Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.08K photos
58 videos
551 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Analisis harga emas 3/7/2025

Gais.

Malam nie harga emas jatuh. Apa sebabnya?

Jom saya buat analisis untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan data pekerjaan bulan Jun yang lebih baik daripada ramalan.

Nonfarm payrolls meningkat sebanyak 147,000 pekerjaan, mengatasi jangkaan 111,000.

Kadar pengangguran juga turun kepada 4.1%, lebih rendah berbanding unjuran.

Walaupun pertumbuhan gaji bulanan sedikit perlahan kepada 0.2%, keseluruhan laporan ini menunjukkan pasaran buruh AS masih kukuh.

Apabila pasaran buruh US kuat, maka harga emas akan jatuh.

Data pekerjaan yang positif biasanya mengurangkan peluang Federal Reserve (Fed) untuk menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Kadar faedah yang lebih tinggi cenderung menguatkan Dolar AS dan memberi tekanan penurunan kepada harga emas.

Sentimen pelabur juga mungkin lebih yakin terhadap ekonomi, menjadikan emas kurang diperlukan sebagai aset selamat buat sementara waktu.

Kesan daripada laporan NFP malam nie adalah, harga emas jatuh sehingga 22.76 usd / Oz.

Sekian melaporkan.

#Emas #PelaburanEmas #EkonomiAS #DataPekerjaan #FederalReserve #HargaEmas