MaiPGEMas
10 subscribers
2.94K photos
61 videos
1 file
829 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Gais.

Malam nie harga emas naik lagi.

Sebabnya?

Bahang daripada ancaman perang perdagangan antara US, Euro, Kanada dan Perancis.

Kanada dan EU membalas tarif US terhadap aluminium dan besi.

Lepas tu Trump mengancam mengenakan tariff 200% ke atas semua alkohol yang diimport daripada EU.

Ini kerana EU mahu mengenakan tariff terhadap Whiskey daripada US.

Kesimpulan, kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan niaganya menyebabkan pelabur lari kepada emas.

Simpan emas dengan senyuman 😃 gais.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
Konsisten 1 gram 1 bulan

Kaedah paling mudah dan berkesan untuk berjaya sebagai penyimpan emas adalah simpan secara KONSISTEN. Biarkan pemurataan harga memainkan peranan.

Tahun 2025, mula simpan secara konsisten 1 gram 1 bulan.

1 Jan 2025: RM409
1 Feb 2025: RM438
1 Mac 2025: RM443

Purata harga
= (409 + 438 + 443) / 3
= 1290 / 3
= RM430/g

Walaupun kita beli pada harga yang meningkat tinggi, purata harga hanya RM430/g. Gram emas terkumpul adalah 3 gram.

Hari ini, 14 Mac 2025 harga emas capai rekod baru lagi iaitu RM461/g.

Ini bermakna gram emas kita telah meningkat nilai RM31 per gram!! Iaitu 7.2%.

POV:: Berapa nilai purata jika kita tambah gram pada harga hari ini?

Purata harga untuk 4 gram
= (409 + 438 + 443 + 461) / 4
= 1751 / 4
= RM438/g

Dengan tambah gram pada harga ATH hari ini, purata harga keseluruhan masih lagi rendah.

Sekarang kita nampak kan kenapa mentor emas sentiasa sarankan untuk terus konsisten dan fokus kepada pertambahan gram.

Tenang-tenang saja simpan emas dengan konsisten, walaupun pada harga rekod tertinggi.

#PG1M