MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungIlmu

CEPATNYA NAK KAYA?

Punyalah banyaknya skim cepat kaya ini, hingga kita gagal bezakan yang mana 'halal' yang mana 'haram'.

Mereka datang dalam pelbagai warna buat kita terpesona, mari berkenalan dengan 'mereka' ini, antara ciri utama ;

1. DIVIDEN ADA SETIAP BULAN
Bayaran dividen tiap bulan dapat.

"Beli dengan kita 'kambing' ini RM2400, tiap bulan kita bayar dividen kambing ini RM200. Hujung tahun nanti kami bagi balik kambing yang beli nie". Dividen dapat kambing pun dapat.

Pernah dengar cerita ini? Ehm..

2. TIADA PROPEKTUS SYARIKAT.

Tiada laporan tahunan, tiada audit yang ada cuma album gambar pegang kunci kereta, bergembira di Australia, buat duit bentuk kipas dan ada bunga bunga.

3. KEUNTUNGAN MELAMPAU

Kadar keuntungan dikira bulanan bukan tahunan. Sebulan ada yang dapat hingga 10% dan jika setahun menjadi 120%. Sepatutnya TH dan PNB melabur disini, baru semua orang cepat pegi haji. (TH sekitar 6% setahun!)

4. TIADA ALAMAT TETAP.

Jika ada alamat pun perlukan 8 hari 7 malam untuk sampai . Anda fikir 17 kali untuk melawat syarikatnya.

5. TIADA LIPUTAN MEDIA.

Jika ada pun iklan yang mereka beli sendiri, itu pun program amal rekayasa sendiri. Bagi pelabur mereka kagum sesama sendiri.

6. STRUKTUR ORGANISASI TIDAK JELAS.

Kita tidak tahu siapa pengarahnya, ceo, tukang audit, panel syariah, pemegang saham, sumber dananya dan bagaimana operasinya. Yang kita tahu tiap bulan dapat duit darinya.ehm..

7. MEREKA TIDAK LAYAN PERTANYAAN.

Tiada pusat rujukkan untuk sebarang pertanyaan. Jika anda bertanya mereka tidak layan atau buat buat tiada masa. Email tidak berjawab yang tukang jawab cuma agen anda. Kata untung juta juta takkan tak ada 'call Center'.

8. BAHASA TINGGI TIDAK FAHAM

Agen yang terang guna bahasa perang, satu pun kita tak faham. Bila tanya lagi mula keluar forex, dasar ekonomi, surplus, bantu jana ekonomi bumiputra, bantu ummah dan defisit. Kita angguk bukan sebab paham, tapi tak nak kalah dalam pelaburan.

Ini antara ciri yang harus kita lari, bila ada yang terang begini. Cepat cepat kita lompat pergi.

Ia datang dalam pelbagai bentuk hari ini, ada emas, ada sawit, ada arowana dan komoditi.

Jangan salahkan penganjur yang bijak menipu, salahkan diri yang tiada ilmu.

kredit: tn. Azizul Azli Ahmad

#BeliKambingMestiDapatKambingBukanDapatIkanLaga😜
Ini keratan berita pada tahun 2012.
Pada ketika itu, pakar menjangkakan harga emas akan mencecah RM503 pada tahun 2020. Walaupun lewat 5 tahun, namun hari ini angka itu tiba jua.

😢 Kalau la saya simpan emas waktu tu..

😢 Kalau la saya bermula lebih awal..

Jangan mengeluh. Kita tak akan dapat kembali ke masa lalu. Kita juga tidak dapat mengawal kenaikan harga emas.

Apa yang boleh kita buat adalah mengambil tindakan segera dan bermula.

BERHENTI BERTANGGUH
BERHENTI MENUNGGU
BERHENTI MEMBUAT ALASAN

Seterusnya tersenyum melihat simpanan kita terus berkembang.

Dapat sesuatu?

Semoga bermanfaat ☺️
Kisah inspirasi

Simpan emas ni bantu kita kaya dengan selamat tanpa sedar 🥰.

Kena tanam mindset "Kita beli emas, bukan untuk Jual hari ini, kita nak simpan bertahun". Barulah berjaya.💪
Gais.

