Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.09K photos
58 videos
553 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
#TabungEkonomi

TIDAK HORMATI EKONOMI NEGARA LAIN?

Tindakan Trump isytihar tarif baru dianggap:

1. Tidak menghormati ekonomi dagangan negara lain:

Mengambil keputusan secara unilateral tanpa mempertimbangkan impak kepada rakan dagang negara lain.

Menjejaskan prinsip perdagangan bebas dan adil yang menjadi asas hubungan ekonomi antarabangsa.

2. Mementingkan diri sendiri (self-centered):

Fokus utama adalah keuntungan jangka pendek untuk Amerika Syarikat semata-mata.

Mengabaikan kerjasama ekonomi global dan saling kebergantungan antara satu negara dengan negara lain. Kira dia saja nak untung!

3. Gopoh dan tidak berunding:

Tiada rundingan diplomatik atau ekonomi sebelum pelaksanaan tarif ini diistiharkan. Tindakan gopoh dan merugikan Amerika selepas 100 hari jadi Presiden!

Mengejutkan pasaran global dan mewujudkan ketidaktentuan (uncertainty).

4. Terlalu semberono dan agresif:

Keputusan dibuat berdasarkan sentimen politik domestik, bukan keseimbangan global.

Menyebabkan ketegangan dan potensi perang perdagangan (trade war). Banyak kesan buruk dari baiknya kini kelihatan.

Manakala,

Pendekatan China pula dilihat lebih harmoni dan strategik:

1. Mengutamakan diplomasi dan jalinan kerjasama:

Melalui lawatan rasmi ke negara-negara ASEAN dan lain-lain sebagai tanda hormat dan kepercayaan. China kini di Malaysia 3h2m!

Mengukuhkan hubungan dua hala dengan kerjasama win-win.

2. Mencari tapak ekonomi baru:

Mengembangkan pengaruh ekonomi melalui pelaburan, pembangunan infrastruktur, dan inisiatif seperti Belt and Road.

Menyediakan alternatif kepada model perdagangan yang terlalu bergantung pada Barat.

3. Pendekatan lembut tetapi berkesan:

Tidak menggunakan ugutan ekonomi tetapi membina kepercayaan dan pengaruh jangka panjang.

Diterima lebih positif oleh negara membangun dan serantau.

Sebuah kuasa besar yang membina tembok demi melindungi dirinya, lambat laun akan mendapati dirinya terkurung dalam ketakutan ciptaannya sendiri.

Perdagangan bukan medan pertarungan ego, tetapi jalinan nasib antara bangsa yang mencari makna dalam saling bergantung sesama.

Bila dagang dijadikan senjata, kepercayaan jadi korban, dan kuasa akhirnya sepi tanpa sahabat.

Azizul Azli Ahmad
Ekonomi Pasca Amerika