NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#TabungDiri

KEKAYAAN MASA

Mari kita renungkan sejenak.

1. Kita bekerja keras untuk ciptakan duit, agar kita ada 'masa untuk bercuti' bersama keluarga. Hasilkan duit untuk mencipta 'masa'

2. Tuhan berikan kita modal masa 24/7 untuk mulakan hidup agar dapat mencipta wang dan aset dari modal masa yang kita ada.

3. Sewaktu muda dan sihat, manfaatkan masa yang ada untuk mencipta wang dan aset agar kita ada 'masa untuk tua'.

4. Orang yang tak pedulikan masa zaman mudanya, akan kehilangan 'masa' untuk zaman tuanya.

5. Duit yang banyak, belum tentu menjadikan kita 'kaya masa'. Nak bercuti susah, nak kemana sebok kerja, tak ada masa buat keluarga, makan bersama keluarga juga susah. Kita belum kaya walaupun banyak duit.

6. Penghantar makanan sanggup melanggar lampu merah, hanya untuk mengejar masa demi imbalan duit. Nyawa pertaruhan mereka.

7. Orang terpaksa bekerja keras, menghasilkan banyak duit, duit bekerja buat mereka. Hanya untuk 'menciptakan masa' buat kita.

8. Selagi kita tidak beli aset, kita akan kekal bekerja untuk menghasilkan wang. Kita akan kekal kehilangan 'masa lapang'.

9. Selagi kita tak belajar bagaimana  'wang boleh menghasilkan wang', kita perlukan 'masa' untuk kekal bekerja dan hasilkan wang untuk hidup.

  "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

MENJELANG TAHUN BARU 2024

1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap habis juga.

2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2024. Baca disini saya beri banyak panduan percuma.

3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.

4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku.

5. Jika belum pandai menabung, buatlah #Tabung Bewarna.

6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari selamanya rugi.

7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.

8. Cari dan belilah sebuah buku yang baik untuk dibaca. Moga ia ubah minda karat kita ini. Bawa ia kemana mana.

Lakukan PERANCANGAN dan bina TARGET kita menjelang tahun baru.

" Malas la bro, baik aku travel".

"Ikut kau lah labu,  bila sesak jangan pinjam duit aku".

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri
Oleh: Dr Azizul Azli

AYAT AYAT CINTA LUKA

1. "Kau buat jer 'personal loan', dapat duit bagi kat kita orang laburkan" Bersedialah untuk lebur kawan.

2. "Sian adik kau tu, naik kereta buruk jer....buatlah loan beli Honda City baru kat dia satu" kata ibu sambil sapu kepala adik yang bongsu.

3. "Jangan risaulah, aku boleh bayar punya. Bukan banyak pun RM50k jer. Bulanan RM277 jer pun" cerita member kita yang bersungguh nak suruh kita buat hutang baru.

4. "Malulah pensyarah naik kereta Avanza, cikgu pun naik Alpaadhzzz"

5. "Aku tak derlah duit sekarang, tapi setakat bayar bulan bulan kereta engkau nie RM352 tu, boleh saja" kata kawan yang nak sambung bayar kereta kita.

6. "Ramai yang joint dengan kita orang dah kaya, tengok Dato Dinot nie. Siap ada wisma lagi" sambil tunjuk gambar Dinot atas kereta yang disewanya

7. "Dulu dia macam kita gak, lepas joint kopi pak belang, terus jadi kaya raya macam Dato Vida" sambil hirop kopi kapal api.

8. "Beli kereta dulu, senang nanti nak kemana mana. Boleh la aku tumpang pegi dating nanti ya" sambil dia kelip kelip mata depan kita buat muka tak boleh belah punya

9. "Jangan beli rumah kos rendah, malu orang tengok. Beli lambat sikit takpa, janji puas hati. Kita tunggu gaji naik ya bang" sambil gendong anak kelima dalam pangkuan.