Goldman Sachs telah menaikkan ramalan harga emas untuk penghujung tahun 2025 kepada USD $3,700 per auns, berbanding ramalan sebelum ini iaitu USD $3,300.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada bank-bank pusat serta peningkatan aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) emas, terutamanya ketika risiko kemelesetan ekonomi semakin meningkat.

Bank pelaburan tersebut juga menjangkakan harga emas akan berada dalam julat dagangan sekitar USD $3,650 hingga $3,950 sepanjang tahun tersebut.

Jika kemelesetan benar-benar berlaku, aliran masuk ke dalam ETF emas dijangka akan bertambah dan ini boleh melonjakkan harga emas kepada USD $3,880 per auns menjelang akhir tahun.

Sekiranya pembelian emas oleh bank-bank pusat mencecah purata 100 tan sebulan, harga emas berpotensi untuk meningkat kepada USD $3,810 per auns.

Institusi kewangan lain turut berkongsi pandangan yang optimis.

UBS dan Bank of America masing-masing telah menaikkan ramalan harga emas mereka kepada USD $3,500, dengan alasan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang semakin meningkat.

Kesimpulannya, ramalan harga emas yang semakin tinggi ini mencerminkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi, peningkatan permintaan daripada bank pusat, dan minat pelabur terhadap emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan, emas berpotensi untuk menaik banyak lagi sehingga hujung tahun ini.

Simpan emas dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Harga Emas Public Gold GAP
RM510 = 1gram
RM255 = 0.5gram
RM100 = 0.1961gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM510/g (APR 2025)

Kemaskini: 16-04-2025 rev2 1617hrs
Dana Pendidikan sebaiknya disimpan dalam bentuk emas.

Harga emas akan naik seiring usia anak-anak.

Hari ini harga emas sudah menjangkau ke angka melebihi RM500++ segram.


Bagaimana 10 tahun lagi?
Bagaimana 20 tahun lagi?

Bila anak-anak dah besar, harga emas telah pun naik. Itulah sebab emas sesuai dijadikan sebagai Dana Pendidikan.


Ikhlas,
Maria
Priority Dealer
Dulu saya ingatkan sekali tekap sahaja terus siap gold bar 1 gram.

Tapi bila tengok gold bar 1 gram ni ditimbang dan dikikis berkali hingga dapat berat 1.000 gram, barulah saya faham kenapa caj premium (kos cetak) lebih tinggi.

Kena timbang dan kikis berkali-kali SECARA MANUAL.

(Aduh... Macam manalah staff boleh kerja terbongkok-bongkok hari-hari kerja kikis emas tu. Saya duduk lama-lama depan komputer pun boleh sakit badan)

Kalau terlebih kikis; dapat berat 0.9999 gram, emas ni dianggap rosak. Kena lebur balik!

Kena melalui proses awal daripada lebur, rolling, blanking dan minting balik.

Begitulah proses diulang-ulang untuk dapat finished product gold bar 1.000 gram.

kredit: tn zulkifli shafie

#KilangEmasPublicGold
RAJA TANPA TAHTA.

Dulu… aku hidup macam raja.
Gaji aku, RM15,000 sebulan. Mimima.

Setiap 25 haribulan, bunyi mesej bank masuk — macam muzik kemenangan.

Swipe kad tak pernah risau.

Masuk mall, aku tak tengok harga dulu. Tengok warna, tengok jenama, terus ambil.

Bila orang tanya aku kerja apa, aku senyum.

"Kerja senang, duit banyak."

Aku ada tiga kereta.
Satu untuk kerja.
Satu untuk keluarga.
Satu untuk weekend.
Satu... sebab aku suka kereta tu.
Setiap kereta aku modify.

Rim? Sport.
Sound system? Power.
Aku kumpul jam. Ada G-Shock, ada Fossil, ada TAG Heuer — semua warna ikut baju.
Aku hidup macam esok takkan susah.

Duit masuk macam air.
Dan bila orang tanya,
“Tak simpan emas ke bang?”
Aku angkat kening.

“Emas? Buat apa? Takde dividen. Nak simpan buat apa? Aku nak benda yang aku boleh rasa. Benda boleh pakai.”

