NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungEkonomi

DAMPAK PERANG PADA EKONOMI DUNIA

1. Ekonomi masih dalam fasa sedang membaik pulih kesan dari Covid-19 dan peperangan antara Rusia dan Ukrine. Jika inventasi antara dua negara ini kekal lama dan panjang, maka dampak kepada ekonomi dunia akan semakin parah.

2. Harga Minyak dijangka Melonjak . Sejak Rusia dan Arab Saudi mengurangkan bekalan  minyak untuk mengurangi bekalan, negara seperti Iran, Iraq dan Libya meningkatkan pengeluaran minyaknya. Ini dilakukan untuk mengimbangi tekanan permintaan pasaran.

3. Hubungan diplomatik antara Amerika dan Iran sebenarnya semakin baik kerana mula boleh memasarkan minyak Iran kembali ke pasaran antarabangsa hasil hubungan ini.

4. Tetapi konflik geopolitik Isra*l (sekutu Amerika) dengan Pal*stin (Sekutu dokongan Iran) dijangka akan memicu kembali pasaran minyak di Timur Tengah, terutamanya dari Iran, Iraq dan Libya.

5. Ini akan menjadikan harga minyak kembali meningkat ditengah keperluan yang tinggi serta menjelang musim sejuk. Musim yang memerlukan banyak bahan bakar serta aktiviti ekonomi China yang sedang meningkat.

6. Tekanan inflasi dijangka meningkat kerana negara terlibat merupakan penyumbang pengeluaran minyak terbesar buat Amerika.

7. Nilai Dolar dan Harga Emas. Konflik ini dijangka panjang dan akan mendorong orang untuk beralih kepada aset safe haven seperti emas dan matawang dolar AS antaranya.

8. Jika permintaan emas meningkat, maka harganya akan meningkat sebagaimana harga emas sewaktu covid-19 yang lepas.

Bersediakah kita akan kesan dampak ekonomi yang akan berlaku kesan konflik baru ini.

Perubahan cuaca yang menjejeskan bekalan makanan dunia.

Apakah yang sedang kita persiapankan buat diri kita?

Belajarlah Simpan Emas

credit dr Azizul Azli Ahmad
#TabungEkonomi

Pesan bijak pandai, "Jangan letak semua telur dalam satu bakul. Jika satu busuk, semua akan membusuk".

Pesan ini ada benarnya,  Maka dalam keadaan gawat jika kita ada pelbagai aset amatlah bagus dan baik sekali.

1. Aset Tunai, ini paling baik dan mudah dicairkan. Bila bila nak guna boleh ambil terus. Letak tunai ini didalam ASB, deposit tetap dan Tabung Haji sahaja, jangan jadikan bentuk emas atau letak bawah bantal.

2. Aset Emas, Saham, Unit Amanah, hanya perlukan sedikit masa untuk ditukar menjadi tunai. Ia juga baik kerana mudah dapatkan tunai kembali dengan segera.

3. Aset Boleh Cagar, seperti Emas, Hartanah dan Sijil ASB kita. Ia membolehkan kita mendapatkan sejumlah wang tetapi dengan hutang baru, kos simpanan dan tempoh baru. Ia tetap sangat bernilai waktu begini

4. Aset Susah Cair, hartanah paling lambat terkesan waktu gawat juga lambat untuk dicairkan untuk mendapat nilai tunai. Proses jual makan masa tetapi ia memiliki nilai yang baik dan tinggi kebiasaannya.

5. Aset Aliran Tunai, Pendapatan dari sewa kedai, lori, tanah, rumah, kebun, unta dan sebagainya antara aset yang baik waktu gawat. kita kekal mendapat bayaran sewa seperti biasa .

6. Aset Perlindungan Takaful, Aset kecemasan ini membantu kita jika kehilangan pendapatan dan keupayaan kerja.

Malapetaka kewangan terbesar ialah bila dibuang kerja atau hilang upaya kerja. Maka perlindungan Takaful kekal penting dan jangan diabaikan saat begini kawan kawan.

