MaiPGEMas
11 subscribers
2.82K photos
56 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
MGA is proud to welcome YaPEIM Gold as a distinguished new member of our association. YAPEIM Gold is the flagship gold brand of YAPEIM Gold Sdn Bhd (YGSB), a company established on 16 December 1997. Since 2014, YGSB has focused on the gold business, officially launching the YAPEIM Gold brand on 27 August 2014 during the Kuala Lumpur Gold 2014 event officiated by the then Prime Minister of Malaysia at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

With a mission to help Muslims own gold in a Shariah-compliant manner and to lead the formation of a Muslim gold traders consortium, YAPEIM Gold is committed to offering competitive, high-quality, and accessible gold products. It also aims to be the preferred supplier, especially for Muslim gold traders, supported by a strong and extensive marketing network across Malaysia.

MGA always encourages and welcomes more key leaders in the Malaysian precious metals industry. If you’re interested in joining us, reach out at info@mga.my

#MalaysiaGoldAssociation #MGA #YAPEIMGold #ShariahCompliantGold #GoldBusiness #IndustryLeaders #BusinessNetworking #GoldCommunity #unityisgold
Assalamualaikum semua.

Jom jamu mata dengan koleksi sahabat kita. Baru terima je ni 😍😍

14 keping semuanya dalam satu parcel sebab masih bawah 21.25g.. kos shipping hanya RM25 sahaja. Cuma kos premium RM220😮..mahal kan

Kenapa mahal? Sebab setiap satu kad ada kos premium masing-masing antara RM10-RM15 sekeping. Total 14 keping, jadilah RM220.

Sebab itu emas ini hanya sesuai untuk penyimpan emas koleksi. Apa maksudnya? Penyimpan ini telah ada koleksi semua item besar dari 100g hingga 10g, 10 Dinar hingga 1 Dinar.  Maka barulah beliau kumpul emas 1g pula.

Bagi kita yang belum ada pun 1 Dinar, cuba kumpul dulu dalam GAP dan keluarkan 1 dinar. Lebih jimat dari segi kos premium dan sangat mesra ar-rahnu.

Sekian sembang petang Jumaat 🥰

Pada yang belum tahu apa itu Akaun GAP -> publicgold.me/pg00096239/akaun-gap
1. Seorang pembaca telah menghantar grafik berikut kepada saya.

2. Saya terpaksa menahan ketawa membaca komen hamba Allah di dalam grafik ini (saya tidak mengenali siapa penulis kerana identiti beliau disembunyikan). Beliau membuat 2 komen, dan kedua-duanya silap! Worse, dia mentertawakan orang walhal dia sendiri yang silap!

3. Jadi pada pandangan penulis, sesiapa yang membeli emas sekarang silap besar kerana harga emas jatuh. Ini adalah pelik kerana harga emas – seperti harga kebanyakan saham, unit amanah dan crypto – naik turun setiap minit! Takkanlah kerana harga emas jatuh $1, $10 atau $100, pelaburnya silap?

Next, kita melabur bukan bergantung kepada prestasi harga seminit, sehari atau sebulan. Kita melabur bergantung kepada prestasi harga long term (2 tahun atau lebih) dan lebih utamanya, prospek pelaburan tersebut di masa hadapan. Dan mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tidak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi dihari-hari akan datang adalah tinggi.

Jadi langkah untuk melabur dalam emas hari ini adalah langkah yang baik dan bijak.

4. Apa yang lebih lawaknya, penulis menyatakan yang USD disandarkan dengan emas! Sebenarnya, hubungan USD dan emas telah diputuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 – 51 tahun yang lalu! Jika fakta ini pun penulis tidak tahu, besar kemungkinan banyak lagi maklumat yang beliau kongsikan di medsos juga silap.

5. Jadi saya rasa sipenulis perlu menambahkan ilmu tentang wang, ekonomi, financial planning dan sejarah sebelum beliau meneruskan syarahan beliau tentang subjek ini.

