MaiPGEMas
11 subscribers
2.88K photos
58 videos
1 file
811 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Kisah sedih 4kg Tepung dan Sebentuk Cincin Emas dari Gaza 😭

kredit: cintagaza

Jumaat yang berkat ini marilah kita doakan Semoga yang baik² untuk saudara kita semuanya di Gaza dan di mana jua berada yang sedang ditimpa musibah, amin.

Dan ambillah sedikit pengajaran saat kita selesa sekarang ni, beringatlah dan menyimpan sedikit emas untuk waktu tersusah kita di masa depan nanti.
http://bit.ly/MaiRahim_JomSimpanEmas
Percaya tak jika saya kata ada orang beli emas RM3500 untuk 1 gram? Ya! Hanya 1 gram. Ada juga yang beli pada harga RM4400!

Nampak tak masuk akal, tapi ramai juga yang beli.

Sebenarnya tujuan kita beli emas adalah untuk tujuan simpanan. Jika kita beli emas bersaiz kecil kerana tertarik dengan design, nak jadikan koleksi atau nak hadiahkan, itu cerita yang berbeza.

Sebelum saya teruskan, harga emas Public Gold hari ini adalah RM499/gram.

Wafer emas 0.01 gram biasanya dijual dengan harga RM20 - RM40. Murah bukan?! (Boleh intai-intai platform L dan S)

Tetapi, cuba kira berapa keping emas 0.01 gram diperlukan untuk capai 1 gram dan berapa pula harganya

0.01 gram = RM35.00
0.01 gram x 100 keping = 1 gram
RM35.00 x 100 keping = *RM3500.00*

Sekarang, bandingkan semula. Adakah RM3500.00 untuk 1 gram itu masih murah?

Jauhnya jurang antara RM499 dengan RM3500.

Jadilah penyimpan emas yan bijak, bukan penyimpan emas yang kena pijak!
Harga Emas Public Gold GAP
RM506 = 1gram
RM253 = 0.5gram
RM100 = 0.1976gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 13-06-2025 @ 0915 (Revised1)
Analisis harga emas 14/6/2025.

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
FAKTOR PALING PENTING UNTUK BERJAYA

Memang betul ada beberapa faktor yang boleh menolong seseorang menjadi berjaya. Faktor-faktor tersebut termasuklah:

- Tempat anda dilahirkan
- Sekolah anda
- Tahap kekayaan ibubapa
- Tahap kekayaan saudara mara
- Kejiranan
- Rakan-rakan

Tetapi faktor yang paling penting dan paling utama ialah DIRI ANDA SENDIRI – ilmu, usaha, disiplin, pengorbanan. Tanpa semua ini, semua faktor lain itu adalah nice to have sahaja.

Dapat sesuatu?
🔥 Throwback harga emas dari tahun ke tahun…

2000: RM35 
2005: RM55 
2010: RM125 
2015: RM150 
2020: RM210 
2022: RM275 
2024: RM403 
2025: RM508!😱

📈 Nampak tak trend dia? Naik dan terus naik!

Kalau dari dulu asyik tunggu harga turun,

Sampai sekarang pun mungkin masih menunggu 🙈

Jangan tunggu lagi. 
Orang yang untung ialah yang berani mulakan tindakan pertama, bukan yang tunggu sempurna.

Tuan puan,
Simpan emas untuk lindungi nilai duit.  Beli je sikit-sikit, asal konsisten. 

Untung ke untung?
Biar masa yang gandakan nilainya.

Dapat sesuatu?
Harga Emas Public Gold GAP
RM503 = 1gram
RM252 = 0.5gram
RM100 = 0.1988gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 17-06-2025
Gais.

Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergerak dalam kadar yang extreme dalam tempoh sehari.

Naik dan turun boleh melebihi 100 usd/Oz. Memang berpinau mata tengok 🤭

Walaupun arah pergerakan harga dalam jangka pendek sukar diramal,
data sejarah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun yang lalu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24.80%.

Lebih signifikan lagi, dalam tempoh dua dekad, nilai emas telah meningkat secara kumulatif sebanyak 767.55%

Angka-angka ini memberi isyarat jelas tentang potensi emas sebagai aset yang stabil dan menguntungkan. Namun mesti jangka masa panjang.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pasaran tidak akan pernah berada dalam keadaan “stabil sepenuhnya”.

Fluktuasi adalah sebahagian daripada sifat semula jadi pasaran kewangan, termasuk pasaran emas.

Oleh itu, menunggu harga emas turun ke paras tertentu mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih besar – iaitu untuk memiliki emas itu sendiri.

Strategi yang terbukti berkesan dalam menghadapi ketidaktentuan ini adalah menyimpan emas secara konsisten, tanpa terlalu bergantung kepada spekulasi jangka pendek.

Kemudian, strategi kedua adalah “fikir long term”

Ingat, beli dahulu dan tunggu, bukannya tunggu dahulu baru beli.

Baru anda akan rasa tenang.

Sebagai orang yang dah 17 tahun dalam bidang ini (since 2008) inilah yang saya pegang.

Gais.

“Sayang emas dan emas akan sayang anda balik 10 kali ganda 😍

“Love gold and good will love you back 10x 😍

Sila share jika bermanfaat.

Kredit nota: Tuan Syukor Hashim
Business owners, pesara, dan tuan puan yang nak mengalihkan sebahagian dari simpanan ASB, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya ke dalam bentuk emas, boleh pilih jongkong 250gm ni ya.

Hari ini 17 Jun 2025, harga 250gm adalah RM123,828.

Beli 250g percuma 1gm emas.

Boleh hubungi saya untuk cara pembelian :

https://bit.ly/MariaARahim

#250gm
Public Gold GAP
RM 100 = 0.1996 gram
RM 501 = 1.0000 gram

Harga GAP 🔽 RM 2

Terendah: RM 409 (1 Jan 2025)
Tertinggi: RM 533 (22 Apr 2025)

Dikemaskini: 18 Jun 2025
🌟🥇𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇, 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐁𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟗𝟗𝟗.𝟗!🥇🌟

Miliki Durian Emas berketulenan 999.9 dua raja durian paling unggul — 𝐌𝐮𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐢𝐧𝐠 & 𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 𝐓𝐡𝐨𝐫𝐧! 🍃💛

Durian - terkenal sebagai 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚, 𝐬𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐰𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚. Bawa pulang Durian Emas anda hari ini, kerana kuantiti yang dikeluarkan adalah terhad - sepertimana musim durian, yang dirindu dan dikenang-kenang selalu!

💛 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐤𝐨𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐢𝐧𝐢?
Rekaan pertama di dunia gold bar diukir dengan bentuk durian Musang King & Black Thorn
Hadiah unik & koleksi istimewa untuk peminat durian tegar
Edisi terhad — 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 unit bagi setiap rekaan, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐞𝐭𝐚𝐤!

📌 𝐓𝐨𝐩 𝐔𝐩 𝐆𝐀𝐏 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 dan pastikan anda jadi antara yang terawal memiliki 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐁𝐚𝐫 "𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬" yang eksklusif dan memukau ini!

Tertakluk kepada terma & syarat.

http://bit.ly/MaiRahim_BuyGAP

#PublicGold #RajaDurianGoldBar #MusangKing #BlackThorn #KoleksiEksklusif #DurianDalamEmas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner