Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
*Tuan, saya rasa buat ASB Financing(ASBF) ni macam tak untung. Bulanan bayar tinggi tapi dividen dapat rendah je. Baik saya simpan di ASB biasa je.*

Ramai yang ingat bila buat ASBF ni hanya akan dapat dividen sahaja. Ramai yang terlepas pandang tentang surrender value dalam ASBF dan ada yang tak tahu pun apa itu surrender value.

Bila buat ASBF ni, ada beberapa keuntungan yang boleh diperolehi:

➡️ Dividen
➡️ Bonus
➡️ Principal @ Surrender Value

Tapi masih ramai yang tak tahu pasal surrender value. Dalam ASB Financing, ada istilah Surrender Value (SV). SV ni adalah salah satu sumber pulangan pelaburan selain daripada dividen.

Pulangan SV diperoleh apabila peminjam memutuskan untuk menjual (terminated) semula sijil ASB yang bercagar pada pihak bank.

Dari mana datangnya pulangan SV ni?

Ambil maklum bahawa sijil ASB yang bercagar pada pihak bank adalah berharga tetap.
Ambil maklum juga bahawa nilai pinjaman akan berkurang apabila pembayaran dibuat terus menerus.

Makanya, pulangan SV diperoleh daripada penjualan sijil setelah baki pinjaman diselesaikan. Saya kongsikan contoh situasi kes.

Contoh Kes
-----------------------
➡️ Mohon ASBF RM200k (nilai sijil)
➡️ Jual sijil selepas 3 tahun
➡️ Baki pinjaman tahun ke 3, RM192,000
➡️ SV = nilai sijil - baki pinjaman
- RM200k - RM192,000
➡️ Pulangan daripada SV adalah sebanyak RM8k

SV adalah faktor kepada ROI pelaburan ASB yang lebih besar. SV juga adalah salah satu kelebihan jika dibandingkan melabur ASB secara biasa. SV hanya ada pada ASB Financing / Pinjaman ASB.

Semoga Bermanfaat

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanahp