MaiPGEMas
11 subscribers
2.88K photos
58 videos
1 file
812 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
1 Dinar 999.9

1. Boleh beli dengan 10x bayar
2. Beli 8 keping, jadi Normal Dealer
3. Beli 16 keping, jadi Priority Dealer

"Kambing" ni tak susah nak jaga. Kalau ada duit lebihan, sila grab terus promosi ni.
wasap.my/60107196085/NakDinar
Gais,

Baru-baru ini ada orang tanya saya pasal syarikat emas yang jual emas 20g tapi dapat 100g.

Dengan kata lain, ini strategi istimewa sebab beli 1 dapat ganda 5.

Apenii???

Well gais, nasib baik saya dah kenal emas sejak 17 tahun lepas.

Bukan setahun jagung saya dengan emas, tapi dah 17 tahun jagung 🤭

Jadi saya boleh cerita pengalaman saya dengan konsep jualan emas seperti ini.

Untuk pengetahuan anda, konsep modal 20% ke 30% daripada harga emas tapi dapat emas 100% nie dah wujud sejak tahun 2008.

Lama dah syarikat emas pakai strategi nie.

Takde apa yang specialnya.

Sebab apa? Baca sampai habis.

Tahun 2008 sampai 2011 nie adalah zaman trend harga emas menaik.

Jadi, ada satu company ketika itu, namanya Etika Emas Estet Sdn Bhd aktif buat promosi beli emas 100g dan dapat 300g.

Wow! Cammana beli seketul 100g tapi dapat 3 ketul? (300g)?

Jawapannya; anda bayar untuk 100g, lepas tu company Etika Emas akan tambah lagi 2 ketul.

Kemudian, ketiga-tiga ketul 100g tu akan digadaikan di Arrahnu Bank Rakyat.

Waktu tu arrahnu bank rakyat bagi pinjaman buat penggadai kali pertama dalam 65%.

Jadi, hasil gadaian 300g tu (termasuk yang anda bayar full 100g) SEMUANYA diserahkan kepada agen syarikat sebagai duit belian baki 200g tu.

Jadi, anda sebagai pembeli dapat 300g dan syarikat penjual dapat duit untuk 200g tadi.

Walaupun pembeli dapat 300gram, tapi semuanya dalam arrahnu kan?

Walaupun pembeli dapat 300 gram,
Tapi ia datang dengan hutang arrahnu untuk 300g dan upah simpan yang nak kena bayar setiap 6 bulan.

Lepas tu, pembeli diajar teknik overlap surat gadai.

Maksudnya bila harga emas naik, diorang pergi buat surat gadaian yang baru dengan nilai emas yang baru. Jadi akan ada lebihan duit dari arrahnu dan upah simpan telah ditolak siap-siap.

Pembeli seronok sebab dapat duit lebihan dan tak payah bayar upah simpan.

Dia tak sedar yang dia bakal terjerat dengan pinjaman yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih tinggi untuk surat kedua tu.

Jadi gais,

Selagi harga emas naik, selagi itu diorang repeat proses buat surat gadaian baru, dapat duit dan upah simpan tak payah bayar.

Hdup pembeli emas secara arrahnu ini sangatlah indah sehinggalah….

Bila gold market berada dalam trend menurun mulai hujung tahun 2011.

Jadi, pembeli tak boleh renew surat sebab harga emas jatuh dan mereka terpaksa membayar upah simpan setiap 6 bulan.

Kalau bayar sekali takper… tapi kalau trend harga emas jatuh lebih setahun?

Memang habis koyak pembeli emas mereka. Waktu tu ramai yang terlelong emas mereka sebab tak mampu bayar upah simpan dan pinjaman, sebab amountnya dah jadi terlalu besar.

Over leverage.

Sebab tu kaedah jualan emas tersebut dah pupus ketika zaman 2011-2015 waktu trend harga menurun.

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2009, syarikat Etika Emas Estet tu disiasat oleh Bank Negara.

Jadi terus terbenam syarikat tersebut dan habis agen-agen mereka meroyan.

Pembeli emas mereka tersepit sebab kena tanggung upah simpan dan company tak boleh beli balik emas tu kat arrahnu.

Last-last emas terlelong atau kena jual kat pembeli surat pajak dengan harga yang rugi.

Disebabkan insiden Etika Emas Estet inilah, banyak arrahnu bank ketika itu mengambil keputusan untuk TIDAK MENERIMA gadaian jongkong emas ketika itu.

Jadi, nampaknya sejarah bakal berulang lagi.

Dengan kenaikan harga emas sekarang, dah wujud kembali teknik beli emas dengan modal 20%.

Kalau arrahnu di Malaysia tak ambil cakna perkara ini dan membiarkan ia berleluasa, nescaya ia bakal mengundang kesan buruk di masa akan datang.