10. "Alang alang beli biar puas hati, kita beli Honda Civic nie sekali jer. Nanti kita jangan beli dah kereta lain"

11. "Beli rumah dengan kita orang nie, kena masuk kursus ngaji dan solat. Boleh dapat pegi umrah dan haji percuma. Semua pembeli kita bekalkan air yasin dan doa, tak lupa kita bagi sekotak kurma" kata ustaz tapi jual rumah dimana mana

Jaga jaga ramai yang dah kena, peluang nak kena tetap ada jika kita leka

#PenipuDatangDalamPelbagaiWarna
#ShareJer
#TabungDiri

BINA SIKAP INI TAHUN 2025

1. Berhentilah berharap KEJAYAAN DATANG MENGETUK pintu rumah kita. Bukalah pintu dan keluarlah berlari mengejar impian.

Dengan hanya menonton tv, hadap sosial media, tidak mengubah apa apa. Tahun 2025 adalah tahun bergerak pantas dan berlari. Kita tidak menunggu sesiapa lagi.

2. Berhenti berusaha SENANGKAN SEMUA ORANG. Akan ada keputusan dan tulisan yang menguris hati orang kerana tidak bersetuju dengan semua pandangan.

Selagi kita yakin ia benar dan tepat, tulis dan lakukan. Jangan hanya berdiam. Tegaslah, akan ada yang berubah dan akan ada yang kekal menghina dalam diam.

3. Jangan fikir hidup ini penuh dengan PENDERITAAN dan tiada KEBAHAGIAAN. Kita boleh cipta bahagia kita sendiri, buang jauh jauh derita itu dan cipta bahagia sendiri tahun baru ini.

Bahagia itu kita yang cipta, bukan perlunya pengiktirafan orang baru kita rasa bahagia.

4. Jangan jadi PENAKUT. Semua keputusan ada risikonya, dengan diam dan tunggu orang lain akan bergerak dan tinggalkan kita.

Ketakutan paling besar adalah apa yang kita ciptakan dalam diri kita sendiri.

5. Jangan hentikan hujan. Jangan kawal benda yang kita tidak mampu buat, ia akan buat kita tertekan.

Belajar ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Semua perkara ada jalan keluarnya, cari penyelesaian. Ikhlaskan apa saja yang kita tak boleh kawal. Jangan buang tenaga kita kawan.

6. Jangan fikir negatif tentang diri sendiri, biar orang lain berfikir demikian. Belajar cipta rasa cukup.

Kita hidup di bumi yang perlu bergerak pantas tanpa perlu memikirkan buruknya diri ini. Bersyukurlah apa yang kita ada.

Raikan 2025 dengan kebaikkan dan menjadi lebih baik. Semoga Berjaya dan jadi Terbaik.

Azizul Azli Ahmad.

#CiptaBanyakKebaikanBaru2025
#TulisBaikBaik
#BuatBaikWalaupunKitaBelumBaik
#Kongsikan agar dapat dibaca ulang ulang sebagai ingatan
#TabungDiri

Ada dua modal besar dalam hidup ini. Usia dan pendapatan kita.

Jika kita masih ada usia, itu modal paling berharga.

Pada usia muda kita boleh bekerja dengan kuat untuk himpun duit, pilih kerja yang baik baik, buat banyak kerja waktu masih muda dan sihat.

Modal kita usia, sebab dengan usia muda kita banyak tenaga untuk kekal bekerja. Bila usia dan lanjut, kita tak banyak pilihan

Modal kedua kita adalah pendapatan, selagi ada pendapatan. Kita boleh menyimpan dan melabur.

Bila pendapatan kita besar, kita ada banyak peluang menyimpan dan melabur sebenarnya.

Manfaatkan pendapatan yang dapat untuk buat Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

Kawan kawan,

Di sekolah kita hanya diuji bila kita telah diajar. Ujian biasanya hujung tahun lepas sukatan pelajaran habis diajar.

Dalam kehidupan kita, kita selalunya diuji baru datangnya pengajaran.

