MaiPGEMas
10 subscribers
2.94K photos
61 videos
1 file
831 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Gais.

Hari Jumaat yang lepas, buat kali pertama dalam sejarah harga emas telah memecahkan harga 3000++ USD.

Selepas itu, harga emas mulai jatuh dan pada hari Sabtu, ia ditutup pada harga 2986.65 usd / Oz.

Apa sebabnya?

First sekali, ini adalah disebabkan rintangan teknikal dan pengambilan keuntungan oleh pelabur.

1. Rintangan Psikologi yang kuat pada harga $3,000.

Paras harga bulat seperti $3,000 sering menjadi rintangan psikologi kerana ramai pedagang meletakkan pesanan jual di tahap ini.

Apabila emas mencecah $3,000 ++ ia mencetuskan gelombang tekanan jualan daripada pedagang yang ingin mengunci keuntungan selepas kenaikan harga emas yang besar.

2. Pengambilan keuntungan oleh pelabur yang membeli emas untuk jangka masa pendek.

Pedagang yang telah membeli emas pada harga lebih rendah mengambil kesempatan untuk menjual dan merealisasikan keuntungan apabila harga melonjak melebihi $3,000.

Tekanan jualan ini menyebabkan harga emas kembali menurun sebelum pasaran ditutup pada hari Sabtu.

3. Kekurangan momentum belian yang kuat selepas harga mencecah 3000 USD. Untuk emas bertahan di atas $3,000, ia memerlukan sokongan belian yang besar, terutamanya daripada pelabur institusi.

Kegagalan harga emas untuk kekal di atas $3,000 menunjukkan minat belian semakin berkurangan selepas paras itu dicapai.

4. Pengurusan risiko sebelum pasaran ditutup pada hujung minggu.

Sesetengah pedagang dan dana pelaburan mengurangkan pegangan mereka sebelum hujung minggu untuk mengelakkan risiko ketidaktentuan pasaran semasa pasaran ditutup.

Ini menyebabkan lebih banyak jualan sebelum pasaran ditutup, menolak harga emas ke bawah.

Kesimpulan:

Kegagalan menutup di atas $3,000 bukan petanda bahawa harga emas akan jatuh lebih jauh.

Ini berkemungkinan hanya pembetulan teknikal (technical pullback) sebelum satu lagi percubaan untuk menembusi paras $3,000 secara kekal.

Emas mendapat sokongan di sekitar $2,980, jadi kemungkinan ia akan mencuba untuk naik semula dalam sesi dagangan minggu hadapan.

Gais.

Minggu depan kita boleh pantau lagi pergerakan harga emas.

Samada ia akan cuba pecahkan balik harga 3000 USD / Oz atau akan berlaku penurunan minggu depan.

Harga emas sangat strong uptrend sekarang.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025