluarkan simpanan pada bila-bila masa, ASBF hanya membolehkan kita mengeluarkan dividen sahaja. Jadi simpanan kita lebih terjamin.


2.MENGAJAR PENGURUSAN KEWANGAN

ASBF dapat mengajar pengurusan kewangan bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan personal loan. Ramai yang menggunakan personal loan untuk kahwin. Akibatnya anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum habis bayar personal loan. Ini akan menyebabkan kelayakan untuk mempunyai pembiayaan rumah dan kereta semakin rendah.


3.MENGELAKKAN BOROS

Konsep “force saving” ASBF dapat mengelakkan anak muda daripada boros dan menghabiskan duit untuk perkara yang sepatutnya. Asingkan simpanan tetap untuk ASBF setiap bulan, bakinya baru belanja barang keperluan. Rancang perbelanjaan dengan bijak.


4.FROFIL KEWANGAN

ASBF dapat mencipta profil kewangan iaitu rekod CCRIS. Ramai yang gagal membuat pembiayaan perumahan akibat tiada rekod CCRIS. Jadikan ASBF adalah salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik supaya bank dapat kenal karakter kita.


5.SELAMAT DARI UNSUR PENIPUAN

ASBF adalah pelaburan yang selamat daripada unsur-unsur penipuan, scammer dan MLM.


6.FLEKSIBEL

ASBF adalah salah satu bentuk pelaburan yang fleksibel. Boleh pilih amaun mengikut kemampuan simpanan. Boleh juga pilih teknik-teknik yang sesuai dengan usia dan modal. Selain itu, boleh juga berhenti pada bila-bila masa. Bila jual semula sijil, dapat CASH.


7.MATLAMAT JANGKA PENDEK

Sesuai untuk matlamat simpanan jangka masa pendek seperti Tabung Kahwin, Deposit Rumah, Deposit Kereta, atau nak beli kereta cash.


8.PULANGAN YANG TINGGI

Simpanan ASBF juga memberikan pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa. Kalau kena caranya, boleh dapat keuntungan sehingga 30% setahun. Yang penting ikut teknik dan strategi yang betul.


9.DISIPLIN

Ramai yang gagal menyimpan kerana tidak berdisiplin. Ada yang dah kerja 5 tahun, tapi simpanan RM10,000 pun belum ada. Sedangkan kalau congak secara mudah, simpan RM167 setiap bulan selama 5 tahun pun dan cukup RM10,000. Jadi dengan ASBF, kita paksa menyimpan setiap bulan. Tetapkan berapa kita nak simpan setiap bulan sesuai dengan matlamat dan kemampuan.


10.TABUNG PERMULAAN HIDUP

Apabila memasuki alam pekerjaan, kita perlu memikirkan 5 perkara;

-Kahwin
-Beli rumah
-Kereta yang selesa untuk keluarga
-Tabung pendidikan anak
-Tabung Persaraan

Kesemua matlamat di atas perlukan DUIT. Jadi kita kena mulakan simpanan seawal yang mungkin. Kalau lambat bermula, kita perlu berkerja lebih keras untuk menyediakan perkara tersebut.

📌 Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, boleh tekan link di bawah;

http://wasap.my/601110090729/SubmissionMei
Ini dua perkembangan harga emas yang perlu kita tahu dan faham supaya kita dapat “leverage” atau ambil peluang dengan keadaan ini untuk mencapai matlamat dan target simpanan emas.

Harga emas dalam jangkamasa pendek sentiasa naik dan turun.

Ini adalah kerana adanya demand (permintaan) dan supply (pengeluaran) dan juga aktiviti penjualan dan pembelian oleh pelabur-pelabur jangkamasa pendek di pasaran saham.

Harga emas fizikal juga mengikuti perkembangan harga emas (spot gold) di pasaran saham, di mana perkembangan harganya mengikuti operasi pasaran-pasaran saham dunia seperti pasaran saham Asia, pasaran saham Euro dan US.

Berbeza dengan pelaburan emas fizikal, pelaburan emas jangkamasa pendek di pasaran saham lebih kepada mengaut keuntungan dalam bentuk matawang. Matlamat Jual beli saham (spot gold) oleh pelabur di pasaran saham berbeza kerana ia bukan untuk mengumpul emas tetapi untuk mendapat keuntungan dalam bentuk matawang. Pelaburan di sini adalah hanya “on-paper” tiada emas, jadi ia tidak patuh syariah, berisiko tinggi, memerlukan modal yang tinggi dan pengetahuan teknikal untuk membaca graph perkembangan emas.

Bagaimana kita patut leverage dengan keadaan ini?

Matlamat penyimpan atau pelabur emas fizikal berbeza kerana focus kita patut kepada pengumpulan emas untuk capai sesuatu matlamat berjangkamasa panjang.

Jadi mindset kita kena berbeza dan kena faham basic ini
🔸pelaburan atau simpanan emas kita ialah pelaburan atau simpanan emas fizikal. Beli emas dapat emas, ia bukan paper-based.