Pengalaman gagal, ditipu dan hilang duit adalah pengajaran buat kita belajar.

Bila kita diuji dan kita tak ambil pengajaran, kita akan ulangi kesilapan yang sama sampai bila bila .

Tidak semua orang ditipu ada kesedaran ini. Maka bersyukurlah jika kita ada kesedaran awal ini.

Setelah berusia tua, Socrates belajar musik. Lalu ada orang berkata padanya,

"Apakah engkau tidak malu belajar di usia tua?". Dia menjawab, "Aku merasa lebih malu menjadi orang yang bodoh di usia tua."

Manusia yang bodoh bukan yang gagal SPM, tetapi yang tidak belajar sesuatu dari penipuan yang dialaminya.

Bertambahnya usia bukan berarti kita paham segalanya.

Usia senja bukanlah perkara sedih, ia boleh disyukuri jika kita berjaya selesaikan semua pekerjaan kita diusia muda.

Azizul Azli Ahmad
Manfaatkan Usia Muda
#TabungDiri

APA PEMBARIS DALAM KEHIDUPAN KITA?

Waktu berpeluang mengopi dengan seorang sahabat lama saya, di sekolah Seri Mahawangsa baru baru ini.

Kami banyak sembang bab kehidupan hari ini.

Dia dulu anak jadi Kedah, lepas kahwin terus jadi orang Trengganu kini.

Saya bertanya, "Apa pembatas atau pembaris dalam kehidupan kita?"

" Pembaris apa?" soal dia.

Pembaris yang saya maksudkan adalah metafora dalam kehidupan kita. 

Bagaimana kita mengukur kehidupan kita selama ini dan menilai tujuan hidup kita. 

"Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai pembaris kehidupan mereka sendiri sebenarnya" cerita saya .

Pembaris dalam metafora ini mewakili perkara perkara yang kita kejar dalam kehidupan ini.

Benda ini boleh jadi target atau tujuan yang bersifat personal.

Bagi kebanyakkan orang, tujuan hidup adalah wang dan kekayaan biasanya.

Bagi orang yang mengejar kekayaan, jumlah wang dan aset adalah ukuran kejayaan bagi mereka.

Namun, walaupun semua memerlukan wang. Kekayaan bukanlah pembaris bagi kehidupan semua orang .

Bagi sebahagian orang lain, ada yang memberikan definasi hidup pembaris atau batas kehidupan mereka adalah kebahagian keluarganya adalah keutamaan.

Apa yang dia lakukan, risiko apa yang dia ambil, sekaya apapun dia atau semiskin apapun dia .

Semuanya akan kembali kepada apa yang membuat keluarganya rasa bahagia akhirnya.

Kerana itulah pembaris atau pembatas kehidupannya.

Pembaris kehidupan setiap orang ini unik dan berbeza beza, dan tidak boleh dipaksakan untuk sama.

Bagi orang yang gemar traveling dan backpaker misalnya, boleh jadi pembaris kepada kehidupannya adalah berapa negara yang dia berjaya kunjungi dalam hidupnya.

Bagi seorang seniman, seberapa bebas dia boleh berkarya dan ekpresi karyanya, emosinya dan kebebasannya tanpa dihalang dan dilarang oleh sesiapa.

Sembang ini berlarut lama,

Tidak ramai orang boleh menjawab dengan tegas dan jelas apa pembaris dalam kehidupan mereka.

Mereka dengar orang suka traveling 40 negara, mereka pun nak jadi begitu juga.

Mereka dengar ada orang nak ada 20 hartanah sebelum bersara, mereka juga nak jadi sama seperti itu. 

Mereka kagum influencer dan ustaz kahwin 3, mereka nak buat juga.

Mereka nampak orang bawa Honda Ketam dan Ferrari belalang, mereka nak ada juga satu.

Jika kita ada pembaris kehidupan yang jelas, kita akan tahu  dimana kita harus berhenti atau sedar halangan halangan kepada tujuan hidup kita.