6. Apa pendapat anda?

kredit: tn azizi ali
Harga Emas Public Gold GAP
RM477 = 1gram
RM239 = 0.5gram
RM100 = 0.2096gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 17-05-2025
Antara sebab tak beli emas ialah,

Alasan 1 : Harga emas Mahal.

Jawapan Balas : Baguslah jika emas Mahal sebab kita menyimpan benda yang Mahal kan bukan benda murah😁

Alasan 2 : Bahaya & Takut Dicuri.

Jawapan Balas : Iphone kita biasanya letak merata tempat. Ada ketikanya kita letak atas meja Rilek aja. Harga Iphone kita mencecah RM5 Ribu Ringgit sedangkan 1gram emas hanya sekitar RM500/gram sahaja. Nampak? 🥳

Alasan 3 : Duit belum ada.

Jawapan Balas : Sebenarnya bukan duit belum ada tetapi kita belum bersedia dan menyebabkan kita selalu beralasan dan bertangguh. Dalam pemikiran kita, emas bukan keutamaan. Yang utama bagi kita handbag Coach, Kasut Adidas, Jam Bonia, makanan western setiap hari dan lain lain 😜

Begitulah 3 alasan. Ini alasan yang selalu kita dengar. Jika nak disenaraikan satu persatu, sampai esok tidak habis 😅

Jom mulakan simpanan emas. Saya bantu secara PERCUMA 😁✌🏻
https://bit.ly/MaiRahim_CaraBermula

Maria A Rahim
Priority Dealer Public Gold
Inilah fakta prestasi peningkatan harga emas dalam 10 tahun ke belakang. Bagaimana dengan 10 tahun ke depan?

Simpan emas tak pernah ada istilah terlambat. Mulakan sahaja.
bit.ly/MariaARahim
Nak miliki 5 GRAM ini?

Cadangan saya buat melalui GAP, berbanding beli seketul terus.

Buat melalui GAP lebih jimat.

Caranya, mula menabung GAP sekarang.

Ada 5 gram dalam GAP, dapat boleh keluarkan gold bar 5 gram ni.

5 gram hari ini kalau beli terus RM2,500.

Buat melalui GAP harga hari ini,
RM477 x 5 = RM2,385
Gold premium RM10 + GIT RM15
Total RM2,400 dapat sekeping 5 gram.

Jimat RM100... boleh topup emas GAP lg. kan😍

Nak mula simpan, klik di sini.
https://bit.ly/MaiRahim_CaraBermula
1 Dinar 999.9

1. Boleh beli dengan 10x bayar
2. Beli 8 keping, jadi Normal Dealer
3. Beli 16 keping, jadi Priority Dealer

"Kambing" ni tak susah nak jaga. Kalau ada duit lebihan, sila grab terus promosi ni.
wasap.my/60107196085/NakDinar
Gais,

Baru-baru ini ada orang tanya saya pasal syarikat emas yang jual emas 20g tapi dapat 100g.

Dengan kata lain, ini strategi istimewa sebab beli 1 dapat ganda 5.

Apenii???

Well gais, nasib baik saya dah kenal emas sejak 17 tahun lepas.

Bukan setahun jagung saya dengan emas, tapi dah 17 tahun jagung 🤭

Jadi saya boleh cerita pengalaman saya dengan konsep jualan emas seperti ini.

Untuk pengetahuan anda, konsep modal 20% ke 30% daripada harga emas tapi dapat emas 100% nie dah wujud sejak tahun 2008.

Lama dah syarikat emas pakai strategi nie.

Takde apa yang specialnya.

Sebab apa? Baca sampai habis.

Tahun 2008 sampai 2011 nie adalah zaman trend harga emas menaik.

Jadi, ada satu company ketika itu, namanya Etika Emas Estet Sdn Bhd aktif buat promosi beli emas 100g dan dapat 300g.

Wow! Cammana beli seketul 100g tapi dapat 3 ketul? (300g)?

