MaiPGEMas
11 subscribers
2.84K photos
57 videos
1 file
799 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungIlmu

CEPATNYA NAK KAYA?

Punyalah banyaknya skim cepat kaya ini, hingga kita gagal bezakan yang mana 'halal' yang mana 'haram'.

Mereka datang dalam pelbagai warna buat kita terpesona, mari berkenalan dengan 'mereka' ini, antara ciri utama ;

1. DIVIDEN ADA SETIAP BULAN
Bayaran dividen tiap bulan dapat.

"Beli dengan kita 'kambing' ini RM2400, tiap bulan kita bayar dividen kambing ini RM200. Hujung tahun nanti kami bagi balik kambing yang beli nie". Dividen dapat kambing pun dapat.

Pernah dengar cerita ini? Ehm..

2. TIADA PROPEKTUS SYARIKAT.

Tiada laporan tahunan, tiada audit yang ada cuma album gambar pegang kunci kereta, bergembira di Australia, buat duit bentuk kipas dan ada bunga bunga.

3. KEUNTUNGAN MELAMPAU

Kadar keuntungan dikira bulanan bukan tahunan. Sebulan ada yang dapat hingga 10% dan jika setahun menjadi 120%. Sepatutnya TH dan PNB melabur disini, baru semua orang cepat pegi haji. (TH sekitar 6% setahun!)

4. TIADA ALAMAT TETAP.

Jika ada alamat pun perlukan 8 hari 7 malam untuk sampai . Anda fikir 17 kali untuk melawat syarikatnya.

5. TIADA LIPUTAN MEDIA.

Jika ada pun iklan yang mereka beli sendiri, itu pun program amal rekayasa sendiri. Bagi pelabur mereka kagum sesama sendiri.

6. STRUKTUR ORGANISASI TIDAK JELAS.

Kita tidak tahu siapa pengarahnya, ceo, tukang audit, panel syariah, pemegang saham, sumber dananya dan bagaimana operasinya. Yang kita tahu tiap bulan dapat duit darinya.ehm..

7. MEREKA TIDAK LAYAN PERTANYAAN.

Tiada pusat rujukkan untuk sebarang pertanyaan. Jika anda bertanya mereka tidak layan atau buat buat tiada masa. Email tidak berjawab yang tukang jawab cuma agen anda. Kata untung juta juta takkan tak ada 'call Center'.

8. BAHASA TINGGI TIDAK FAHAM

Agen yang terang guna bahasa perang, satu pun kita tak faham. Bila tanya lagi mula keluar forex, dasar ekonomi, surplus, bantu jana ekonomi bumiputra, bantu ummah dan defisit. Kita angguk bukan sebab paham, tapi tak nak kalah dalam pelaburan.

Ini antara ciri yang harus kita lari, bila ada yang terang begini. Cepat cepat kita lompat pergi.

Ia datang dalam pelbagai bentuk hari ini, ada emas, ada sawit, ada arowana dan komoditi.

Jangan salahkan penganjur yang bijak menipu, salahkan diri yang tiada ilmu.

kredit: tn. Azizul Azli Ahmad

#BeliKambingMestiDapatKambingBukanDapatIkanLaga😜