Gais,

Dalam emas nie, tak payahlah terliur dengan janji-janji untung banyak dan untung cepat dan modal sedikit dapat emas banyak.

Semua tu terbukti bohong.

Namun, sekiranya anda tidak pernah ditipu sepanjang anda hidup dan anda nak untung cepat, saya cadangkan anda beli sebanyak mungkin emas dengan konsep bayar 20% nie.

Ia sangat bagus untuk anda.

Sebab guru emas saya pernah berpesan

“Setiap orang perlu ada pengalaman kena tipu at least sekali dalam hidupnya.

Kalau tak kena tipu sekarang, bila lagi? 🤭
Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Harga Emas Public Gold GAP
RM480 = 1gram
RM240 = 0.5gram
RM100 = 0.2083gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 18-05-2025
Beza tak antara kertas dan emas?
Jauh bezanya...

Kata guru emas saya, nilai duit kertas jatuh tak sama dengan harga emas jatuh.

Harga emas jatuh, orang serbu pergi beli emas.

Duit kertas jatuh, orang lari... Orang tak berani pegang duit kertas tu banyak-banyak.

Kenapa orang tak beli banyak duit kertas?

Sebabnya, duit kertas bila ia jatuh, ia adalah kertas. Berbeza dengan emas. Harga emas bila ia jatuh, ia adalah emas!😍

Jom simpan emas banyak²
bit.ly/MariaARahim
#TabungEmas

JANGAN BERMULA DENGAN EMAS 0.1 GRAM?

Simpan emas bukan sekadar ada emas tetapi salah nilainya.

Membeli emas kecil seperti 0.1 gram ada kelebihan dari segi mampu milik, tapi ia juga ada beberapa kelemahan yang penting untuk kita fahami:

1. 📌Harga per gram sangat mahal

Emas 0.1 gram biasanya dijual pada harga jauh lebih tinggi per gram berbanding emas yang lebih besar (1 gram ke atas).

Contoh: Jika 1 gram emas berharga RM480 di Public Gold, 0.1 gram boleh dijual RM122–RM165. Di kedai kedai emas hari ini

Jadi, harga per gram boleh jadi RM1220–RM1,650, iaitu 2-3 kali ganda lebih mahal.

2. 📌Susah untuk dijual semula

Tidak semua pembeli emas, ahrahnu atau kedai emas akan beli balik emas sekecil ini. Ia hanya senipis kertas sahaja.

Spread (perbezaan antara harga beli dan jual) sangat tinggi, jadi rugi banyak kalau jual balik.

3. 📌Risiko hilang atau tercicir

Saiz sangat kecil, mudah tercicir atau hilang tanpa sedar. Semakin kecil, semakin mudah hilang dari pandangan mata hati kita kawan.

4. 📌Tidak praktikal untuk simpanan jangka panjang

Emas adalah simpanan jangka panjang. Kalau niat untuk simpanan kekayaan atau lindung nilai (hedging), lebih baik beli saiz 1g, 5g, 10g, 50g atau 1 dinar, 5 dinar , 10 dinar lebih besar.

Emas 0.1g lebih sesuai untuk pendidikan, hadiah, duit raya, atau promosi pemasaran, bukan pelaburan sebenar.

Kawan kawan,

Kalau bajet kecil dan nak mula belajar, emas 1gram boleh jadi titik mula simpanan emas.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, bukan sekadar ada emas sahaja.

Tapi untuk pelaburan jangka panjang, lebih baik kumpul duit dan beli minimum 1-10 gram ke atas untuk nilai yang lebih berbaloi.

Simpan Emas Jangan Sampai Lemas

kredit: Tn Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas PG Juga
Mindset Sebenar Seorang Penyimpan Emas‼️

Kalau anda beli emas dan terus fikir nak jual semula, itu cara fikir yang salah bagi penyimpan emas.

Sebab penyimpan emas mesti ada gaya pemikiran ini :

1. Apa matlamat simpan emas?
TARGET
2. Berapa banyak Gram nak simpan?
JUMLAH
3. Nak simpan sampai bila?
MASA

Ramai yang dah berjaya sebab berfikir begini. Ramai yang gagal pula sebab sebelum beli dah fikir nak jual semula.

Takkan kita beli rumah hari ini esok terus fikir nak jual kan?

Kereta pun kita beli tak terus fikir nak jual. Kalau fikir bila nak jual dan berapa dapat kalau jual, alamatnya tak terbeli kereta sampai bila-bila lah. 😂

Jom bijak simpan emas
bit.ly/MariaARahim
Harga Emas Public Gold GAP
RM486 = 1gram
RM243 = 0.5gram
RM100 = 0.2058gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 20-05-2025
3 𝗧𝗜𝗣 'TENANG' 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

1.  Guna duit yang nak simpan lama. Sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Jangan sesekali simpan emas pakai duit kecemasan atau duit yang nak pakai dalam jangka masa pendek. Rugi sebab emas ada spread/susut nilai.