Jawapannya; anda bayar untuk 100g, lepas tu company Etika Emas akan tambah lagi 2 ketul.

Kemudian, ketiga-tiga ketul 100g tu akan digadaikan di Arrahnu Bank Rakyat.

Waktu tu arrahnu bank rakyat bagi pinjaman buat penggadai kali pertama dalam 65%.

Jadi, hasil gadaian 300g tu (termasuk yang anda bayar full 100g) SEMUANYA diserahkan kepada agen syarikat sebagai duit belian baki 200g tu.

Jadi, anda sebagai pembeli dapat 300g dan syarikat penjual dapat duit untuk 200g tadi.

Walaupun pembeli dapat 300gram, tapi semuanya dalam arrahnu kan?

Walaupun pembeli dapat 300 gram,
Tapi ia datang dengan hutang arrahnu untuk 300g dan upah simpan yang nak kena bayar setiap 6 bulan.

Lepas tu, pembeli diajar teknik overlap surat gadai.

Maksudnya bila harga emas naik, diorang pergi buat surat gadaian yang baru dengan nilai emas yang baru. Jadi akan ada lebihan duit dari arrahnu dan upah simpan telah ditolak siap-siap.

Pembeli seronok sebab dapat duit lebihan dan tak payah bayar upah simpan.

Dia tak sedar yang dia bakal terjerat dengan pinjaman yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih tinggi untuk surat kedua tu.

Jadi gais,

Selagi harga emas naik, selagi itu diorang repeat proses buat surat gadaian baru, dapat duit dan upah simpan tak payah bayar.

Hdup pembeli emas secara arrahnu ini sangatlah indah sehinggalah….

Bila gold market berada dalam trend menurun mulai hujung tahun 2011.

Jadi, pembeli tak boleh renew surat sebab harga emas jatuh dan mereka terpaksa membayar upah simpan setiap 6 bulan.

Kalau bayar sekali takper… tapi kalau trend harga emas jatuh lebih setahun?

Memang habis koyak pembeli emas mereka. Waktu tu ramai yang terlelong emas mereka sebab tak mampu bayar upah simpan dan pinjaman, sebab amountnya dah jadi terlalu besar.

Over leverage.

Sebab tu kaedah jualan emas tersebut dah pupus ketika zaman 2011-2015 waktu trend harga menurun.

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2009, syarikat Etika Emas Estet tu disiasat oleh Bank Negara.

Jadi terus terbenam syarikat tersebut dan habis agen-agen mereka meroyan.

Pembeli emas mereka tersepit sebab kena tanggung upah simpan dan company tak boleh beli balik emas tu kat arrahnu.

Last-last emas terlelong atau kena jual kat pembeli surat pajak dengan harga yang rugi.

Disebabkan insiden Etika Emas Estet inilah, banyak arrahnu bank ketika itu mengambil keputusan untuk TIDAK MENERIMA gadaian jongkong emas ketika itu.

Jadi, nampaknya sejarah bakal berulang lagi.

Dengan kenaikan harga emas sekarang, dah wujud kembali teknik beli emas dengan modal 20%.

Kalau arrahnu di Malaysia tak ambil cakna perkara ini dan membiarkan ia berleluasa, nescaya ia bakal mengundang kesan buruk di masa akan datang.

Gais,

Dalam emas nie, tak payahlah terliur dengan janji-janji untung banyak dan untung cepat dan modal sedikit dapat emas banyak.

Semua tu terbukti bohong.

Namun, sekiranya anda tidak pernah ditipu sepanjang anda hidup dan anda nak untung cepat, saya cadangkan anda beli sebanyak mungkin emas dengan konsep bayar 20% nie.

Ia sangat bagus untuk anda.

Sebab guru emas saya pernah berpesan

“Setiap orang perlu ada pengalaman kena tipu at least sekali dalam hidupnya.

