NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras TERTINGGI dalam sejarah, melepasi $3,200 (RM15,200+) / Oz.

Apa yang sedang berlaku? Kenapa ramai pelabur berebut-rebut membeli emas sekarang?

Sebab pertama adalah ketegangan perdagangan global.

Presiden AS, Donald Trump, sekali lagi menggegarkan pasaran dunia dengan dasar tarif yang tidak menentu — menyebabkan ketidakyakinan besar terhadap ekonomi global. Tarif ke atas barangan China kini mencecah 145%

Ini menyebabkan pasaran saham, bon, dan mata wang dolar AS semuanya bergoncang.

Gais.

Dalam situasi macam ni, pelabur akan lari ke “asset perlindungan” paling selamat dan dipercayai iaitu EMAS.

Faktor kedua, kenapa emas naik? Asbab permintaan Meningkat dari Bank Pusat.

Bukan orang biasa aje yang beli emas, bank-bank pusat seluruh dunia pun sedang beli emas dalam kuantiti besar. Mereka tahu, dalam waktu ekonomi tidak menentu, emas adalah pelindung kekayaan yang terbaik.

Faktor ketiga, kadar Faedah Dijangka menurun. Federal Reserve (bank pusat AS) dijangka akan memotong kadar faedah 3 hingga 4 kali tahun ini.

Bila kadar faedah turun, emas jadi lebih menarik kerana ia tak beri faedah, tapi nilainya naik bila matawang US dollar lemah kerana interest rate jatuh.

Gais.

Minggu ini sahaja, harga emas naik hampir 6%. Satu lonjakan besar dalam masa singkat!

Apa maknanya untuk kita di Malaysia?

Kalau anda eorang peyimpan emas, TAHNIAH! — anda berada di laluan yang betul.

Dan kalau belum mula simpan emas, mungkin ini masa terbaik untuk bermula.

Dalam dunia yang semakin tak menentu, satu perkara yang pasti - Emas kekal bernilai dan semakin menaik.

Ingat, beli emas fizikal Public Gold atau akaun emas yang bersandarkan emas fizikal seperti akaun emas GAP.

Jangan terpedaya dengan emas ganda-ganda.

Semoga anda untung dengan emas.

#notaemassyukorhashim #publicgold
#Emas #pelaburanemas
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Analisis harga as 15/6/2025

Gais.

Al Jazeera hari ini telah membuat laporan tentang gelombang kedua serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Hari ini (15/6/2025) konflik antara Iran dan Israel mencapai tahap baru apabila Iran melancarkan gelombang kedua serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Israel.

Situasi ini bukan sahaja meningkatkan ketegangan serantau, malah akan memberi kesan langsung terhadap pasaran kewangan global — khususnya pasaran emas.

Kita boleh melihat tindakbalas harga emas pada jam 6.00 pagi Isnin nanti apabila pasaran emas Asia dibuka.

Jika konflik terus memuncak dalam tempoh 24 jam akan datang, harga emas dijangka meningkat antara 0.5% hingga 1.5%, disokong oleh aliran masuk modal ke aset selamat (emas)

Kesimpulan:

Situasi geopolitik Iran vs Israel semasa menjadi pemangkin penting kepada pergerakan harga emas.

Dalam persekitaran penuh ketidakpastian ini, emas bukan sekadar komoditi — ia kini dilihat sebagai aset strategik utama dalam pengurusan risiko pelaburan.

Pelabur yang bijak bukan hanya tentang mencari pulangan, tetapi juga melindungi nilai kekayaan daripada risiko geopolitik yang tidak dijangka seperti yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

Silakan share jika bermanfaat.

Posting asal

https://www.facebook.com/share/1F35nQejeL/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas
#IranIsrael
#HargaEmas
(Analisis harga emas Ahad 22/6/2025)

Gais.

Nampaknya konflik di timur tengah menjadi semakin tegang.

Ini kerana konflik antara Iran dan Israel kini telah melibatkan US.

Hari ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, yang mengesahkan bahawa AS telah menyerang tiga tapak nuklear utama Iran — Fordo, Natanz dan Esfahan.

Serangan ini dikatakan telah “memusnahkan sepenuhnya” keupayaan pengayaan nuklear Iran.

Iran mengecam tindakan ini dan memberi amaran bahawa akan ada tindak balas yang dahsyat.

Ketegangan di Timur Tengah kini berada di tahap kritikal!

Gais.

Apa kesan serangan US kepada pasaran emas?

Saya percaya harga emas yang akan dibuka hari Isnin jam 5 pagi nanti akan naik banyak!

Persoalannya adalah, adakah konflik ini hanya sekejap ataupun ia berupaya menjadi konflik berterusan dan bertambah besar.

Konflik yang berterusan boleh menyebabkan harga emas terus naik.

Dalam jangka panjang: Selagi risiko geopolitik tinggi + inflasi kekal membelenggu + dasar monetari longgar (contohnya jika Fed beralih kepada dasar kadar faedah rendah) — maka harga emas berpotensi terus menaik hingga hujung 2025.

Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.

Adakah anda sudah bersedia menghadapi gelombang ketidaktentuan ini?

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas

https://www.facebook.com/share/p/1AnpB5EB14/?mibextid=wwXIfr