2. Jangan terlalu tengok pada harga.
Harga emas ada naik dan turun jangka pendek. Tapi jangka panjang harga emas pasti terus naik!

Pengalaman peribadi saya sendiri simpan emas pada tahun 2020 pada harga sekitar RM267 sahaja 1 Gram.

Hari ini tahun 2025 harga 1 gram emas sudah pun cecah RM500. Dalam tempoh 4 tahun harga 1 gram emas dah meningkat sebanyak RM233.

3. Fokus pada pertambahan gram simpanan. Berapa banyak gram kita, akan menentukan keuntungan simpanan kita. Bukan sekadar peningkatan harga emas.

Tip mahal dari guru saya sekarang kalau nak konsisten menyimpan emas adalah ikut tangga gaji.

Contoh gaji RM6000 *maka tolak 10% (RM600)* dan simpan dalam bentuk emas di #AkaunEmasGAP Public Gold.

Klik 👇 saya bantu. https://publicgold.me/pg00096239/akaun-gap
Di #PublicGold kita tidak menyimpan RM tetapi simpan gram emas.Gram tersebut boleh di fizikalkan dalam bentuk ;

1 - Goldbar ( bentuk empat segi )
2 - Dinar ( bulat )
3 - Barang kemas 999.9

Nak simpan emas di sini > www.publicgold.me/pg00096239

#publicgold #pg1m
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡

1. Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas, item minimum cadangkan ialah gold bar 100 gram , 250 gram dan 1 kilogram.

2. Ini kerana harga per gram lebih rendah dan susut nilai kecil hanya 6% dan 7% sahaja.

3. Emas juga adalah ibarat aset seperti hartanah dan rumah cuma emas jauh lebih mudah dijual berbanding rumah dan hartanah.

4. Selain itu semua urusan jual beli emas Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor dan diaudit setiap tahun.

POV : Aset Yang Senang Dibeli Berdikit-Dikit & Senang Jual Balik Tak Risau Cari Buyer (Process pun cepat)

Kredit Kak Nida
MULAKAN DANA IPT ANAK ANDA SEKARANG

1. Ada sekurang-sekurangnya dua senario yang memerlukan belanja yang besar dalam kehidupan kita. Yang pertamanya ialah kos hidup setelah bersara, dan yang kedua adalah kos membiayai pelajaran tinggi anak-anak (higher education fund).

2. Kedua-dua ini memerlukan belanja yang besar – masuk berpuluh2 ribu dan beratus2 ribu ringgit.

3. Oleh kerana jumlahnya yang besar, kita tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara atau sebelum anak kita ke kolej untuk membuat simpanan tersebut. Bagaimana nak simpan RM100,000 dalam masa 2 tahun???

4. Jadi jawapannya ialah kita perlu membuat simpanan untuk dua senario ini seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus kerana kita boleh menyimpan jumlah wang yang sederhana umpamanya RM300 atau RM400 sebulan, dan bukan RM1,000 atau RM3,000 sebulan, yang secara realistiknya tak boleh dibuat oleh kebanyakan kita.

5. Sebagai contoh, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak2 saya semasa mereka berumur tiga bulan. Oleh kerana saya bermula awal, saya hanya perlu menyimpan dalam RM300-RM500 sebulan untuk setiap orang anak saya. Malah, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak bongsu saya semasa dia masih di dalam perut ibunya!

6. Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan in adalah dengan membuat pelaburan emas. Buka akaun emas khusus untuk setiap orang anak, dan kemudian transfer wangnya setiap bulan ke dalam akaun tersebut.

7. Untuk mereka yang telah melakukannya, saya ucapkan tahniah!

8. Untuk mereka yang belum membuka akaun untuk anak-anak mereka, saya syorkan anda untuk bertindak sekarang juga! Langkah untuk membuka akaun emas GAP untuk anak anda sama saja seperti semasa anda membuka akaun anda dulu: Transfer wang ke dalam akaun PG, dan kemudian WA detailsnya kepada saya.

9. Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai kos pelajaran mereka bila masanya tiba nanti.

#AziziAli
#DanaIPT

Sila SHARE.
Emas tetap bernilai walaupun cecair atau debu. Nilainya bukan pada bentuk atau rupanya tetapi pada ketulenan dan beratnya.

Emas menjadi penyimpan kekayaan sebenar yang tak lapuk ditelan zaman.
www.publicgold.me/pg00096239/akaun-gap


#publicgold
Menyimpan bukan berapa besar jumlahnya.Yang lebih penting menyimpan secara disiplin.

Kita boleh disiplin bayar komitmen bil/pinjaman.Kenapa tak boleh disiplin bayar untuk diri sendiri.

Jom mula simpan emas serendah RM100.

Buat dulu, percaya kemudian.

Info lengkap sini > https://bit.ly/MariaARahim