Aku pernah tengok orang simpan emas.

Aku cakap dalam hati,
"Kesian… old school."

Lepas tu, ekonomi jatuh.
Covid datang.

Client cancel semua projek.

Income aku... dari RM15K, jadi RM5K.
Pastu RM3K.

Pastu… tinggal harap freelance.
Loan rumah jalan.
Ansuran kereta jalan. Kad kredit? Penuh. Minyak naik. Barang dapur naik.

Aku jual satu kereta.

Lepas dua bulan, jual lagi satu. Tapi hutang masih belum lunas.

Aku baru tahu, barang mewah tak jadi pelampung bila kau tengah lemas.
Dulu, aku belanja RM30 untuk Starbucks.

Sekarang, aku kira syiling nak beli nasi bujang.

Aku malu nak cerita…
Ada hari, aku minum air paip, campur gula. Itu je yang ada. Aku pernah ada semua. Tapi aku tak pernah fikir nak simpankan sesuatu.

Satu malam aku termenung…

Sambil tengok dinding rumah yang kosong.

Aku terfikir —
“Kalau dulu aku simpan 10 gram emas sebulan... Sekarang mungkin aku masih boleh bernyawa."

Aku tak cakap emas buat kau kaya.

Tapi emas boleh bantu kau tak miskin bila zaman gelap datang.

Sekarang, kalau orang tanya aku,
“Kenapa simpan emas?”

Aku jawab, “Sebab aku pernah hidup tanpa simpanan. Dan aku tak nak ulang."

Kalau kau tengah senang sekarang…

Kalau akaun bank tebal, lifestyle selesa…
Ingat satu benda:

Keselesaan hari ni, tak jamin esok tenang.
Simpan. Biar sikit. Tapi konsisten.

Jangan jadi raja tanpa takhta… macam aku dulu.

- satu monolog.

kredit: fb Azman Bilaji
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
5 dinar fresh from oven😍💋❤️
𝑷𝑬𝑳𝑨𝒀𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑾𝑨𝑯 𝑩𝑼𝑫𝑨𝑷𝑬𝑺𝑻 𝑪𝑹𝑼𝑰𝑺𝑬 𝑫𝑰𝑨𝑩𝑨𝑫𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑮𝑶𝑳𝑫 𝑩𝑨𝑹! 🔥🚢

Bayangkan anda menyusuri Sungai Danube yang indah sambil disajikan pemandangan kota Budapest yang memukau.

Sekarang, anda boleh mengabadikan momen itu dalam 𝒔𝒆𝒌𝒆𝒑𝒊𝒏𝒈 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒕𝒖𝒍𝒆𝒏 𝟗𝟗𝟗.𝟗 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂! 🌊💥

Dilancarkan buat julung kalinya, rekaan gold bar “𝐁𝐮𝐝𝐚𝐩𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐢𝐯𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞” ini membawa sentuhan eksklusif dari kota Budapest ke dalam koleksi emas anda. 🌟

Keistimewaan Gold Bar Budapest River Cruise :
🔶 Emas dengan 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐥𝐞𝐧𝐚𝐧 𝟗𝟗𝟗.𝟗!
🔶 Rekaan 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚!
🔶 Sesuai sebagai 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠!
🔶 Edisi Terhad – 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐢𝐜𝐞𝐭𝐚𝐤!

📅 Pengeluaran GAP bermula 𝟏𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢! Pastikan akaun GAP anda mencukupi dan jadi antara yang pertama memiliki koleksi luar biasa ini!

Sudah bersediakah anda untuk memiliki gold bar eksklusif ini? Rebut peluang ini sebelum kehabisan stok!

📍 Tertakluk kepada terma & syarat.
📲 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.publicgold.com.my
🔗 TikTok: www.tiktok.com/publicgold_official
🔗 Facebook: www.facebook.com/publicgoldinternational
🔗 Instagram: www.instagram.com/publicgoldinternational
🔗 Telegram: https://t.me/publicgoldofficial001

#PublicGold #BudapestRiverCruise #1Gram1bulan #SimpanEmasCaraBijak #KoleksiEksklusif #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025