Kita tak sebok dan ikut nak jadi macam orang itu juga.

Kawan kawan yang mulia,

Tetapkan dan sediakan pembaris kehidupan kita, jangan semua benda kita nampak kita suka. Semua kita nak buat dan ada.

Nilaikan apa pembaris atau pembatas dalam kehidupan kita, dimana kita harus berhenti dan dimana kita boleh bermula.

Salam sabtu awal tahun 2025. Tetapkan apa pembaris atau pembatas dalam hidup kita tahun ini.

Belajar rasa bahagia dengan apa yang ada. Jangan semua benda nak ada dalam hidup kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

FASA KEHIDUPAN DAN KEWANGAN

Kita ada jangka masa sekitar 30 tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Mula kerja usia 25 dan jangkaan bersara pada usia 55 tahun.

1. Tamat belajar sekitar umur 25 tahun, kita mulakan 'perlumbaan' kehidupan ini. Kita berlumba dengan keluarga, kawan sekolah, mencari calon hidup.

Maka perlumbaan ini bermula. Waktu ini kita akan jumpa banyak lubang, kadang kita jatuh dan bangun untuk mula berlumba lagi.

2. Bila dah mula kenal ramai orang, kita akan mula jumpa calon jodoh hidup kita. Kos untuk 'satukan hati' zaman ini banyak belanja.

Angaran sekitar RM15k-RM20K itu pasti kena ada. Nak himpun itu sahaja makan masa 3-5 tahun juga, kecuali kita ambil jalan mudah buat loan.

3. Bila dah kahwin tentu nak ada kereta buat pasangan hidup kita, mula hidup cari kereta bawah RM35K sahaja dah cukup.

Beli sedan terus yang ada bonet luas macam Saga atau Bezza. Kita akan pakai sampai 9-10 tahun kedepan sampai habis loan. Biar besar terus senang nak masukkan troli anak nanti.

4. Rancang nak ada anak berapa orang, zaman kita dan mak bapak kita dah jauh sangat berbeza. Anak datang bersama tanggujawab, belanja urus anak bukan kecil lagi hari ini.

Pendidikan mereka tanggujawab kita. Rancang baik baik jumlah anak yang kita nak ada. Belanja besarkan anak (21 x 12 x 300) hari ini sekitar RM75,600 bergantung apa yang kita beri pada mereka sehingga usia 21 tahun.

5. Rumah antara hutang terbesar yang kita akan hadap sepanjang hidup kita. Hutang ini paling lama sekitar 35-40 tahun. Jika kita beli rumah RM300,000, biasanya jumlah keseluruhan hutang kita adalah RM900,000.

6. Sebagai muslim, pastinya kita ingin menunaikan haji semaktu masih lagi sihat dan mampu.

Mulakan menabung untuk diri dan pasangan kita. Kos haji sekitar RM11,000 bagi setiap orang.

7. Kita pastinya ada impian untuk melancong, berjalan dan cipta memori indah bersama keluarga dan pasangan kita.

Kawan kawan,

Dalam menuju semua ini,

Adakala pendapatan kita semakin naik dan semakin menurun.
Kesan pandemik, ramai orang kena potong gaji sekarang.

Kos sara hidup, tiada peri kemanusiaan. Apa yang berlaku ia tetap naik tanpa pedulikan sesiapa.

Rancanglah kehidupan kita dari sekarang.

Menabung dan Penuhkan ASB dan Tabung Haji.
Belajar buat simpanan emas untuk jangka panjang.
Belajar belilah hartanah untuk diri dan pelaburan
Belajar ilmu saham dan pelaburan baru yang baik buat kita.

Cari apa yang kita minat, buat ikut profile kewangan kita. Fahami diri kita sesuai yang mana.

Selamat berjuang kawan, menabung untuk masa berkabung

Azizul Azli Ahmad
Berjuang Untuk Hidup