Rendahkan kadar polisi atau bincang kembali dengan ejen anda tetapi janganlah sampai berhenti. Saat begini, takaful penting melindungi diri dan keluarga kita.

Letak aset kita dalam pelbagai bentuk aset agar keseimbangan berlaku. Jika saham jatuh, setidaknya emas naik harga atau sebaliknya.

Jaga diri dan keluarga kita, pelbagaikan aset yang ada

Azizul Azli Ahmad
#TabungEkonomi

BEHAVIORAL ECONOMICS

1. Istilah ini popular sejak tahun 2008 ketika berlaku krisis ekonomi waktu itu. Ahli politik yang malas berfikir akhirnya mengambil pendekatan salahkan kejatuhan ekonomi ini kepada rakyat.

2. Rakyat tidak pandai berbelanja, tak bantu kawal harga barang . Harga barang naik disebabkan oleh rakyat yang tak cakna barang naik. Barang naik tetap juga beli.

3. Bila ada yang bercakap rakyat kena bijak, kena kawal, kena ambil tahu. Seolah olah kesalahan itu sedang diletakkan kepada rakyat.

Kerajaan hanya buat sidang media. Ini disebut Behavioral economics.

Menteri Ekonomi dah tak boleh pakai strategik ini!

4. Isu harga barang naik ini adalah real economics sebenarnya, semua barang bukan hanya di Malaysia naik harga tetapi seluruh dunia.

Perubahan iklim dunia mempengaruhi daya sumber makanan sebenarnya.

Ini hakikat yang kita semua kena terima dan sedar. Tetapi ahli politik tak didik dan sedarkan masyarakat tentang ini.

Mereka saling salah menyalahkan disebabkan parti politik punca barang naik harga. Woha!

5. Negara kecil macam kita yang import lebih RM60 bilion bahan makanan setahun pastinya akan terkesan oleh faktor perubahan iklim dunia, peperangan, ekonomi negara besar.

Rakyat tak nak peduli semua ini, yang rakyat mahukan adalah penyelesaian.

Apa penyelesaian yang kerajaan sediakan?

6. Harga barang ini adalah modal politik yang 'paling agung' dan sedap untuk dijadikan bahan ceramah politik.

Orang suka dengar dan boleh jadi bahan gelak ketawa. Masih ingat peristiwa harga kangkung satu masa dahulu?

7. Harga makanan adalah ekonomi langsung, semua orang dapat rasakan akhirnya. Makanan semakin mahal dan makin tak masuk akal adakalanya.

8. Kata orang Jawa, 'if the pie is not big enough, make a bigger pie'.

Masalah telur ayam bukannya permintaan terlalu tinggi, tetapi faktor luaran seperti kenaikan harga makanan ayam, kekurangan pekerja asing, tukarang matawang dan monopoli telur ayam ini dah menjadi 'raja ekonomi' sama seperti ayam sebelum ini.

Apa yang kerajaan boleh buat, kurangkan monopili sebagaimana kerajaan tegur pengusaha 'beras'.

Galakkan petani buat tanaman sumber makanan ayam, masukkan warga asing kerja ladang dan pemantauan.

10. Kerajaan harus datang dengan idea yang lebih bombastik sebagaimana kerajaan pernah jadi pembangkang dulu.

Jika dulu garang macam singa, jangan jadi kerajaan manja macam kucing Parsi pula.

11. Hanya pandai semak harga barang dari satu kedai kesatu kedai tidak akan bantu para suami yang tolak troli beli barang tiap bulan ini.

12. Zaman saya kerja pasaraya dulu, pasaraya akan amalkan konsep 'loss leader pricing' musim raya cina begini.

Harga limau kotak dimurahkan dari harga modal, tetapi harga minuman kotak, tin dan arak ditinggikan.

Takkan beli limau sahaja tak beli air kotak?

Takkan nak start engine kereta beli air kotak dekat Mydin pulak?

Harga barang akan kekal menjadi modal politik paling agung untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Selagi kerajaan mengamalkan Behavioral economics, kerajaan susah nak kekal lama.

Azizul Azli Ahmad
Suka Dengar Gebang Menteri