🔸 Pelaburan emas fizikal di kategori sebagai kelas aset (harta), kerana nilainya meningkat dalam sesuatu jangkamasa. Dengan cara simpanan yang betul, kita tak rugi bila harga emas turun, selagi emas itu ada pada kita. Yang rugi bila kita tak ambil peluang untuk menambah simpanan bila harga emas rendah.

Jadi ambil peluang dengan keadaan perkembangan emas jangkamasa pendek.

Harga emas meningkat dalam jangkamasa panjang. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya. Extreme case yang sudah simpan lama harga emas tahun 2000 ialah RM35/g. Hari ini (2022), harga emas ialah RM280/g.

Saya sendiri mula lambat pada tahun 2018, masa tu harga emas RM184/g. Kawan saya mula masa harga emas RM155/g. Harga ini sudah jadi sejarah. Kita tak tahu dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin merosot sekarang, harga emas berkemungkinan naik ke tahap baru.

Saya pun menyesal tak beli banyak masa baru-baru mula dan menyesal tak mula lagi awal. Jadi nasihat saya kepada yang telah berpeluang mendapat ilmu emas ini awal, ambil peluang dan yang penting kita kena pandang jauh, set matlamat, target gram simpanan dan buat perancangan kewangan yang membolehkan kita konsisten menyimpan. Jangan sia-siakan pendapatan yang ada untuk tidak membuat simpanan untuk masa hadapan.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli
#IlmuEmasBasic
#PublicGold
#Gold4uNetwork
#AmazingJE24K
SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?
=====
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Namun, kumpulan yang selalunya beli menggunakan kaedah ini adalah:

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

5. Bagi saya sendiri, saya guna akaun emas GAP untuk mengalihkan duit yang saya tak nak guna dalam masa sekurang2nya 2 tahun kepada bentuk emas yang boleh mengembangkan duit saya. “Let the money grow by itself”.

Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang, alanglah ruginya jika jumlah itu dibiarkan saja dalam akaun bank, kwsp, asb, dan sebagainya kerana peratus dividen yang diberi amat kecil dan nilai duit yang diterima juga susut kerana kuasa beli menurun dalam keadaan ekonomi dunia yang menghadapi kadar inflasi yang tinggi.

Ambil peluang dengan kemudahan akaun emas GAP Public Gold.

Boleh bermula dari serendah RM100 saja.

Daftar sekarang dan jangan lupa daftar akaun junior untuk anak-anak dan akaun berasingan untuk pasangan anda.

https://publicgold.me/mairaumairah
BELI EMAS SECARA ANSURAN BOLEH KE TAK?

Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah.

Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.

Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Setelah itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.

Setelah selesai kesemua bayaran, baru lah akad jual beli antara anda dan public gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.

Untuk penjelasan yang lebih mudah, tonton video penerangan daripada Dr. Ahmad Sufian iaitu pensyarah kanan akademi pengajian islam universiti Malaya.

Buatlah tindakan bijak hari ini dengan bermula simpan emas. Jika 1gram atau RM280 hari ni diluar kemampuan, boleh mulakan dengan RM100 atau lebih baik ialah buat belian secara Easy Payment Perchase 10x bayar paling minima RM118 sebulan untuk 1 Dinar.

Belum mula lagi? Daftar sekarang secara percuma di website link di bawah. Kepada yand dah bermula, jangan lupa daftar akaun berasingan untuk pasangan dan anak-anak.

https://publicgold.me/mairaumairah
[Alert Harga]

Harga emas GAP turun, RM2/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini 10 Jun 2022.

RM 100 = 0.3571 gram
RM 280 = 1.0000 gram

Statistik Jun 2022
Tertinggi: RM284 (03/06)
Terendah: RM279 (01/06)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM264 (07/01)

Pergerakan harga emas fizikal terkini ialah RM279/g (dilihat dari harga Goldbar 10g) menunjukkan penurunan dibandingkan harga emas GAP.

Bagaimana anda boleh “leverage” mengambil peluang dengan keadaan ini?

🔸Buat penambahan gram simpanan anda dengan membeli pada harga rendah seumpama membeli pada harga diskaun.

🔸Ambil peluang untuk memuratakan kos emas anda dengan cost averaging teknik

🔸Bila harga rendah, ambil peluang untuk lock harga emas selama 6 atau 10 bulan dengan menggunakan kaedah Easy Payment Purchase EPP 6x atau 10x. Dengan EPP sekiranya harga emas naik anda tetap bayar harga yang sama tiap-tiap bulan

🔸Mindset penyimpan emas kena pandang jauh dan target bukan harga emas sekarang tapi harga emas di masa hadapan. Saya sendiri target harga emas rm400/500 segram.

⁃ Ambil peluang harga emas naik turun jangkamasa pendek untuk mengumpul gram emas menggunakan kaedah simpanan yang sesuai

⁃ Ambil peluang kenaikan harga emas jangkamasa panjang dengan merancang untuk menyimpan dengan konsisten supaya simpanan emas anda banyak bila harga dah capai tahap kenaikan yang tinggi di masa hadapan. Alangkah ruginya (missed opportunity) sekiranya gram simpanan emas anda masih kecil bila harga emas mencecah tahap kenaikan, sebagai contoh RM400/g di masa hadapan.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/mairaumairah