Kalau tak kena tipu sekarang, bila lagi? 🤭
Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Harga Emas Public Gold GAP
RM480 = 1gram
RM240 = 0.5gram
RM100 = 0.2083gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 18-05-2025
Beza tak antara kertas dan emas?
Jauh bezanya...

Kata guru emas saya, nilai duit kertas jatuh tak sama dengan harga emas jatuh.

Harga emas jatuh, orang serbu pergi beli emas.

Duit kertas jatuh, orang lari... Orang tak berani pegang duit kertas tu banyak-banyak.

Kenapa orang tak beli banyak duit kertas?

Sebabnya, duit kertas bila ia jatuh, ia adalah kertas. Berbeza dengan emas. Harga emas bila ia jatuh, ia adalah emas!😍

Jom simpan emas banyak²
bit.ly/MariaARahim
#TabungEmas

JANGAN BERMULA DENGAN EMAS 0.1 GRAM?

Simpan emas bukan sekadar ada emas tetapi salah nilainya.

Membeli emas kecil seperti 0.1 gram ada kelebihan dari segi mampu milik, tapi ia juga ada beberapa kelemahan yang penting untuk kita fahami:

1. 📌Harga per gram sangat mahal

Emas 0.1 gram biasanya dijual pada harga jauh lebih tinggi per gram berbanding emas yang lebih besar (1 gram ke atas).

Contoh: Jika 1 gram emas berharga RM480 di Public Gold, 0.1 gram boleh dijual RM122–RM165. Di kedai kedai emas hari ini

Jadi, harga per gram boleh jadi RM1220–RM1,650, iaitu 2-3 kali ganda lebih mahal.

2. 📌Susah untuk dijual semula

Tidak semua pembeli emas, ahrahnu atau kedai emas akan beli balik emas sekecil ini. Ia hanya senipis kertas sahaja.

Spread (perbezaan antara harga beli dan jual) sangat tinggi, jadi rugi banyak kalau jual balik.

3. 📌Risiko hilang atau tercicir

Saiz sangat kecil, mudah tercicir atau hilang tanpa sedar. Semakin kecil, semakin mudah hilang dari pandangan mata hati kita kawan.

4. 📌Tidak praktikal untuk simpanan jangka panjang

Emas adalah simpanan jangka panjang. Kalau niat untuk simpanan kekayaan atau lindung nilai (hedging), lebih baik beli saiz 1g, 5g, 10g, 50g atau 1 dinar, 5 dinar , 10 dinar lebih besar.

Emas 0.1g lebih sesuai untuk pendidikan, hadiah, duit raya, atau promosi pemasaran, bukan pelaburan sebenar.

Kawan kawan,

Kalau bajet kecil dan nak mula belajar, emas 1gram boleh jadi titik mula simpanan emas.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, bukan sekadar ada emas sahaja.

Tapi untuk pelaburan jangka panjang, lebih baik kumpul duit dan beli minimum 1-10 gram ke atas untuk nilai yang lebih berbaloi.

Simpan Emas Jangan Sampai Lemas

kredit: Tn Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas PG Juga
Mindset Sebenar Seorang Penyimpan Emas‼️

Kalau anda beli emas dan terus fikir nak jual semula, itu cara fikir yang salah bagi penyimpan emas.

Sebab penyimpan emas mesti ada gaya pemikiran ini :

1. Apa matlamat simpan emas?
TARGET
2. Berapa banyak Gram nak simpan?
JUMLAH
3. Nak simpan sampai bila?
MASA

Ramai yang dah berjaya sebab berfikir begini. Ramai yang gagal pula sebab sebelum beli dah fikir nak jual semula.

Takkan kita beli rumah hari ini esok terus fikir nak jual kan?

Kereta pun kita beli tak terus fikir nak jual. Kalau fikir bila nak jual dan berapa dapat kalau jual, alamatnya tak terbeli kereta sampai bila-bila lah. 😂

Jom bijak simpan emas
bit.ly/MariaARahim